Showing posts with label Gulai Masam. Show all posts
Showing posts with label Gulai Masam. Show all posts

Wednesday, 13 April 2016

Gulai Tempoyak Ikan Selayang Dengan Timun Muda Dan Belimbing Hitam

Assalamualaikum,

Sallam ceria, salam bahagia buat rakan-rakan blogger, dan peminat Blog Lipislady, Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini dalam entry baru Kak Mah. Sekadar nak cerita, tempat Kak Mah sekarang ini sedang mengalami krisis air, dah dua minggu Kak Mah dan penghuni lain flat ni mengangkut air dari tangki yang disediakan oleh PAIP, Pengurusan Air Pahang.


Walaupun tak ada air tetapi selera nak memasak tetap ada walaupun kebanyakannya Kak Mah dua beranak makan makanan yang dibeli dari kedai aja. Selalunya nasi gorenglah, tapi tengahari ini Kak Mah rasa terliur sangat nak makan gulai masam bila nampak tempoyak dalam peti ais. Maka jadilah juga gulai masam ikan selayang Kak Mah ini.

Rupanya ikan ni memang sedap kalau dibuat gulai masam. Tambah pulak Kak Mah masukkan sedikit hirisan timun muda, manisnya dan beberapa ulas belimbing hitam. Memang sedap, masam-masam manis.

Oklah jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, 16 March 2016

Gulai Masam Ayam

Assalamualaikum,

Hari ini Kak Mah buat gulai masam ayam pulak.
Hari-hari lauk ayam, sampai tak tau nak masak apa.
Kak Mah rasa gulai masam adalah pilihan terbaik


Gulai masam ni adalah masakan termudah dan termurah.
Bahannya semua dah ada kat dapur.
Gambar kat bawah ni adalah bahan yang wajibnya.


Blend kesemuanya bahan diatas dengan air secukupnya,
kecuali asam keping tu. Tambah air kalau agak kurang
bila dah masukkan ayam kedalam periok atau belanga.
Masaklah hingga ayam empuk. Nak masak ayam ni jangan
terlalu banyak air, hilang manis ayam tu nanti, 
Kuahnya biarlah sehingga ampuh ayam sahaja.


Kalau dah nak masak tu tambah setangkai dua daun kesum
dan satu kelopak bunga kantan buat penambah perisa.
Kakmah tambahkan sehelai daun kunyit saja.
Alhamdulillah, sedap.

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.