Sunday, 30 September 2012

Lempeng Pisang ( Banana Pancake )

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggi, selamat bercuti kepada rodong2 semua.
Sarapan apa pagi ni. Bawa anak2 sarapan kat kedai?
Baguslah sekali sekala bebas dari tanggungjawab memasak sarapan pagi
sambil hiburkan hati keluarga, sambil mengeratkan kasih sayang
sekeluarga. Sayu plak rasa hati kakmah yang tinggal sebatang kara ni..


Oklah, tak nak layan sayu2 ni, kalau dilayan nanti makin menjadi. Jom kita
share apa kakmah masak pagi ni untuk sarapan kakmah seorang diri. Hehe.
Tengok kat bawah tu, lempeng yang hitam legam tu namanya Lempeng Pisang,
atau kalau nak komersial sikit kita sebutlah " Banana Pancake"
haha..Masakan zaman tok nenek dulu. Tapi dah di komersialkan,
ada restoren khas yang jual lempeng pisang nie.


Kakmah baru lepas makan banana pancake ni. Alhamdulillah, kekenyangan,
sekeping habis kakmah makan. Lawan plak dengan air kopi panas. Berpeluh..


Sedappp...tak caya cuba buat. Lagi sesuai kalau buat untuk minum petang
dengan teh 'O' panas atau kopi 'O' panas, sebab dia manis.
Kepada yang tak pernah buat dan rasa2 nak cuba tu, ni kakmah
bagi resipinya.

Bahan-bahannya

1 cawan pisang dilecek hancur 'apa-apa pisang pun boleh, lain pisang lain rasanya'
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan santan bancuh dengan secubit garam
1 1/2 camca gula
1 camca majerin
minyak untuk menggoreng.

Caranya.
1. Masukkan Tepung, pisang, gula dan majerin kedalam bekas.
2. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
3. Panaskan satu camca minyak dalam kuali, tuangkan separuh adunan dan ratakan.
4. Kecilkan api tunggu sehingga sebelah bawah garing, tuangkan 1 camca lagi minyak,
    balikkan lempeng. Lempeng hendaklah sentiasa dibalik-balikkan hingga kedua
    belah garing dan masak ditengahnya. Gunakan api kecil lebih kurang 25 hingga 30 minit
    Setelah masak boleh angkat dan hidangkan.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.


Saturday, 29 September 2012

Kesian Dia.

Assalamualaikum,


Dia ni kakmah jumpa semalam bertenggek diatas pokok misai kucing,
depan rumah anak kakmah, selang sebuah rumah aja dari rumah kakmah.
Kakmah rasa dia ni tersesat macam anak ular itu hari atau terjatuh dari
sarangnya. Kecil lagi dia nie, bulu pun belum tumbuh penuh.


Masa kakmah sentuh dia, dia diam aja, tak bergerak, kakmah rasa
dia nie sakit. Kakmah tak maulah ganggu sangat dia. Tapi kakmah 
sempat juga ambil gambar dia. Masa kakmah ambil gambar pun
dia diam aja. Tengok tu sayu je nampak muka dia. Kakmah tak 
berdaya nak tolong dia. Kalau dia boleh nganga mulut pun boleh juga 
kakmah suapkan ulas2 nasi kedalam mulut dia. Tapi dia tetap diam
dan membisu seribu bahasa. Akhirnya kakmah tinggalkan aja dia
dengan hati yang sedikit kesal, sebab tak tau apa nak dilakukan
untuk membantu dia. 


Pagi tadi semasa lalu dekat situ, kakmah tengok dia dah tak ada, cuma
tinggal beberapa helai bulu sahaja, menandakan dia dah tak ada.
Kakmah rasa dia dah menjadi habuan kucing yang selalu lalu lalang
kat situ. Kesal plak rasa hati kakmah kerana tak selamatkan dia,
atau sekurang-kurangnya bawa dia masuk kerumah, bagi dia
perlindungan.
Kejamkah kakmah???

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 26 September 2012

3 Dalam 1

Assalamualaikum,

Kalau tengok tajuk kat atas tu gaya macam kakmah nak cerita pasal
kopi jee kan. Isshh tak adalah...kakmah bukan peminat kopi 3 in 1 pun,
tapi kalau ada sapa2 bagi kakmah minum free, kakmah tak tolak.
kakmah misti minum punya.


