Saturday, 31 October 2009
Nombor Ong
Tetiba ada ada sebuoh kereta merse warna putih, mate belalang ke tak mate belalang, keh tak kenai, tapi keh tengok toke cina yang keh kenai sangat orang nye teh semacam je pandang ke keh.
" Ah sudah, mat nye toke nih pandang ke keh gitu," kata hati keh.
Pas tu dia keluo dari kete teruh keliling ke kereta keh.
" Eh aok punye nombor semalam keluar first pricelah" kata de toke tuh.
" Yee ke toke." kata keh, excited pulok...." Toke u beli berapa, waa u banyak ong aaa..."
" Haiyaa.. saya sudah silap laaa, salah satu nombor saja, tak ada ong lahhh..." keh tekernying jee tengok cina tuh berlalu tinggal ke keh, macam kecewa jee mukanye.
Baru keh teringat, sebulan yang lepas ada pakistan yang keh selalu berutang kain datang nok mintok utang, tetiba aja dia mintok nombor pada keh. " Aok ambik aja nombor kereta saya tu," kata keh selamba tanpa perasaan.
" Awak janganlah main-main," kata pakistan.
Dua minggu selepas tu dia datang jumpa keh, katanya no kete keh keluor first price juge, tapi dia amik beza satu angka...
Dua taun yang lepas pun masa keh lepas accident kat highway Karak/ KL orang kata nomor kete keh keluor first price juge, entah lah, keh rasa nombor kete keh ni ong juge, sebab tu keh sayang sangat, walau pon keh tak peduli nombor tu keluor first price kee..apa kee..janji dia dah banyok berjasa pada keh...
PENAFIAN : keh bukanlah kaki ekor, tapi keh ada kaki dan tak ada ekor.
Sekian, Wassalam.
Thursday, 29 October 2009
Senyom Sikit
Toyota Camry. limited edition...
Lori injin satu kuasa lembu...
Pegang kuat-kuat sikit mak cik yee, karang cecer...
Helmet pesen baru...sesapa yg rasa nok merempit tuh tempohlah helmet nih..
Bila dah letih membeli beloh
Kapak kereta
Tuesday, 27 October 2009
Renung Sejenak.
PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.
Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
PENGERTIAN SEBENAR COGAN NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.
Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.
Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.
Nih Pulok Lagu Kebangsaan Negeri Pahang Darul Makmur
Senikata yang baru:
"Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".
Senikata yang lama:
"Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami".
Sekian Wassalam.
Monday, 26 October 2009
Kubur Sapalah Tengoh Ranta Nih
Kubur nih bete-bete sebeloh pasaraya Aktif lipis, lama dah keh nok mengambil gambonye, tapi takut nampok de orang, deme kata menda pulok, tapi pagi-pagi tadi keh curi-curi juge ambil. Sapalah punye kubur ni agoknya. Ini sebenornya kubur sejarah juge.
Haa..inilah nama tuan punya kubur nih, keh nok menyebutnye tok pandai, deme bacalah sendiri, menurut ceritanya Mr William nih sepupu kepada Sir Hugh Clifford, Residen Inggeris di Lipis dulu. Cerita yang lain-lain keh tak taulah cuma Sir Hugh Clifford ni di beritakan banyak menulih tentang orang melayu pahang dalam bukunye yang bertajuk " In Court and Kampong". Tah apalah yang ditulihnya tentang orang pPahang dalam buku tu yek, kalau ada sesapa terjumpa atau simpan buku teh tolong bagi pinjam ke keh, telior plak keh nok membacanye.
Ini pulok kubur sebeloh kubur William, tah sapa punya keh tak taulah.
Sekian, Wassalam.
Dataran Informasi,
Assalamualaikum, kepada sesapa yang belum pernoh pegi ke Lepih, bolehlah singgoh disini dulu yee..Di dataran informasi Kuala Lipis, kala nok tau ranta mana tempat nih, letoknye bete-bete depan Pejabat Pos Lepih. Boleh singgoh sekejak, baca dulu penerangan tentang Lepih dan tempat-tempat yang patut di lawati semasa berada di Lepih.
