Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Monday, 3 October 2016

Khasiat Kulit Kayu Manis

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini kak mah bersiaran pagi sikit.Azam tahun baru, hehe.

Sebenarnya pagi ini bila terbangun dari tidur tadi kak mah rasatekak kak mah perit dan seperti rasa nak batuk pun ada, nak selsema pun ada.Lalu kak mah teringat sesuatu. Beberapa bulan yang lepas kak mah pernah di serang selsema yang teruk, disertai dengan demam sekali. Risau juga kak mah, tak dapat nak berjual nasi lemak.

Dalam pada kak mah mencari ubat alternatif yang sesuai anak sulung kak mah syurkan supaya kak mah minum teh yang dicampurkan dengan kulit kayu manis.

Alhamdulillah, kata pepatah orang zaman dulu, macam kunyit dengan kapur, baru dua kali minum, selsema kak mah terus hilang. Itulah khasiatnya kulit kayu manis ini. Boleh mengubati selsema. 

Tapi ini cuma ubat alternatif, kalau setelah minum air kulit kayu manis ini selsema masih belum sembuh juga, jangan kecewa atau mengatakan bahawa petua ini bohong kerana selsema ini ada bermacam jenis, tidak semua boleh diubati dengan mudah. Munkin kes kak mah ini hanya selsema biasa bukan kronik atau akibat dari penyakit resdung atau jangkitan lain.

Walau bagaimana pun tidak salah mencuba, kerana berubat herba dan perubatan alami ini amat baik untuk tubuh kita.

Melalui pencarian kak mah selama ini juga, kak mah dapati ramai pakar-pakar herba dari dalam dan luar negara mengakui bahawa kulit kayu manis ini banyak sekali khasiatnya, ini termasuklah untuk merendahkan glukos dalam darah dan sesuai sekali di minum oleh penghidap kencing manis, kerana kulit kayu manis mengandungi insulin asli yang boleh membantu mencerna glukos untuk menjadi tenaga.

Cuma bagi kak mah mencuba sesuatu yang baik itu harus kerana kalau tak cuba tak tau.

Inn shaa Allah, boleh cuba kalau nak tengok hasilnya.

Semuga jumpa lagi

Wassalam

Thursday, 17 March 2016

Risiko Kanser Dalam Kehidupan Seharian

Assalamualaikum,

Selamat malam rakan-rakan blogger, peminat-peminat blog lipislady.
Kak Mah ni memang suka sangat berkongsi apa-apa juga info yang Kak Mah dapat semasa melayari internet. Diantaranya info ini yang kakmah baru saja dapat ini. Tajuknya adalah :

Setiap Hari Kita Terdedah Kepada Perkara Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Takut Kan

1. Sekiranya anda seorang pekerja syift malam dalam jangka masa yang panjang, anda terdedah kepada risiko kanser payudara.

2. Untuk 6 bulan pertama kereta baharu, akan membebaskan banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser terutama sewaktu hari panas.

3. Phthalates adalah sejenis kimia yang digunakan untuk melembutkan plastik juga terkandung didalam deoderant dan pewangi udara, yang mana bahan ini jika selalu terdedah akan menjadi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

4. Kimia didalam sunscreens akan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.

5. Plastik pembungkus mee segera jika terkena panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

6. Botol plastik bekas air minuman atau air mineral jika terdedah kepada panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Jangan simpan air mineral terlalu lama selepas di buka terutamanya ditempat panas.

7. Sousage, daging burger atau apa juga daging yang diproses adalah penyebab terbesar terjadinya kanser.

Kebanyakan orang tahu merokok adalah penyebab kanser, Keturunan, radiasi dan gaya hidup juga penyebab kanser. Tapi kebanyakannya tidak tahu 7 perkara diatas juga adalah penyebab kanser, atau dengan kata lain penyebab aktifnya sel kanser yang sedia ada didalam setiap tubuh kita ini.

Semuga info ini memberi sedikit menafaat kepada kita semua. Info ini Kak Mah dapat dari 
110 cancercare.com.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Saturday, 12 March 2016

Khasiat Pisang

Assalamuaaikum,

Alhamdulillah, sedap nampak pisang kat bawah tu, kalau dapat sebiji dua time time ni
alangkah enaknya.