Tengoklah gambar kat atas tu, sebenarnya semasa kakmah menulis entry
ni, sekarang ni kat dalam oven kakmah tu ada bahulu yang sedang kembang
menaik. kejap lagi kekuningan emas lah tu. oppss..kejap yee kakmah
nak tengok, takut2 kalau lambat nanti hitam plak bahulu kakmah tu.


Dah tengok bahulu, dah angkat, masukkan yang baru, kakmah terus menyimpang
kesatu sudut yang lain plak. Nak buat apa lagi kalau tak goyang kaki. Haa,,
tengok ni apa kakmah tengah buat, jahit baju raya kakmah. Memanglah
 raya puasa dah lepas, tapi ni untuk raya sakan malam esok.
Ada jamuan malam esok yang kakmah nak hadiri, teringin plak rasanya
nak pakai baju baru. Boleh siap ke, insyaAllah kalau tak ada aral
melintang. Bedar kemunkinan kakmah nak jahit manik2 kat 
hujung lengan baju kakmah tu. Tu pun kalau masa mengizinkan.


Haa..kat sinilah kakmah tengah buat entry sekarang ni...nampak tak periok
kakmah yang besar tu. tapi ni bukan kat dapur yee,
sebelah meja makan kakmah je. Ni sekadar nak memudahkan kakmah 
menyelengarakan ketiga-tiga kerja kakmah berselang seli sekali gus.

Jangan tiru macam sayaaaa...
oklah, nak sambung jahit baju jap.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Kakmah On Twitter

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Rabu. Semuga kawan2 ceria, gembira dan bersemangat 
menjalankan tugas.Ni bukan Rabu bisu yee...
ni Rabu yang bertwitt. Haha...nak tergelak plak kakmah.
sebenarnya ni kakmah nak cerita tentang kejahilan kakmah
dengan laman sosial yang bernama twitter.

Kakmah memang tak ada akaun dengan laman Twitter ni,
tapi kakmah taulah tu laman sosial, cuma kakmah tak pernah buka 
pun website tu. Kakmah memang tak tau apa fungsi 
laman sosial tu, ditambah plak kakmah ni sibuk memanjang.

Tapi dua hari lepas macam tergerak plak hati kakmah 
nak buka akaun dengan Twitter ni, tu pun setelah
seorang kawan invite kakmah guna email kakmah,
kakmah klik je pada link tu, terus je sampai ke
page yang suruh kakmah sign up.
pe lagi kakmah pun sign uplah.
tapi masaalahnya kakmah langsung tak tau macam
mana nak guna laman tu..
Isshhh...macam mana ni, 
kakmah langsung tak tau apa lagi nak dibuatkan di 
laman ni selain dari twitt.

hehe...harap bersabar yee kakmah.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 25 September 2012

Kurung Riau atau Kurung Pahang

 Assalamualaikum,

Kompius kakmah, kawan kakamah kata tolong buat baju
kurung riau. macam ni lah bentuknya.


Masa kecik2 kakmah selalu tengok mak sedara kakmah
pakai baju kurung yang macam ini. kata dia ini kurung pahang.
Yang mana satu betul ni, kurung riau ke kurung pahang.

Ada plak kawan kakmah kata, tolong buat baju kurung
yang pesak gantung ye..

Alamak mana satu yanag betul nie,
tapi kakamah kata ini kurung Pahang....

Semuga jumpa lagi..
Wassalam



Monday, 24 September 2012

Kakmah Kembali Berblog

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2, pengunjumg blog kakmah.
Kakmah minta maaf sebab lama tak update blog
kakmah nie. Sebenarnya kakmah lama tak online
sebab kakmah berada diKuantan. Kakmah cuba juga 
nak online masa berada dikuantan,
tapi tak ada line.
Walau macam mana pun kini
kakmah dah kembali ke Lipis,
kembali online dan kembali update blog kesayangan 
kakmah nie. Terima kasih kawan2 dan pengunjung
setia blog kakmah, walaupun cuma dapat tengok
entry lama, pengunjung tetap ramai macam biasa,
Terima kasih sekali lagi atas sokongan
kawan2 pada blog kakmah yang tak seberapa nie.