Saturday, 24 October 2009
Peneris
Pernah tak dengo perkataan ini, penerih atau peneris. Kala orang Tembeso mesti pernoh dengo dari mok-mok kite dulu, atau wan-wan kite dulu. Deme dulu tu kala kena gayanya kaya di sebab ke penerih nih.
Penerih ialah sebuah lubang sebeso perigi atau telaga, tetapi tak ada air. Kering kontang. Dalam lubang penerih boleh melebihi 50 kaki atau kala kerat pokok nyo yang tinggi sekali, letok bahagian pangkalnya kebawoh, puchuk nyo tu pun tak buleh nampok. Demikianlah dalamnya lubang penerih nih.
Menkala ada yang ter jatuh dalam lubang penerih ni jangan haraplah boleh naik semula. Jerit sekuat mana pon orang diatas tak boleh dengo, pedehal ke dalamnya. masa lubang penerih ni masih di guna pakai dulu, ianya digali bertangga tangga, beso diatas kecik di bawoh, tirus kebawah supaya senang orang yang menggalinya tuh nok naik semula.
Jarak antara satu lubang ke satu lubang pulok dalam sepuluh ke dua puluh kaki sahaja. Pendek kata lubang penerih nih macam jerangkap samarlah. kala sesapa jatuh innalillah...tak kan lepas keluor dah. Tu lah yang keh taketnya semasa lalu diantara lubang penerih nih, masa keh kecik dulu. tambahan pulok lubang tuh kebanyokannya dah di tutupi rumput dan semok samun. Kerayan met keh weh kala lalu kat situ.
Ni pulok bab kegunaan lubang penerih. Lubang penerih sebenonya adalah lombong kecil tempat datok nenek kite dulu mencari emas. Deme gali lubang tu kendian bawok tanoh naik keatas, pas tu hancorkan tanoh dengan air. pas tu ayak dengan dulang. Suku ade mas nya akan tinggal di buntut dulang. Dek kerana dulu mas muroh datok nenek kite taklah kaya, sekadar boleh cari makan aja. Itulah datok nenek kite, pendulang tradisional yang tak kaya sampai sekarang.
Dulu kerba selalu met jatuh kedalam penerih nih, habih pupus kerba orang Tembes. Mana toknya kerba kaka dia jatuh mesti melentang lubang, tegak je kat situ nok tarik tok buleh. akhirnya mati gitu aja. Itu lah sebabnya kebanyokan penerih dah di timbus dek dema. walau bagaimana pon kesan-kesannya masih ada lagi setakat keh tengok beberapa tahun yang lalu.
Sekian Wassalam
Wednesday, 21 October 2009
Pertemuan Dua Sungai..
Tuesday, 20 October 2009
Buah Mencupu
Inilah rupa buah menchupu kata orang lepih atau ada juge orang panggil buah kecupu. Buahnya yang muda warna hijau, yang masok warna oren. Tapi kala yang masok bete tu ada yang warna merah mensia.
Daunnye pulok mestilah warna ija, bujur keras, (rujuk gambo atas). Batangnya pulok kecik jee tak sampai pon sepemelok, tapi tinggi bolehlah tahan, lupe nok uko. Pokok mencupu ni tak ada dehan yang berterabo, dahan dia tumbuh macam dahan pokok ru, macam tangga aja. kala nok panjat senang aja.
Keh masa kecik-kecik dulu dengan rodong-rodong suke sangat panjat pokok mencupu nih. Komeh lima nam orang pakat panjat pokok,bawok bekal garam, tujuannya nok makan buah mencupu muda. Rasa buoh mencupu ni weh masam masam manis kala masih mude, tapi kala dah masok manis weh...tak payoh makan dengan garam..Issshhh telior pulok rasanye, meleleh air lio keh.