Kepada anda semua, rakan-rakan blogger, peminat-peminat lipislady blog, Kakmah nak tanya ni,
minat makan pisang tak. Kak Mah kalau bagi sesikat pisang yang macam dalam gambar ni,
hehe dua kali makan habislah, Kak Mah kalau sekali makan tiga atau empat biji boleh habis.

 

Dulu Kak Mah suka makan pisang ni sebab rasanya sedap. Dalam pada itu ada pula
yang cakap orang ada penyakit kencing manis macam Kak Mah ni tak boleh makan
pisang, nanti gula makin naik tinggi. Tapi Kak Mah belum dapat membuktikannya
melalui ujian klinikal sebab setiap kali lepas makan pisang Kakmah terlupa pulak
nak pergi check gula dalam darah Kak Mah ni.

Hari ini Kak Mah terbaca satu artikal tentang kebaikan buah pisang ini pada kesihatan kita.
Kak Mah rasa semua orang tahu pisang ini sejenis buah yang yang memberi tenaga segera
jika kita memakannya malah ramai yang bawak bekal pisan jika berjalan-jalan untuk sesuatu 
aktiviti lasak yang memerlukan penggunaan tenaga berterusan.

HTapi hari ini Kak Mah terbaca artikal yang mengatakan kebaikan memakan pisang 
setiap hari untuk tubuh dan kesihatan kita. Perhatikan apa yang Kak Mah sampaikan
disini.

1. Mengawal Stress

Pisang mengandungi zat  Tryptophan yang membantu pengeluaran hormon serotonim, hormon yang akan membuatkan tubuh dan minda kita merasa relex dan kurang stress.

2. Mengawal Tekanan Darah 

Pisang mengandungi Potassium yang mengawal tekanan darah, jadi memakan pisang boleh meredakan gejala darah tinggi.

3. Mencegah Anemia

Pisang yang kaya dengan zat besi akan membantu dalam pengeluaran Hemoglobin, Memakan pisang setiap hari boleh mencegah dari anemia atau kekurangan darah. 

4. Mencegah Sembelit

Pisang yang kaya dengan serat boleh membantu mencegah penyakit sembelit jika kita memakannya setiap hari.

Selama ini Kakmah hanya tau pisang ni untuk tenaga segera sebab kalau Kakmah kelaparan kalau ada pisang Kakmah makan pisang dulu baru cari makanan lain. Begitu juga kalau sembelit, Kakmah carilah pisang sebab Mak Kakmah dulu ajar begitu. Nah ada lagi kebaikan lain rupanya.

Makanlah pisang setiap hari supaya kita menda[at menafaatnya.

Jumpa Lagi,
Wassalam


Thursday, 23 July 2015

Makanan Mencegah Penyakit Kencing Manis

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari raya dah berlalu, Kakmah pasti semua dah bekerja seperti biasa, yang bersekolah pun dah bersekolah seperti biasa, Kakmah pun dah berpeluang menghadap komputer sejak pagi lagi. Anak cucu pun dah balik kerumah masing-masing, kembalilah Kakmah seperti biasa, tinggal berdua dengan Acu, nasib baik acu belum kerja adalah peneman kakmah. 

Macam biasa pagi ni kakmah nak kongsi sikit info kesihatan yang kakmah dapat semasa merayau-rayau di alam maya, dah lama dah kakmah simpan petua ini, baru hari ni dapat dikongsikan. Alhamdulillah.

Kakmah pasti, selepas hari raya ni ada kesan-kesan yang ditinggalkan nya, terutamanya terhadap diri dan kesihatan kita sendiri. Ada yang bertambah timbangan, ada yang bertambah pernyakit, semuanya gara-gara makan tak berhemah sewaktu hari raya. Termasuklah kakmah. Lemang merupakan kesukaan kakmah, kalau beraya kerumah kawan-kawan tu pantang berjumpa lemang, kakmah pasti menjamahnya, tak kiralah apa pun lauknya kakmah pasti akan menjamahnya. Walaupun kakmah suka sangan lemang dicicah dengan gulai lemak ayam kampung, tapi tahun ni kakmah tak jumpa gulai lemak ayam kampung, semua orang dah makan ayam bandar..hehe.. Nampak gayanga kalau nak makan ayam kampung kakmah kena buat sendirilah, beli ayam kampung dan mulakan peosesnya dari awal. dari menyembelih, menyelur, mencabut bulu, melayur, memotong, mencuci dan menggulai. Ahh...seronok juga, wangi bau ayam kampung yang siap di layur, terbau-bau kat hidung kakmah ini.


