Assalamualaikum,
Sallam pagi selasa, Alhamdulillah hari ni pagi lagi Kakmah
dah bersiaran. Bukan apa, terlanjur ada masa kakmah pun
terus ajalah online.
Hari ni kakmah nak cerita sikit pasal Gula Kabung, satu produk yang
menjadi kebangaan orang pahang. Gula kabung sama juga seperti gula
merah yang kita beli di kedai, cuma gula kabung ini dia lebih sedap
dan lemak rasanya berbanding dengan gula merah. Dan lagi gula
kabung ini di buat secara kecil-kecilan didapur sendiri, bukan dibuat
dikilang, dan kebersihannya memang terjamin. Kakmah sendiri
pernah terlibat dengan pembuatan Gula Kabung ini semasa
masih kanak-kanak dulu.
Gula kabung ini diperbuat dari air nira pokok kabung.
Prosesnya membuatnya pertama sekali, tandan kabung yang baru
mengeluarkan bunga akan dipotong dan airnya yang keluar dari tandan
yang dah dipotong tersebut ditadah dengan menggunakan tabung
buluh. Tandan dipotong pada waktu petang, air akan ditadah selama
satu malam, pagi esoknya barulah air nira tersebut akan dikumpulkan.
Tiba dirumah perkara pertama yang dibuat adalah menapis air nira
tersebut dan dimasukkan kedalam kawah untuk di masak sehingga pekat.
Dapur yang digunakan biasanya dapur kayu. Air nira dimasak dengan
api yang besar sehingga mendidih, apabila sudah mendidih api akan
dikecilkan dan direnehkan sehingga pekat dan sedia untuk dimasukkan
kedalam acuan berbentuk bulat yang biasanya diperbuat dari daun
mengkuang yang tebal. Gula akan disejukkan sehingga membeku
baharulah dikeluarkan dikeluarkan dari acuan untuk dibungkus
dengan daun kabung juga.
Gula kabung boleh dibuat bermacam kuih, salah satu diantaranya:-
SERI MUKA GULA KABUNG
Resepi Asal Oleh : Puan Azlita Masam
Resipi asal Seri Muka Gula Merah kakmah tukar dengan gula kabun Masya Allah sedapnya.
Lapisan bawah ( Pulut)
2 cawan beras pulut ~ untuk dapatkan pulut yang lembut kena rendam dahulu pulut paling kurang 4 jam, sebaiknya semalaman. Lepas tu cuci bersih dan toskan.
2 1/2 cawan santan cair ~ boleh guna santan kotak capur air dan jadikan 2 1/2 cawan )
1 sudu teh garam
Mula-mula kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Tuangkan adunan pulut dalam loyang ratakan, tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.Bila pulut dah masak, tekan-tekan bagi ia mampat.Bahagian Atas3. Kemudian tuangkan adunan gula merah ni atas lapisan pulut tadi
Tuangkan adunan pulut dalam loyang ratakan, tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.Bila pulut dah masak, tekan-tekan bagi ia mampat.Bahagian Atas3. Kemudian tuangkan adunan gula merah ni atas lapisan pulut tadi
Sediakan loyang 8 inc lapik dengan plastik dan sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Satukan pulut yang telah di rendam dan di toskan tadi dengan santan dan garam, kemudian kacau rata
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
1 1/4 cawan pati santan ~boleh guna santan kotak campur
1/2 cawan gula kabung yang di racik halus
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
1. Mula-mula ita masak santan dengan gulakabung, gula pasir
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga telurKemudian kacau rata
3. Satukan dengan adunan santan gula merah tadi dan kacau hingga tiada bentil-bintil
Kalau takut ada bintil tepung tapis adunan
4. Kukus selama 20 ~ 30 minit atau sehingga adunan atas masak sepenuhnya.
Bila dah masak tunggu kuih serimuka benar-benar sejuk sebelum dipotong
Sedia untuk dipotong.
Ok, lain kali resipi lain pula yang menggunakan gula kabung.
Sekian, Wassalam.