Tapi awas yee weh, kala makan buoh mencupu nih, banyok getoh. komeh dulu kala panjat pokok mencupu dari pagi sampai tengahari, dudok atas pokok tu melantok buoh mencupu sampai kenyang saeh. Lupa nok makan nasik weh pedehal ke sedaknya buoh mencupu nih.Selagi mok ayoh tak datang bawok rotan nok sula, komeh tak balik.
Yang letihnye tu dah lah kena rotan dua tiga kali sorang, nok menangis tok boleh sebab mulut bekerebet nok buke tok buleh, lekat kena getoh mencupu. Balik kerumoh mulut moncong macam orang bisu. Bibir puteh macam bibir ungka, begelumeh dengan getoh mencupu. Sakit weh..nok makan nasik tak buleh.
Tapi adalahlah cara nok buang getoh mencupu nih, lumur ajalah dengan minyok gas, jangan sampai termakan minyok gas sudahlah. Tapi kala termakan juge tak apa, kata mok ubat kembong.
Sekian Wassalam.
Monday, 19 October 2009
Melatoh
Tapi kesian weh makcik tuh letih die, apa ke tidoknye, seme menda orang suruh dia buat, bebudok pulok suke sangat mengusik. Pas tuh deme pakat suke ramai-ramai..Tak patut bete...
Ada satu part yang keh ngeri sangat dengan mak cik latoh nih, bila dia mencarut, habis seme dia keluokan...tak sanggup weh mendengonya...maluuu....maruuu bete....
Pernoh sekali keh mengusik seorang kawan, tak tau pulok dia nih melatoh, sebabnye umo die mude lagi, baru 26 taun umonye..Masa keh datang dia tengok siang sayo, keh pon nok mengusiklah kononnye, keh pedak lah mata die dengan tangan...
Fuhhh...nye melompat dia, nye angkat pisa dia nok cucuk ke mate keh..apa lagi keh pon bersilatlah..puas keh nok menenang ke dia balik. Ropenya dia terkeranjat sangat.
Sekian Wassalam.
Bio Bete Weh
" Huiii selamba je you jalan dalam ujan yee" Tegur toke kedai topak. " Allah, ujan air bukan ujan batu, lagi pon ujan ni rahmat, buat apa nak elak..." Isshh buat apa plak keh ni cakap gini ke cina nih. Dia bukan tau rahmat ke tak rahmat bisik ati keh. " Bla, bla, bla." " Bla, bla, bla."
Dalam pada keh bersoal jawab dengan cina ni sedar tak sedar kami dah masuk ke fasa perbincangan yang agak serious tentang Islam, akidah, syariat, hakikat , tarikat, dan makrifat.
Semuanya cina nih tau. Pengetahuannya mengalohkan guru agama. keh sendiri pon tak boleh nok mengikuti apa yang dihujahkannya.
Siap dia menasihati keh supaya baca banyok buku agama supaya iman menjadi mantap, dan macam macam lagi yang orang Islam mesti lakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Keh mula rasa was-was sebab cina nih masih lagi semboh tokpekong. Ada lagi tokpekong kat sedut kedainya.
Lalu keh mengingati bahawa diantara tanda-tanda akhir kiamat adalah orang-orang yang bukan beragama Islam atau orang kafir akan lebih mengetahui tentang agama Islam dari orang islam sendiri..
Weh gementor rasanya hati keh, apakah kiamat akan terjadi dalam masa yang terdekat.
Tak lupa juge dia meminjamkan keh buku ini untok keh baca. " Baca dan fahamkan betol-betol yee" Pesannya pada keh.
Wallah hu allam...
Sekian Wassalam.
Friday, 16 October 2009
LAGU TRADITIONAL RAKYAT PAHANG
Banyak daun perkara daun
Daun sirih sebenar daun
Banyak tahun perkara tahun
Tahun Hijrah sebenar tahun.
