Tuesday, 27 October 2009

Renung Sejenak.

Assalamualaikum, sebenatar tadi semasa marayau-rayau dialam maya keh singgah di laman web Kerajaan Negeri Pahang, inilah yang keh dapat. Keh rasa ramai yang tak tahu apa pengertian sebenar Bendera Negeri Pahang yang hitam putih macam taik cicak teh dan pengertian cogan negeri Pahang yang ada gading gajoh teh. Kalau ada yang tau teh keh minta maap lah yee, ni keh nok bagi tau orang yang belum tau aje.

PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.


PENGERTIAN SEBENAR COGAN NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.

Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.

Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.


Nih Pulok Lagu Kebangsaan Negeri Pahang Darul Makmur

Tajuk: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"

Senikata yang baru:

"Ya Allah Yang Masa Kuasa

Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

Senikata yang lama:

"Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami".


Sekian Wassalam.

7 comments:

  1. kun bangga aok dilahirkan di Pahang..x lama lagi adalah org rekemen ke aok pingat..teh

    ReplyDelete
  2. Sallam sha, insyaAllah, dapat pingat NENEK pun jadilah...heheheh

    ReplyDelete
  3. Kome bangga jadi anok jati Pahang..meski pun kawan berketurunan Bugis..he he

    ReplyDelete
  4. itu laa bender nyer...membace mudoh nok inget payoh....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    * en. Relevan, Bagehlah tu, keh pun keturunan bukan dari pahang juga, tapi mok ayoh keh lahir di Pahang, Hidup Pahang....

    * en Yassin, kala tak ingat tak apa lah, asal jangan tak tau langsong...

    ReplyDelete
  6. baguslah aok buat info begini,sebenornye baru ni la koi tau ttg bendera Pahang te..bangga weh jd org pahang.

    rase koi mat kilau dulu pun ngamal zikir ya latiff...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, mazru, aalhamdulillah bergunaleh juge n3 keh ni yek.

    mat kilau, tok bahaman, aki nyang seman, pawang nong dan amai lagi, seme tu amalkan zikir ya latiff, kite pun amalkanlah...pelembut hati

    ReplyDelete