Kembali kepada topik kakmah kali ini, berkenaan makanan yang dipercayai ada khasiat untuk mencegah terjadinya atau bertambahnya penyakit kencing manis. Kakmah percaya selepas makan tanpa had selepas raya ni ada yang mengalami penyakit kencing manis, atau yang dah ada penyakit tu menjadi semakin teruk pula. Walau apa pun keadaannya cubalah makanan ini dan berpantanglah sikit, semuga kencing manis tu berada di tahap terkawal. Nasihat ni terutamanya untuk kakmah sendiri.


Di katakan, kulit kayu manis dipercayai boleh mengawal penyakit kencing manis, oleh itu gunakanlah sedikit kulit kayu manis didalam setiap masakan kita, tak kiralah sama ada yang serbuk atau kayu, lagi pun kayu manis ini boleh menambah perisa masakan kita.


Buah epal juga dikatakan boleh mencegah penyakit kencing manis, jadi makanlah epal sekurang-kurangnya sebiji sehari. Mudahnya makan epal, kalau kakmah tiga biji sehari pun kakmah boleh habiskan buah epal ini. Selain dimakan begitu sahaja epal juga boleh di tambah dalam masakan kita, mudah bukan. Epal juga sangan mudah didapati dimana-mana ada terjual buah epal ini. Terpulang pada kita.

Kunyit makanan harian kita, rupa-rupanya juga merupakan diantara makanan yang makanan boleh mencegah kencing manis, kunyit bukan sahaja boleh dicampurkan didalam masak lemak, masak tempoyak, malah kunyit muda juga boleh di campur didalam masak singgang, bukan sekadar hiasan atau bahan perisa, kunyit muda itu boleh dimakan sekali dengan bahan2 yang lain. Kakmah suka makan kunyit muda yang dimasak didalam singgang ikan, ayam atau daging.


Strawberry, emmm..sedapnya, kalau pergi Cameron Highlands, tak sah kalau tak beli Strawberry,
tempat kakmah susah nak dapat, kadang-kadang aja ada stok di satu-satunya pasar raya ditempat kakmah. Buah sedap ini rupa-rupanya ada unsur-unsur pencegah kencing manis juga. Jangan lupa kepada yang mudah dapat buah ini, belilah dan makanlah, bukan sekadar untuk sedap-sedap tapi ada unsur pencegah juga.

Bayam juga dikatakan ada unsur-unsur pencegah penyakit kencing manis, jadikanlah bayam sebagai sayur harian kita. Kakmah suka makan sayur manis bayan dengan keledek.




Yogurt dan Keju juga adalah diantara makanan pencegah penyakit kencing manis. Yogurt mudah didapati ditempat kakmah ni, tapi keju jarang. Munkin dikedai kek ada agaknya. Walau bagaimana pun ini adalah makanan yang baik untuk mencegah penyakit kencing manis. 

Ini adalah diantara makanan yang boleh mencegah terjadinya penyakit kencing manis, kalau dah dapat penyakit tu, ubat adalah yang terbaik untuk mengawalnya. Jangan lupa makan ubat ikut aturan yang ditetapkan oleh doktor anda, Semuga entry ini bermanfaat untuk anda pembaca budiman.

Sekian Wassalam



Saturday, 16 May 2015

10 Kebaikan Buah Nenas

Assalamualaikum,

Sallam Israk Mikraj buat sahabat2 kakmah semua.

Sallam Pagi Sabtu rakan2 blogger dan pengunjung blog kakmah semua. Semuga anda sihat dan ceria-ceria sahaja di pagi yang berbahagia ini. Kakmah pun alhamdulillah sihat dan cera selalu. Kepada yang tak ceria tu cari-carilah aktiviti yang boleh membangkitkan kembali mood yang boleh mendatangkan keceriaan. Kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat ikut aturan yang di berikan oleh doktor anda.

