Tuesday, 27 December 2016

Apa Khabar Encik Nuffnang.

Assalamualaikum,

Sallam petang Selasa, Diam tak diam dah nak habis tahun 2016 ni yee. Tinggal empat hari saja lagi kita akam melangkah ke tahun 2017. Di kesempatan ini Kak Mah nak ucap dululah Selamat Menyambut Tahun Baru 2017. Semuga tahun 2017 ini nanti akan lebih baik dari tahun 2016.

Entry Kak Mah petang ni bukan nak memperkatakan tahun baru sekadar nak bertanya khabar tentang Encik Nuffnang, yang rata-rata Blogger ada meletakkan Encik Nuffnang dalam blog mereka.

Wahai kawan-kawan, blogger-blogger semua, tolonglah jawab pertanyaan hati Kak Mah ini. Apakah Encik Nuffnang ni masih ada, masih aktif, masih memerhati blog kita-kita ni atau sekadar tinggal tinggal nama sahaja sekarang ini.

Jawapan dari kawan-kawan blogger yang ada memasang Encik Nuffnang amat-amat Kak Mah perlukan. Untuk itu Kak Mah dahulukan dengan ucapan Terima Kasih

Wassalam.


Saturday, 24 December 2016

Sambal Rangup Best

Assalamualaikum,

Semua rakan-rakan blogger, pengunjung blog LipisLady,
Selamat berhujung minggu semua.


Lama dah Kak Mah tak kongsi apa yang Kak Mah Masak dengan kawan-kawan dan pengunjung blog Kak Mah ni. Kak Mah ni nak kata sibuk tak lah sibuk sangat, cuma Kak Mah jarang memasak. Kak Mah banyak makan Quaker Oat aja. Apalah lah nak di kongsikan sebab kak mah tak pandai nak masak-masak Quaker Oat ni. Kak Mah cuma rendam dengan air susu lepas tu makan.

Tapi hari ini kak Mah teringat pulak nak buat sesuatu yang boleh dimakan dengan Quaker Oat Kak Mah, jadi tidaklah muak sangat hari-hari makan dengan susu.

Teringat pulak Kak Mah pernah makan Sambal Rangup ni, memang sedap dan sesuai di makan dengan Quaker Oat.

Petang ini dah jadi Sambal Rangup Kak Mah. Sambal ni sesuai dimakan dengan nasi, roti dan lempeng. Tapi kalau nak lebih special lagi cuba makan dengan Quaker Oat. Kak Mah suk sangat. Sebab dia ada pedas sikit-sikit dan ada ikan bilis yang sentiasa rangup. Resipi Kak Mah tak dapat nak disertakan disini sebab ini merupakan first time Kak Mah mencuba, resipi pun masih belum lengkap lagi.

Inn Shaa Allah akan datang Kak Mah akan sertakan resipinya sekali.

Wassalam,


Friday, 9 December 2016

Sedapnya Donat Sira Gula Melaka

Assalamualaikum,

Buat rakan-rakan blogger Kak Mah, peminat-peminat blog LIPISLADY, Kak Mah ucapkan Sallam Hari Jumaat yang ceria. Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Alhamdulillah.


Gatal dah rasa tangan Kak Mah ini, setelah seminggu tak menguli tepung. Semalam tu rasa macam tak boleh tahan dah, terus Kak Mah selongkar dapur rumah anak Kak Mah, jumpalah alat-alat nak menguli. Sementelah pulak ramai sekarang ni dok tayang gambar kuih keria sira gula melaka. Bila dah ada bahan idea pun datanglah. Donat sira gula melaka, Chewahh...sedap tu...Uli punya uli dapatlah sebanyak 31 biji. Rasanya cukup dah untuk makan cucu-cucu Kak Mah yang 3 orang ni, termasuk Kak Mah dan Daddy. Tekaan meleset. 


Ini Memei, cucu Kak Mah yang ketiga dari keluarga ini. Adik manja ni, bongsu sementara.Memei cuma makan 2, kata dia bagi tau Kak Mah bila tengok bekas donat atas meja dah kosong.Ah sudah. ada pulak orang komplen, buat banyak dah tapi ada juga yang dapat dua aja. Sedap punya pasal abang makan lebih sikit, terlupa nak tinggal kat adik dan mommy. Petang tu sekali lagi Kak Mah menguli, dapat pula 20 biji, sekali hadap yang tengah suam-suam kuku tu, Kosong pinggan.


Memang sedap Donat Sira Gula Melaka ni. Kali ini Kak Mah ubah sikit resipinya, tak pakai majrin lagi, setelah mendengar ceramah Dato' Prof. Dr. Muhaya, yang mengatakan majrin ni tidak berapa baik untuk kesihatan, walaupun dibuat dari kelapa sawit. Sebenarnya donat yang dibuat dari minyak lebih lembut dari yang dibuat menggunakan majrin, lembutnya boleh tahan lama sampai kepetang.


Alhamdulillah,

RESIPI 

4 cawan tepung gandum
Setengah bungkus yiest muripan
Setengah cawan minyak masak
5 sudu makan gula putih
Satu setengah cawan air

Untuk sira

Dua ketul gula melaka ( Kalau yang panjang 4 in. tu seketul cukup)
5 sudu gula putih
setengah cawan air
secubit garam


Cara-cara

1. Didalam bekas, gaulkan tepung dengan gula dan yiest hingga rata.
2. Masukkan minyak, gaul lagi hingga rata hingga menjadimacam serbuk roti.
3. Masukkan air dan kacau dengan hujung jari hingga dapat kelembutan yang di kehendaki.
Jika rasa terlembik tambahkan tepung sebelum di uli.
Jika rasa terkeras tambahkan sedikit minyak.
4. Bila sudah dapat kelembutan yang di kehendaki, barulah gaulkan dan uli hingga betul-betul sebati dan licin.  
5. Rehatkan selama satu jam hingga tepung naik sekali ganda.
6. Apabila tepung telah naik dan ringan bolehlah di bentuk.
7. Ambil doh sebesar bola pompong, bulatkan, dan tebuk lubang ditengahnya dengan jar.
8. Atur didalam dulang dan rehatkan laagi selama du puluh minit atau sehingga kembang sedikit.
9. Apabila kembang boleh digoreng dengan api sederhana.
10. Bila siap menggoreng, tuangkan minyak kedalam bekas lain, tinggalkan 3 atau 4 sudu makan.
11. Masukkan setengah cawan air kedalam kuali yang masih ada minyak tadi, masukkan gula melaka, gula putih dan secubit garam, biarkan gula melaka hancur, renihkan sehingga gula pekat. Hati-hati, api jangan terlalu kuat nanti gula menjadi hangus.
12. Apabila gula telah pekat, masukkan kesemua donat yang telah digoreng kedalam air gula tersebut,
perlahankan api, kacau supaya gula rata melekat pada semua donat. Matikan api dan kacau lagi hingga gula mengering dan menyaluti semua donat.
Nota : Kalau air gula tidak cukup pekat gula tidak akan mengeras dan kelihatan berair, tidak perlu di besarkan api, sebaliknya angkat dari api dan kacau hingga gula mengeras dan berderai.

Donat Sira Gula Melaka sedia dihidangkan.


Semuga jumpa lagi.
Wassalam.