Sunday, 31 July 2016

Jamuan Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Beginilah suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri, peringkat Parlimen Lipis, oleh YB Dato' Abdul Rahman Bin Mohamad. Pemandangan dari tingkap bilik tidur Kak Mah, agak lenggang dah sikit, semua tetamu dah balik, setelah kekenyangan,
Alhamdulillah, terima kasih YB. Jumpa lagi tahun depan.
Wassalam.

Saturday, 30 July 2016

Sambal Tumis Buah Macang

Assalamualaikum,

Malam ini Kak Mah makan nasi berlaukkan sambal tumis buah macang. Sebenarnya dah dua hari Kak Mah makan lauk yang sama. Sedap sangat memang tak jemu. Maklumlah macang ni pun berbuah bermusim macam durian juga. Yang paling uniknya, setiap tahun apabila buah macang gugur itu petandanya tidak lama lagi buah durian pula yang akan gugur.

Di khabarkan oleh orang tua-tua dahulu buah macang akan gugur dahulu sebelum buah durian walaupun kedua buah ini berbunga hampir serentak. Nak tau sebabnya mengapa. Di khabarkan juga oleh orang tua-tua dahulu, buah macang yang kecil apabila dia gugur bunyinya tidak sehebat bunyi buah durian gugur. Oleh kerana itu dia kena gugur dahulu daripada durian, kalau tidak macang akan berasa malu dengan bunyinya yang tidak sedap didengar. Lagipun rasa macang agak masam jika dibandingkan dengan durian, Jadi macang gugur dahulu supaya dimakan orang dahulu, sebelum di kalahkan oleh buah durian. Ini cerita yang Kak Mah dengar dari orang tua dahulu. Bukan Kak Mah yang reka-reka yee...



Ok, cuba tengok gambar sambal tumis macang Kak Mah ni, sedap tak gayanya, Kalau tengok pun dah sedap apa lagi kalau dimakan. Tak payah lauk lain lagi dah,boleh jalan dua pinggan nasi.


Emmm, kat bawah ni pula gambar buah macang, kepada sesiapa yang masih belum kenal buah macang, haa inilah dia rupanya buah macang, makanan orang kampung macam kak mah ni. Tapi kalau dah jadi sambal macam yang kak mah buat ni, sesiapa pun pasti akan menggemarinya


Nak cuba buat tapi tak tau macam mana nak buat. Ok Kak Mah bagi resipi dia. Simple je.

Barang-barang yang perlu disediakan ,

1 biji buah macang yang masak, kupas, cincangkan halus
10 biji cili padi, kalau suka pedas tambahlah
Setengah cawan ikan bilis, buang kepala, perut dan tulang, bersihkan
1 ulas bawang besar kupas dan mayang nipis
4 sudu makan minyak masak
Setengah cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara nak buat

1. Tumbuk cili dengan garam hingga lumat
2. Masukkan ikan bilis, tumbuk hingga pecah
3. Masukkan buah macang yang telah dicincang, tumbuk hingga pecah
4. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah ditumbuk, dan bawang yang telah dihiris halus,
5, Kacau hingga rata dengan api yang perlahan
6. Akhir sekali masukkan air, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah pekat dan tibul minyak, boleh diangkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba

Jumpa Lagi.
Wassalam


Sunday, 24 July 2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah,

24 Julai 2016, 1.33am,
Hemmm, baru jumpa internet, setelah sekian lama,
Apa-apa pun alhamdulillah...