Pagi ini kakmah bangun dengan mood baru, mood ceria dan sihat. Hasil daripada melayari internet semalam kakmah dapa satu penemuan baru. Apa dia nak tau. Sarapan pagi dengan jus nanas. Alhamdulillah, sebenarnya kakmah memang peminat buah nenas, dalam seminggu dua atrau tiga kali jugalah kakmah berulam buah nenas, maksud kakmah tu makan colek nenas, itu ajalah yang kakmah tau, buat gulai nenas kakmah jarang apa lagi buat pajeri. Pajeri-pajeri ni bulan puasa aja yang lakunya, sebagai pembuka selera. Tapi colek tu laku tiap-tiap hari.


Haaaa, ni air atau jus nenas kakmah minum pagi tadi,sampai sekarang pun kakmah belum sarapan makanan lain lagi. Kata orang, terutama orang2 tua zaman mak kakmah dulu, makan buah nenas ni boleh mengakibatkan sakit perut, cirit beret dan paling ditakuti akam mengakibatkan keputihan. Buah nenas juga dikaitkan dengan penyakit gatal, kalau ada penyakit gatal jangan makan buah nenas. Atau buah nenas boleh mengakibatkan kegatalan.Tapi kakmah dah makan nenas ni sejak dari budak lagi, tak ada pula mudaratnya.


Tetapi sesuatu yang menarik kakmah temui sewaktu melayari internet semalam tentang kebaikan buah nenas membuatkan kakmah ingin berkongsi dengan anda semua. Disini kakmah kongsikan 10 kebaikan buah nenas ini mengikut apa yang kakmah baca dalam blog ini 
http://www.healthyfoodteam.com  memandangkan kakmah tak tau sangat nak menterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, kepada anda yang nak tau lebih lanjut lagi silalah ke Link ini.

10 Kebaikan Buah Nenas.

1. Bromelain dalam nenas boleh mengurangkan bengkak, boleh mengurangkan kesakitan akibat arthritis.
2. Serat didalam nenas boleh membantu menurunkan berat badan
3. Bromelain adalah anti parasite yang boleh membunuh cacing didalam tali perut.
4. Iodine dan bromelain dalam nenas boleh membantu meningkatkan ketidakstabilah autoimmune
    termasuk thyroiditis.
5. Potassium didalam nenas boleh membantu dalam keseimbangan electrolytes untuk mengurangkan risiko krem dan kecederaan dalaman.
6. Serat, enzim dan antioxidan dalam nenas boleh bertindak untuk membuang toxid dalam badan kita
7. Bromelain juga bertindak sebagai pelawas buang air besar
8. Bromelain juga menyihatkan gusi dan memutihkan gigi
9. Vitamin A dan Beta Karotena dalam nenas juga boleh membantu mencerahkan penglihatan untuk warga tua.
10.Juga anti kanser  10.  Protects from cancer
Results from a study, published in the journal Planta Medica, showed that bromelain was superior to the chemotherapy drug 5-fluorauracil in cancer treatment in an animal study. The researchers stated the following:
“This antitumoral effect (of bromelain) was superior to that of 5-FU (5-fluorouracil), whose survival index was approx
Semuga bermanafaat untuk kita semua

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Saturday, 28 June 2014

10 Makanan Terbaik

Assalamualaikum,

Inilah senarai 10 jenis makanan terbaik 
yang perlu ada dalam diet seharian kita.

No.1. Kismis.



No.2 Madu
infox2menarik.blogspot.com


 No.3 Susu
 distributorsusukambingetawabubuk.com


No.4 Telor
iambags.blogspot.com


 No.5 Bunga Cengkih
www.anuarkarimz.blogspot.com


 No.6 Bunga Kobis
 oharameanfamily.blogspot.com


No.7 Daging Ayam
www.chef-amatir.blogspot.com


 No.8 Labu Manis
alamendah.org


 No.9 Pegaga
khasiat-daun-ketum.blogspot.com

No.10 Tongkat Ali
forestexplorers.com

Terima kasih sekali lagi kepada pemilik2 website
yang kakmah dah pinjam gambarnya. Kredit untuk
mereka.


Sekian
Wassalam.