Cuma hari ni kakmah ada masaalah sikit nak upload gambar2
yang kakmah ambil dengan hp kakmah,
tak boleh nak upload.
tak apalah kan, nanti2 bolehlah tu.

Tunggukan yee apa entry kakmah yang
seterusnya...

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 12 September 2012

Doa, Usaha, Istiqmah, Tawakkal = DUIT.

Assalamualaikum,

Salam sejahtera, selamat menjalankan tugas kepada yang online semasa menjalankan tugas tu. Semoga semuanya gembira dan ceria-ceria selalu, tak ada rasa boring, tak ada rasa mengantuk sewaktu menjalankan tugas. macam kakmah ni hah, ceria sentiasa. Buktinya tengok gambar kat bawah tu hah. 


Apa hal lah pulak kakmah ni, tunjuk-tunjuk surat pulak, siap ada angka giliran lagi nombor 18 tu hah. tengok senyum kakmah yang simpul2 tu mestilah menandakan kakmah sedang atau pun akan mendapat laba kan...Oppsss...jangan jelous tau, ini semua berkat Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal ( D.U.I.T.) kakmah sendiri tau. Akhirnya berjaya juga kakmah mendapatkannya, barangan idaman kakmah.

Nak tau apa impian kakmah selama ini setelah kelas komputer kakmah ditutup beberapa bulan yang lalu. Ya kakmah teringin sangat nak memiliki sebuah mesen jahit yang sempurna, maksudnya lebih baik dari mesen jahit yang kakmah ada sekarang, supaya kakmah boleh menjahit dengan lancar.

Kakmah juga ingin memiliki sebuah mesen jahit tepi supaya supaya tidak terganggu tugas kakmah menjahit bila kadang-kadang toke kedai jahit tidak dapat menjahit tepi kain kakmah dengan segara sepertimana yang kakmah inginkan. Dan yang pentingnya kakmah inginkan sebuah mesen jahit sulam.

Ahamdulillah melalui 1 AZAM ( Akhiri ZAman Miskin) kakmah dah 90% berjaya memiliki semua itu. Pagi tadi kakmah dah pergi temuduga dengan JKM, dah isi borang dan dah pun menandatangani Akujanji. InsyaAllah tak lama lagi kakmah akan dapat memiliki semua yang kakmah idamkan selama ini.

Itulah puncanya kakmah senyum simpul aja dalam gambar kat atas tu. haha..Alhamdulillah syukur ku padaMU ya Allah.

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam.

Tuesday, 11 September 2012

Kisah Abil dan Gee

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Selasa kakmah ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung setia dan tak setia. Dah sarapan pagi ke semua? kakmah belum sarapan lagi. Kejap lagi kut. Kepada yang tengah bersarapan tu, (ada yang makan nasik lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, nasi kerabu, subhanallah sedapnya, terliur plak kakmah rasanya), jangan lupa kepada orang mereka yang kurang bernasib baik, yang tidak mampu untuk bersarapan kerana tidak mampu untuk membeli sarapan, tidak mampu untuk makan kerana sedang terlantar sakit, ataupun sedang berpuasa kerana sebentar lagi akan menjalani pembedahan. Kepada mereka meraka ini marilah kita berdoa semuga Allah mempermudahkan rezki mereka, menyembuhkan mereka dari sakit supaya dapat semula menikmati rezki Allah yang lazat lagi nikmat ini.


Sebenarnya entry ini terilham setelah beberapa kali kakmah membaca blog dari blogger yang gambarnya tertera diatas ini. Biasanya kalau kakmah jalan-jalan kat blog kakcik seroja kakmah tak kan lupa untuk klik ke link blog dia untuk mengikuti perkembangan perjalanan hidup mereka berdua. Abil Fikri dan Gee. Bagi kakmah mereka adalah lambang cinta sejati seorang suami terhadap isterinya. Setiap kali kakmah membaca catatan Abil, kakmah rasa sangat terharu dengan keikhlasannya merawat dan menjaga isterinya. Lebih-lebih terharu lagi dengan keyakinannya terhadap janji dan rahmat Allah.


