Friday, 7 October 2011

Mari Mengait ( Crochet )

Assalamualaikum,

Sallam ceria hari Jumaat. Semuga hari ini menjanjikan kejayaan untuk apa jua yang diusahakan. Semuga hari ini juga merupakan hari yang paling diberkati dan dirahmati.

Hari ni saya nak cerita pasal hobi lagi. Kali ini pasal hobi mengait pula. Rasanya ramai diantara kita yang suka mengait bila ada waktu lapang. Begitu juga saya. Ini diantara hasil kerja saya yang telah saya mulakan.

Semuanya pattern kecil2 saja untuk dicantum. Saya buat yang kecil2 ni supaya tidaklah jemu sangat saya menghabiskan satu2 kerja. Ini diantara yang dah saya siapkan, bila dah banyak nanti saya akan cantumkan.

Yang ini paling menarik, saya baru siapkan sekeping semalam, banyak juga nak disiapkan kalau nak buat alas meja atau sarung kusyen. Tengoklah apa akan jadi nanti bergantung pada mood saya untuk membuatnya.


Pattern ini saya dah siapkan banyak dan bermacam warna, saya cadang nak buat alas meja. saya cuma perlu siapkan beberapa keping saja lagi, selepas itu bolahlah saya cantum untuk dijadikan alas meja.


Yang ini pattern yang orang selalu buat chairback. Tapi saya nak perbesarkan untuk buat alas meja juga. Alahai tamaknya saya, berapa banyak alas meja yang saya nak buat. Entahlah. Yang jelasnya ini semua gara-gara hobi yang tak boleh dibendung lagi. Tengok aja satu2 pattern saya terus nak cuba, akibatnya semua dalam proses, satu pun tak ada yang dah siap.


Cuma yang inilah akan siap dalam beberapa hari lagi, itu pun kalau saya ada masa terluang. Pattern ni saya dah mulakan sebelum puasa lagi tapi terbengkalai bila saya terpaksa buat pattern lain yang lebih cantik. Cam mana ni bila nak siap kalau macam ini caranya.

Walau dengan apa cara pun saya akan siapkannya satu persatu. Tak sabar rasanya nak tengok hasil kerja saya ni. Insya Allah bila dah siap akan saya kongsikan lagi dengan kawan2.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

10 comments:

  1. salam kak mah,

    yg last sekali tu macam
    yang jual di kedai...cantikkk

    ReplyDelete
  2. salam..
    tahun 80 an dulu mak koi
    suka amat mengait nih..ler nih
    idok dah la..sema main beli siap
    je..kira berbakat aok nih...
    :)

    ReplyDelete
  3. Salam... kas haram tak reti bender nie ... keknya kas org mengait nie ralit ngat weh :)

    ReplyDelete
  4. Kak, masa saya sekolah menengah dulu ada gak la belajar mengait ni, tapi tak habis pun. Semua sekerat jalan.

    Sekarang ni, tangan dah keras, memang tak menjadi. Lama dah tak tengok orang mengait benang bulu kambing ni. Cantik..

    ReplyDelete
  5. cantik-cantiknya...rajin betul LL ni....

    ReplyDelete
  6. Muda2 dulu pernah juga buat ni tapi sekarang, tangan dah kebas dan mata pun dah 4..faham2 jer laa...

    ReplyDelete
  7. sy pernah buat alas meja, amek masa 2 thun nak siapkan, hahaha

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    CANTIK DAN SUKA TENGOK ! TAPI TAK PANDAI MENGAIT !

    ReplyDelete