Sejak hari Rabu yang lepas keh ada jadual baru yang terpaksa dipenuhi. Nok tak nok keh terpaksa menghadapi jadual baru ini, dan terpaksa bersiap sedia mental dan fizikal, kalau tak keh akan kecundang. Jadual tersebut adalah jadual untuk sakit.
Tepat jam enam setengah pagi keh akan merasakan pulasanya yang pertama, tak berapa menyengat sangat lagi. Ianya berlangsung selama 2/3 minit berhenti sekejap dalam 2/3 minit dan bersambung semula setiap 3 minit sekali. Makin lama semakin sakit, terlalu sakit sehingga mengeluarkan peluh dan kadang2 rasa nak pitam pun ada. Kala keh makan ubat tahan sakit, ianya akan berlangsung selama 3 jam baru reda, maknanya pukul 9.30 pagi baru reda kesakitan tersebut. Kala keh tak makan ubat pun ia akan berlangsung selama 3 jam juga.
Hari ni keh dah malas nok makan ubat, keh nok tengok sedang mana sakit nya kalau tak diredakan dengan bantuan ubat tahan sakit. Sama aja, sakitnya tetap menyengat macam samalam dan hari2 yang lalu dimana keh mengambil ubat tahan sakit. Tepat jam 9.30 pagi sakit semakin reda dan berkurangan terus menjelang pukul 10.00 pagi.
Fuh, ni tengah mengumpul kekuatan untuk menghadapi serangan kedua menjelang pukul 5.30 petang nanti. Untuk itu keh terpaksa makan lebih banyak dan lebih kerap dari biasa untuk mengumpul tenaga, dalam menghadapi jadual sakit yang sehingga hari ini nasih tepat pada waktunya. Alhamdulillah untuk jadual 5.30 petang ini keh terpaksa menghadapinya selama 2 jam sahaja. Taklah terlalu lama sangat.
Maknanya dalam sehari semalam keh dah ada jadual baru, iaitu menentang kesakitan yang berlangsung selama 5 jam...Walau bagaimana pun keh bersyukur, sakit ini berjadual, tidaklah keh terpaksa menanggungnya sepanjang hari sehingga menjejaskan kegiatan harian keh.
Walau bagaimana pun keh berdoa agar petang ini jadual sakit ini dipendekkan sikit, atau di tiadakan terus, insyaAllah. Dengan Redha keh menunggu saatnya, 4 jam dari sekarang....
Sekian Wassalam.
Salam.
ReplyDeleteSakit apa sebenarnya ni Lipislady. Serun amat kawan mendengornya..
lorr dh benti plak makan ubat ke? hurrmmm
ReplyDeleteawak bagus. walaupun sakit masih mampu mengucapkan syukur. tapi kawan nak komen sikit tentang tajuk tu .. rasanya awak salah tulis kot.. gamaknya orang tak nak tegur, sebab awak sakit. saya nak tolong betulkan tak upaya. awak tak nak betulkan pun tak pa .. orang faham.
ReplyDeleteeloklah pergi buat pemeriksaan oleh doktor sebelum melarat.
Bila sakit sebenar perlu ada usaha, rawatan dan ubat. Sebenar usaha kita tak lain hanya utk menyembuhkan penyakit atau mengurangkan penyakit tersebut selebihnya kita tawakal pada Allah. selepas berusaha. Perlu dingati tidak akan ada satu tawakal yang sempurna tanpa ada usaha.
ReplyDeleteSakit juga dalam ertikata lain kita diduga oleh allah sebagai hambanya, sakit juga bukan di beri saja-saja ada hikmah disebaliknya sekurang2nya membuang dosa2 kecil kita.
Sesungguhnya tidak ada penyakit yang tiada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati.
Wa'allahhualam
weh,mmg serun mbacanyer. keknyer keh jadi blur gitu aje bile demeh criter xabis gitu. smoga cpt smbuh!
ReplyDeletetiada ubat bagi segala penyakit kecuali sakit tua....
ReplyDeletesemoga sihat
ReplyDeleteSakit apa yang dik tanggung ni? Berat betul bunyinya. Akok tumpang simpati. Moga aok tabah dengan ujian Ilahi ni. Akok doakan aok cepat sembuh.
ReplyDeletenih sakit oang pompuan ker hamende??
ReplyDeletegitu le gayenye kita, ander masa sakit ander masa sihat.. tapi masa sihat lebih banyok dari mase sakit... kena syukor ter. cuma beza hok ni ada jadual bule le prepare.. moga cepat le keboh
ReplyDeleteTak kan megidap di rumoh je..Kener berehat tu..
ReplyDeletebukan sakit nak bersalin ek??
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteWeh rodong2 baru ari ni keh dapat menjawab komen2 deme, sebelum nih keh macam mimpi2 aja, sakit sangat...bertenet pun macam dalam mimpi aja...Terima kasih kepada semua yang komen..terima kasih kepada yang mendoakan keh cepat sembuh...InsyaAllah berkat doa itu...