Assalamualaikum
Selamat berjumpa lagi rakan-rakan blogger Kak Mah yang di sayangi,Lama dah tak share aktiviti di dapur Kak Mah. Al maklum ajalah, dapur Kak Mah ni jarang berasap...hehe, tinggal sorang kak Mah malas masak, makan aja apa yang ada lagi pun Kak Mah dalam diet yang agak ketat sekarang ni.
Walau bagaimana pun, kerana dah lama sangat Kak Mah menyepi sejak beberapabulan ini, rindu pulak sarasanya nak share resipi buat roti kak mah. Kak Mah buat roti tak ada resipi yang khusus, cuma belajar tengok-tengok anakbuat aja.Tapi bolehlah, kak Mah berjual dalan 30 biji sehari. Alhamdulillah.Resipi ini paling simple yer sahabat-sahabat.
Kita ke resipi terus ye..
Bahan-bahannya.
1. 2 cawan tepung high protein ( tepung roti )
2. 2 cawan tepung gandun
3. Separuh kampit yiest muripan
4. 2 sudu majrin
5. sudu gula
6. 1/2 sudu teh bread improver
7. 1/2 cawan susu cair
8. 1/4 cawan air
9. 1 biji telor A
10 secubit garam
Cara-caranya.
1. Masukkan bahan kering kedalam pengadun, gaul rata dengan spatula,
2. Masukkan Bahan basah dan akhir sekali susu dan air
3. Putar dengan pengadun 10 minit atau hingga doh lembut.
4. Rehatkan doh selama 45 minit, baru canai.
5. Canai, ambil doh 50gm, bulatkan dan buat lubang ditengah, letak inti
yang diinginkan, sama ada kelapa, kacang merah atau kari kentang.
6. Bulat-bulatkan semula, dan aturkan didalam loyang pembakar dalam
jarak 1 1/2 cm, rehatkan lagi sehingga doh naik 100%
7. Bakar selama 21 minit dalam oven 180c bergantung pada
oven masing-masing.
8. Setelah masak angkat dari over dan terus beruskan diatasnya
dengan majrin dengan menggunakan berus.
Selamat Mencuba
Wassalam, Jumpa Lagi.