Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung-penggunjung
tetap blog kakmah nie, pengunjung-pengunjung
tak tetap, kakmah ucapkan selamat berhari raya sekali
lagi, kali ni raya posa nam plak.
Kakmah pasti kebanyakan dari kita dah merayakan
posa nam, sebab Syawal pun dah nak habis,
Baru-baru ni kakmah mengalami gangguan dengan
Blogspot kakmah nie. Kakmah mati-mati
ingatkan komputer kakmah yang problem, sebab
kakmah tak dapat nak sign in, tools tak ada.
Andaian kakmah munkin kerana toolsbar
Avira yang dah lekat kat sebelah bawah browser bar
Google Chrome kakmah nie,
Rupanya memang Blogspot ni ada problem,
lama juga kakmah tak dapat nak pos
entry baru. Alhamdulillah, pagi ni dah ok dah.
Pagi ni tak ada apa yang kakmah nak kongsikan,
sekadar nak menunjuk muka aja, terlanjur
Blogspot ni dah boleh di masuki,
kakmah masukkanlah gambar benang kait kakmah yang
dah berbelit-belit, berlibu-libu kata orang kg kakmah tu.
Tapi bak kata kakmah, bukan kata orang,
kalau kita jumpa benang atau tali yang bersimpul
macam ni, janganlah ditarik kehadapan,
susurlah kebelakang untuk mencari puncanya,
walaupun susah, lambat dan memakan masa,
tapi hasilnya terbaik. Macam yang dalam
gambar kat bawah tu, Itulah hasilnya
setelah kakmah kerjakan selama seminggu ini.
Gambar kat atas ni plak adalah sesuatu yang mengusik
perasaan kakmah serta menguji kesabaran kakmah.
Ada ke patut dia pergi tidur pulak dalam pasu bunga
kakmah yang bunga paku nya tu pun tengah merimbun
hasil dari kakmah membaja dan menyiramnya setiap
hari. Apa nak buat kan, dia pun nak tempat yang
selesa untuk tidur. Tidur ajalah kitty.
Cucu kakmah yang terkecil setakat ini, sementara
menunggu yang lebih kecil keluar dari perui ibunya.
Memandang muka-muka cucu-cucu kakmah nie
terasa pulak betapa dah berumurnya si nenek nie,
Mulalah hati tertanya-tanya dah cukup ke bekalan aku
untuk dibawa kesana nanti. Sayu juga rasa hati bila
mengenangkan bila-bila saja dari sekarang, DIA akan
menjemput kita kesana. Allah.
Semuga DIA memberkati kehidupan ini dengan
Iman dan Amal serta kesejahteraan dari dunia
hingga Akhirat.
Penng kepala kalau menengok benang yang berselirat
macam ini. Tapi kalau kita bersabar menyusurnya
selembar demi selembar, pasti akan dapat kita
menafaatkan satu persatunya. Begitu jugalah dengan
kekusutan yang kita alami dalam menjalani kehidupan
ini.Baik diri sendiri maupun orang lain.
Jangan lekas berputus asa bila menghadapi kekusutan.
Susurlah dari awalnya, selesaikan secara berhemah,
jangan cepat marah dan merengus, pasti hasilnya
akan timbul seribu kebaikan.
Miew ni bila diambil gambar dia buat muka tak bersalah je,
Hati yang pada mulanya terasa nak marah pun jadi sejuk,
tak perlah, dia berhak duduk disini kerana dia tak tau
tempat dia duduk itu adalah kesayangan kakmah.
Lihat dibawah ini,
Inilah hasil dari kekusutan yang telah diselesaikan
dengan kesabaran dan berhemat. Tidak ada sehelai
benang pun yang terputus, dan semuanya boleh
digunakan dengan sempurna. Alhamdulillah.
Akhir skali dia posing untuk kakmah...
Tak comei pun, maklumlah anak-anak terbiar..
Kesian dia..
Kesian dia..
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.