Ya Allahu ya Rasul
Muhammad Pesuruh Allah
Y Allahu ya Rasul
Muhammad Pesuruh Allah
Banyak hari perkara hari
Hari Jumaat sebenar hari
Banyak orang perkara orang
Orang alim sebenar orang
Ya Allahu ya Rasul
Muhammad Pesuruh Allah
Ya Allahu ya Allah
Muhammad Pesuruh Allah
Banyak Nabi diturun Tuhan
Nabi Muhammad akhiri Zaman
Baginda hendak berangkat
Datang Malaikat membawa payung
Ya Allahu ya Rasul
Muhammad Pesuruh Allah
Ya Allahu ya Rasul
Muhammad Pesuruh Allah
Banyak hari perkara hari
Hari Jumaat sebenar hari
Banyak nabi diturun Tuhan
Nabi Muhammad akhiri Zaman.
Salam, ini Lagu Zikir Rakyat Negeri Pahang,
dilagukan bila ada kenduri, ramai yang dah tak
tau lagi ini.
Same-samelah kita menjaga khazanah negeri kite ni yee wehh...
Sekian, Wasalam.
Thursday, 15 October 2009
Huhhh...Lega...
Dan kemuncak dari kebizian keh sejak seminggu inilah hasilnya....
Nih YB Ahli Parlimen Lepih bagi sedekoh pada anak Yatim......
YB nih nok nyanyi kee nok bagi sedekoh......
Mok Dato' Siti Norhaliza Puan Salmah pon ada datang
Maaf Yee, tukang gambo tidak ada didalam ini gambo....
Sekian wassalam
Wednesday, 7 October 2009
Selingan
Weh rodong, gambo nih keh tangkak kat pasaraya aktif lipis 2 ari lepas, cobe rodong perati bete-bete apa sebenonya yang keh nak gambokan melalui gambo nih, kala dah dapat jawabnya bagi tau keh yee.....
Jawapan ade de bawoh, tapi jangan meniru lah yee, tok acilah....>>>>>>>
"
"
"
"
Jawapannya.....
"
"
"
"
bete nok tau!!
"
"
"
"
"
Jak lah tak kuo gambo lagi...
"
"
"
"
"
Ni lah weh gambo klose up nye, sapalah yang minum air nih, malas nok bayolah tuh...heheeh
Sekian Wassalam..
Sunday, 4 October 2009
Drama Pendek bertajuk Membeli Beloh
Semalam Jeman dah janji dengan keh, hari nih dia nok bawak keh membeli beloh. Belom pukul 10 lagi Jeman dah terjonger depan pintu rumoh keh. Nasib keh dah siap. Apa lagi komeh pon terus jer pegi naik vespa Jeman yang rona meroh belang oren.
Masa naik vespa keh tak pegang badan Jeman sebab keh takut nanti orang kata komeh berkhalwat pulok, keh pegang ajalah pada besi kat belakang tepat dudok keh. Heh bukan menda wehh, kerayan keh, jeman ni pulok bawak moto kejap laju kejap slow. Yang keh paling takutnya masa dia bawak laju tu lah, Semelayuh keh ke belakang dibuatnya. Rasa nok jatuh pon ada..
Samapai ke Benta, Jeman berenti kat satu sempang, gaya nyeh macam sempang nok masok ke dalam rok aja, "haa sudah! nok koneh pulok Jeman nih" Kata hati keh berbisik, " entah-entah Jeman nih berniat burok" kata ati keh lagi.
Jeman tarik tangan keh ajok turun, heee...keh takut, dia tarik lagi kuat, nok tak nok keh kene turun juge, sakit dah tangan keh kena tarik, " Hebleh koreng bete aok Jeman, aok nok buat menda ke keh nih" kata keh menjerit. Jeman tekernying jeh sambil tarik tangan keh, sampai tersampok keh pada tunge, sakit kaki keh, macam nok patoh kasut tumit tinggi keh.
" Chu aok perati tuh,ada danga, dekat dah nih, moh cepat sikit, " kata de Jeman lagi, hehh takut bete keh wehhh, keh rentok tangan keh, lepah, melucai keh lari kebelakang. Nye tarik semula de Jeman. Tak reti dah lah keh,.....