Dikesempatan ini, kakmah juga mendoakan semuga Gee akan sembuh sepenuhnya sebagaimana impian suaminya Abil, dan kepada kawan2 semua mari kita sama2 mendoakan Gee cepat sembuh, dan Abil sentiasa sihat supaya dapat merawat Gee sesempurna munkin. Kepada Abil, kakmah harap terus bersabar, teruskan berusaha kerana satu hari nanti pasti Gee akan sembuh sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan ini seperti sediakala.


Kasih sayang suami memang tiada batasannya. Seperti Abil yang sanggup berhenti kerja kerana ingin merawat sendiri isterinya. Tapi tidak semua suami yang sanggup berbuat seperti ini melainkan mereka adalah orang2 yang dipilih oleh Allah. Abil adalah seorang diantaranya. Sekali lagi kakmah doakan semuga Allah memberkati usahanya. Semuga Gee sembuh seperti sediakala. Semuga mereka berkesempatan untuk menikmati kehidupan berumahtangga seperti sebelum Gee terlantar sakit. Amin Ya Allah.

Semuga jumpa lagi
Wasalam.


Monday, 10 September 2012

Betul Ke Ini Buah Tin

Assalamualaikum,

Tengahari semalam kakmah kerumah kak Mahfuzah di kampung Bercang, sudah pastilah dalam daerah Lipis.Menjengah je kat pagar dia kakmah nampak satu pokok yang buah dia macam kat bawah ni. Kakmah pun tegur, "Eh buah ara besarnya, ni ara nasi ni, buat ulam sedap". Tapi bila kakmah tengok balik bentuk batang dan bentuk daunnya, memang jauh berbeza dengan bentuk pokok ara nasi yang kakmah pernah tengok selalu tumbuh di tebing2 sungai.


Pokok ara yang selalu kakmah tengok tumbuh tepi sungai tu batangnya lurus menegak, dahannya pun lurus, kalau diptong didalamnya kosong semacam batang buluh. Daun nya pula berbulu. Tapi yang ini pokoknya 
semacam pokok koko dan daunnya pun seakan-akan daun pokok koko, tapi lebih lebar dan membujur. Kat bawah ni rupa buah yang dah masak, warnanya merah, didalamnya pun merah, tapi banyak getah macam buah ara juga.


Bila kakmah nampak je kak Mahfuzah kakmah terus tanya, itu buah apa kak?  " Eh itu buah tin" kata kak Mahfuzah. " Buah Tin yang macam orang selalu bawak balik dari mekah tu ke,yang dah dikeringkan? Yerlah kata kak Mahfuzah.


Betul ke ini buah tin, kakmah pun ragu-ragu juga sebenarnya, tapi kak Mahfuzah kata ramai yang datang kerumah dia ambil buah ni untuk di buat gulai lemak dengan daging. Sedap katanya. Kakmah pun berkesempatan juga rasa sikit buah dia yang telah masak, tidak manis cuma ada rasa lemak2 sikit.

Walau apa pun pokok ni memang lebat berbuah, seluruh pokok ditumbuhi buah, tapi macam mana nak manafaatkan buahnya, atau macam mana nak keringkan supaya menjadi seperti buah tin kering yang orang jual bersama kurma, atau pun yang orang bawa balik dari Mekah tu. Kesian buah ni membazir saja, buahnya yang masak akan gugur tanpa dipedulikan.

 Ini buah tin yang kakmah google dari blog nie

 dan gambar ni plak dari blog ni

Pokok yang kakmah tengok semalam tu nmacam ni lah...

Atau Tin tu sendiri bermaksud ara, pokok ara ni ada beratus-ratus jenis, ada yang boleh dimakan, ada yang tak boleh dimakan. Kakmah tak pasti, sesiapa yang tahu tu tolong bagi tau kat kakmah dan kawan2 lain yee.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.


Sunday, 9 September 2012

Sekotak Air Soya dan Sepotong Kek.

Assalamulaikum,

Selamat berhari minggu, selamat berehat, selamat berlibur.



Sekotak air soya dan sepotong kek
   Inilah sarapan pagi saya
Air soya dikatakan pencegah penyakit
   Kek ni sekadar penyedap rasa.

Saturday, 8 September 2012

Sarapan Mamee Cawan.