" Aok dudok sini kejak," kata de Jeman bila komeh sampai ke danga yang dia tunjuk tadi. Macam orang pandir keh dudok atas danga, keto kaki dah nih...koneh pulok Jeman nih, nye tinggal ke keh sorang nih...
Debakk!!!!! menda pulok nih, tekerancheh keh,
" Nah keh dah beli, aok beloh lah" kata de Jeman,
" Hampuras bete aok Jeman, aok main ke kah yee, aok kata nok pegi membeli beloh, letih keh pakai baju kurung cantik-cantik, pakai kaset tumit tinggi, sembor minyak wangi petawali setengah bote, rupenya aok nok ajok keh makan derian," Anget dah keh nih.
" Saloh ke, kite tengoh beli beloh lah nih, Keh beli aok beloh" kata de Jeman terkerinying.
" Tak kosa keh,"
" Nantilah aok Jeman, aok main ke keh, esok keh main pulok ke aok pulok, kala tak aok jangan panggil keh LIPISLADY!!"
Dalam pada keh beromeh ke Jeman, sedo tak sedo keh dah temakan dua biji derian......
Sekian Wassalam.
Saturday, 3 October 2009
Pokok Lemba
Buoh pokok ni berwarna putih, bijinya warna itam, duduknya pada pangkal pokok. Buoh lemba ni kalau dah masok baunya wangii sangattt..Kalau rodong nok kenal lebih lanjut rupe buah lemba nih, cuba rodong beli mercun lalat yang anok kita selalu main campok-campok tuh yang bila dicampok bunyi pet..pet!!, haa gitu lah rupe buoh lemba.
Tak ada yang istimewa sangat dengan pokok lemba ni sebenonya, entah rodong pon ada yang tok kenal pokok lemba..dia sama je dengan rumput-rumput beluko yang lain menyemok je kalau ada pokok lemba ni dalam kebon getoh.
Tapi buoh lemba nih ada keistemewaannya, sebiji buoh lemba aja boleh buat seme menda yang rodong2 minum atau makan rasa manis. Tak caya..Cubalah makan buoh lemba, pas tu minum air masak kosong. Tapi jangan minum gelas kosong yee..nanti deme tak rasa menda... Selamat mencuba..
Sekian Wassalam.
Friday, 2 October 2009
Kaunter Penerangan Bergambo
Kaunter penerangan bergambo ini di sponser sepenuhnya
oleh lipislady. Sebarang imformasi tak perlu berbayo.
100% Pree.
Bunga ni dah layu lisut, hunggas ajalah.
Lisut = Penjodoh perkataan layu = kering dan tidak segar.
Hunggas = Campak buang.
Kaunter 2
Perut budok nih buncit merening, ada cheheng gamoknya dalam perut dia.
Merening = penjodoh perkataan buncit = kulit menjadi tegang.
Checheng = Cacing
Gamok = Agak
Kaunter 3
Kesian Pak Pik nih, sampai telaya, kalau nok meretoh balik ke rumoh Pak Cik sinih bahaya.
Telaya = Tido-tido ayam, sekejap aja
Meretoh = Tido lena yang panjang
Kauanter4
Ari dah nok reloh, bebudok ni masih nok melencet lagi.
Reloh = Senja, hampir nak malam.
Melencet = Bermain, terloncat-loncat, terkejo-kejo.
Wassalam
Thursday, 1 October 2009
Letih Weh..
Letih weh keje melambok nunggu..
moh keh belanja demeh makan masakan
orang lepih....
Nih nasi kebuli namanya, terkenal di Mela, orang lepih pon
seme tau.Tapi kalau makan boleh betamboh berat sekilo,
banyok ngat minyok....
Nih pulok gulai keladi kemahang, kah pandai masok gulai nih,
pakar, orang takut makan, takut gatal, tapi keh makan selamba
jee..tak gatal pon...sapa-sapa nok resepi boleh mintok yee,
PREE.....