Assalamualaikum,

Selamat pagi sabtu. Selamat bercuti hujung minggu, selamat menguruskan rumahtangga, selamat berlibur. Panjang ucap selamat kakmah pagi ni yek. Apa taknya kakmah tengah fening kepala sekarang nie. Mengapa??? Apa taknya, pagi ni puas selongkar dapur, selongkar peti ais, tak ada satu pun makanan yang boleh membuka selera kakmah. Nak keluar beli makanan ke pekan sari pun, hari hujan kat sini.

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah secawan mamee kat atas peti, walaupun kakmah tak berapa minat sangat dengan mee segera ni, terpaksa jugalah kakmah makan, ni hah baki kakmah makan, tak larat dah nak menghabiskannya. Simpan je, kalau rasa nak makan lagi nanti kakmah panaskan aja, boleh makan lagi. Rugi rasanya kalau dibuang.

Oklah, kepada yang tengah bersarapan,
Selamat bersarapan.
Jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 7 September 2012

Nasi Impit Kuah Kacang.

 Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat.

Tak abis lagi bab makanan ni.
Nasi impit kuah kacang, menu yang selalu kita jumpa bila bertandang kerumah kawan sewaktu hari raya. Hari-hari lain rasanya jarang kita jumpa hidangan nasi impit ni, melainkan kalau ada majlis2 tertentu. Kakmah kalau jumpa nasi impit ni suka sangat makan.


Ada bermacam-macam cara orang buat kuah kacang untuk nasi impit ni. Ada yang suka dicampur dengan udang kering, ada yang dicampur dengan ikan bilis. Rupanya pun bermacam2. Ada yang keputih-putihan, kekuning-kuningan, kemerah-merahan, dan ada yang kehitam-hitaman. Semuanya ada keistimewaan tersendiri dari segi rasanya.


Kuah kacang kakmah pulak, haa macam dalam gambar ni lah rupanya. Nak buatnya pun mudah ada, tak perlu berpeluh-peluh tepi dapur sebab nak goreng kacang atau nak masakkam kuah. Semuanya kakmah percepatkan dan permudahkan. 


Nak buat nasi impit pun senang je, beli aja yang dah siap packing, banyak dijual di kedai, tapi kalau nak jimat, packinglah sendiri, masukkan beras dalam plastik yang tahan panas tu, dan jahit dan rebus selama satu jam. Dah pun siap.

No kacang tanah yang dah kakmah goreng. Goreng hitam sikitlah, baru tak rasa mentah kacangnya. kalau mentah nanti takut kembung plak perut orang memakannya.
Ni kakmah nak letak resipi kuah kacang kakmah, kalau ada sapa2 nak cuba bolehlah yee..

Bahan-bahannya,

200 gm kacang tanah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in. lengkuas
4 sudu cili kering yang dikisar sendiri.( cili boh atau cili yang di jual dipasar kakmah tak pernah beli)
3/4 cawan minyak masak,
6 sudu gula.
1/4 keping gula kabung atau 2 sudu gula merah
1 keping asam gelugur ( ada orang letak asam jawa, kakmah nak mudah letak asam keping je)
garam secukup rasa.

Cara-caranya

1.Panaskan 4 sudu minyak dalam kuali dan gorangkan kacang tanah yang dah dibersihkan sehingga garing kehitam-hitaman. Angkat dan tuskan minyak.

2. Bawang besar, bawang putih dan serai di potong dan kisar.

3. Panaskan lebihan minyak masak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar hingga masak dan garing.

4. Sementara menunggu bawang masak, kisarkan kacang tanah dengan 2 cawan air dalam pengisar basah.

5. Bila bawang telah masak masukkan 4 sudu cili kisar, dan masukkan 3/4 cawan gula, kacau hingga kelihatan pekat.

6. Bila telah pekat masukkan kacang tanah yang dah di kisar dengan air, kacau hingga sebati.

7. Tambahkan 4 cawan air lagi, kacau dan masukkan garam, asam keping, gula kabung atau gula merah dan
kecilkan api ketahap sederhana. Biarkan kuah mendidih dalam setengah jam dan kacaulah setiap 5 minit sekalu supaya tidah hangus.

8. Bila kuah dah kelihatan pekat sedikit, rasa garam dan gulanya, dan sedia untuk diangkat. Sejukkan dan sedap dimakan dengan nasi impit atau satay sewaktu dah sejuk.

Selamat memasak dan jumpa lagi..
Wassalam







Thursday, 6 September 2012

Ayam Goreng Berlada Dengan Petai


Assalamualaikum,


Ulam petai ni memang kegemaran kakmah, apa lagi kalau dibuat sambal tumis, tapi petainya janganlah terlebih masak, supaya terasa lemaknya.Beberapa hari yang lepas kakmah terasa macam nak makan sambal tumis petai, diwaktu yang sama kakmah nak juga makan ayam goreng berlada. Haaa...malas punya pasal terciptalah resipi ni. Resipi yang paling simple, tapi puas hati kakmah dapat makan kedua sekali, sambal petai dan ayam goreng berlada dalam satu resipi hahaha...

Nak resipi?
Ada yang malas macam kakmah juga ke?
Boleh aja, sila salin resipi kat bawah ni yee.. 

Bahan-bahannya.

1. 6 atau 7 ketul ayam dipotong sederhana besar.
2. 8 tangkai cili kering
3. 1 setengah biji bawang besar
4. 3 ulas bawang putih.
5. 1 setengah keping petai
6. Minyak secukupnya.
7. Garam dan sedikit gula.
8. Sedikit serbuk kunyit.
9. Setengah sudu air asam jawa ( kalau rasa nak masam sikit, boleh lebihkan)

Cara-caranya.
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan garam dan kunyit, goreng sehingga masak, jangan terlalu garing.
2. Cili kering di potong dan rendam dalam air panas sekejap, dan tuskan.
3. Kisar sebiji bawang besar bersama dengan bawang putih dan cili kering yang dah di rendam.
   ( Kalau suka pedas boleh dilebihkan cili)
4. Dalam minyak secukupnya, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi, masukkan satu setengan camca gula,
    setengah sudu air asam jawa dan tumis hingga garing.
5. Bila dah garing masukkan suku cawan air, didihkan, masukkan garam.
6. Bila dah mendidih masukkan petai yang dah dibuang kulit, dan hiriskan lebihan setengah biji bawang besar 
    tadi dan masukkan sekali. kacau lagi hingga bawang dan petai layu dan kuah agak pekat.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, kuap balikkan hingga sambalnya rata menyaluti ayam.   
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Simple kan, adik2 dan anak2 yang baru nak belajar masak tu boleh cuba. Terima Kasih.

Jumpa lagi,
Wassalam

Sunday, 2 September 2012

Time Testing

Assalamualaikum,

Dah lama sangat kakmah ni berblog,
rupanya ada lagi benda yang kakmah tak perasan dalam mengendalikan blog ni.
Biasanya kalau kakmah berblog pagi, dia tulisnya PM,
pas tu hari bulan lewat sehari.

Pagi ni baru kakmah betul2 perasan.
Puas jugalah kakmah adjust tarikh dan masa kat PC kakmah,
tak jadi juga.
Rupanya kat blog ni sendiri ada time settingnya yee..
baru kakmah tau hahaha...
Walau pun dah lama berblog, 
rupanya kakmah ni masih belum habis lagi 
belajarnya tentang blog ni.
Alhamdulillah, pagi ni semuanya settle.

oklah, jumpa lagi
Wassalam.

Edit sikit
Alhamdulillah,
tepat dah masanya.


Saturday, 1 September 2012

Sampai Bila

Assalamualaikum,

Entahlah sampai bila,
kakmah tak boleh nak upload gambar nie,
Data cable rosak @ tak boleh pakai dah
boring betul kalau buat entry tak ada gambar,
yang kakmah beli semalam pun 
tak leh guna gak,
esok mesti nak kena tukar ni,
gambar yang kat dalam phone kakmah nie
dah expired dah, 
lama sangat tak upload dan buat entry

Tengahari tadi kakmah pergi 
Wedding of The Year Lipis 2012,
meriah sungguh, tapi sayang 
tak ambil gambar,
bukan apa, kakmah takut gambar tu berkulat
lagi kat dalam phone ni.
esok kakmah harap2 dah boleh upload
apa2 gambar untuk entry kakmah 
seterusnya. Meriahlah sikit kalau blog
kakmah nie dah ada gambar.

Jumpa lagi,
Wassalam.