Saturday, 27 February 2010

Kala Keh Tak laa Agoknya


Assalamualaikum,
Ada sesapa nok berubat cara camgini, Silalah....
Heeeeee....geli geleman keh....tu baru nengok gambo....

Sekian, Wassalam.

Friday, 26 February 2010

Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum,

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"


Sekian, Wassalam.

Wednesday, 24 February 2010

Apa Ada Pada Nama

Assalamualaikum,

"Sapa nama aok" Kata keh pada seorang kenalan yang baru dikenali.
" Panggil ajalah apa2" Jawabnya. Rupa cantik, tapi nok tanya nama tak nok bagi tau, dah tu suruh pulok panggil apa2lah.
"Laa, tak kan nok panggil apa2 aja"
"Apa ada pada nama, hanya gelaran, aok nok panggil saya apa pun panggillah."
"Kala gitu saya panggil aok tandas ajalah, boleh?"
"Lorr..tak kanlah nok panggil tandas, sampai ati aok."
"Kata aok apa ada pada nama." Nok tergelak keh weh..
" Tandas tu kan kotor."

Tau pun, mok ayoh dah bagi nama elok2 tak nok pakai. Siti Aishah tu kan nama isteri Nabi, perempuan yang paling mulia, Ratu diSyurga yang tertinggi. Dari Siti Aishah tut tut jadi Echa. Mendalah agoknya makna Echa tu yek. Kala molek tak apalah juga, entah2 kan maknanya betul2 tandas, hilang pahala nok ke cantik, jadi ke tempat buang najis plak. Kah kah kah...

Begitulah pentingnya nama pada kita. Nama kita ni memang tak dapat diubah dah, sebab dah dibagi oleh mok ayoh kita, mintok2 ke jangan makna yang buruk dah laa..Tapi berhati-hatilah pulok bila menamakan anok2 kita esok, janganlah letok nama yang tak baik maknanya, jangan juga panjang berjela sampai tiga nama sekali campur bin dan binti penuh sekajang kertas. Bila nok sebut ujung2 aja sebutnya. Kartika Sari Dewi, panggil Ika aja...tah mendalah makna Kartika Sari Dewi tu yee.. Muhammad Al Amin dipanggil Amy aja...

Nama yang buruk maknanya ni kala disebut berulang2 kali seolah-olah kita mendoakan keburukan orang tersebut. Zaniah misalnya, yang bermaksud penzina perempuan, hari-hari kita sebut dia dengan nama tu, kala detik itu ketika diperkenan segala doa kita, Allah pasti memperkenankan doa itu, maka jadilah dia betul-betul penzina perempuan berkat dari doa orang2 yang menyebut namanya.

Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu. Oleh itu perelokkanlah nama kamu." Malanglah bagi kita yang ada nama baik2 tapi tak nok orang sebut, ditukor kepada nama pendek, pada hari kiamat esok malaikat akan memanggil nama kita yang baik dan panjang berjela tu, tapi roh kita pulok lambat bangkit sebab tak biasa dan sebati dengan nama panjang tu sebab didunia dipanggil nama lain.Tapi kala nama burok, langsung tak dipanggillah nama kita dihari kiamat esok...Alangkah ruginya kita disebabkan nok kenama cantik dan glamer luarannya saja.

Oleh itu kala nok bagi nama anok biarlah pendek aja, tapi maksud cantik dan mudah disebut sepenuhnya, bukan sebut sekerat aja. Wallahualam.

Sekian Wassalam.



What Happen?

Assalamualaikum,

Ni apa hal pulok tersangkut merata ginih,
kee ini yang dikatakan perangkak maut?

Itu saja, Wassalam.

Monday, 22 February 2010

Sambungan Cerita Tragedi Cinta

Assalamualaikum,

Rasa berhutang plak keh selagi tak menyambung cerita cinta keh yang baru nok berputik dengan mat saleh dari England tu. Untuk tidak menghampakan rodong2 yang sedang menunggu sambungan cerita tersebut, ni keh dengan senang hati ingin menyambungnya:-

Syahdan, keh pun setiap hari membuka website kurier servis yang diberikan oleh kekasih keh yang berada di England untuk mempastikan kedudukan bingkisan yang dia kirimkan. Dah 8 hari berlalu bingkisan tersebut masih lagi berada di Dubai, lama bete transitnya, kata keh dalam ati.

Satu malam keh menalipon ke England, waktu tu sepatutnya pukul 10 pagi di England, waktu yang sepatutnya dia sampai di pejabat, menurut maklumat yang dia bagi. Beberapa kali keh menalipon tapi tak berjawab. Keh cuba lagi, barulah ada jawapan. Suara lelaki yang gayanya macam sedang tido, keh tanya dia sedang buat apa? Dia jawab sapa ni, tak tau ke orang sedang tido, begitulah lebih kurang dalam bahasa melayunya. Dia bercakap bahasa Inggeris sahaja, tak reti bahasa melayu. Puas keh perkenalkan diri barulah dia kata oh oh oh...yea, yea yea,,, tah menda ohoh yaya nye keh tak taulah.

Keh letok telefon bila rasa dah tak sedap ati, tak kan tido pukul 10 pagi macam tido malam...kalau kat malaysia yeelah, sebab tengoh malam..Stat ari tu keh mula membuka semula email2nya yang lama yang keh masih simpan dan print out, sebagai barang bukti andaikata ada perkara yang tak diingini berlaku. hati keh dah mula syak sesuatu.

Hari yang ke 10 masa keh buka website, barang keh dah ada si Singapore, lega juga rasa hari...Ada chan dapat lap top baru...cincin berlian, rantai emas dan matawang England yang bernilai ribuan pound. Kaya keh...

Hari yang ke 12 keh terkejut beso, rasa nok melompat pun ada sebab kiriman dari England dah berada di Pejabat Kastam Kuala Lumpur. Tak sabar bete keh menunggu barang tu sampai. Tiap2 hari keh menunggu syarikat kurier yang dimaksudkan menghantar kiriman keh. Rasa tak nak keluar dari rumah takut bila dia orang datang keh tak ada, takut dibawak balik barang tu ke KL...lebih haru lagi kala deme tu charge no recipant..lalu dihantonya balik kepada sender
...melepaslah keh. Tiap-tiap ari keh nampok lori syarikat kurier yang dimaksudkan lalu depan keh tapi tak juga dihantonya bungkusan untuk keh.

Seminggu kemudian baru keh terima telefon dari agen syarikat kurier tersebut yang berpejabat di Kuala Lumpur, katanya bungkusan untuk keh ditahan di pejabat kastam Lapangan terbang sebab dalam bungkusan itu ada wang tunai yang banyak, kastam tak boleh lepas, kena bayar tax dulu. Keh tanya berapa tax yang perlu keh bayar, dia kata Rm3,750. Banyak tu, kata keh. Dia kata dalam tu ada dekat 10 ribu pound duit England.

Yeelah kata keh, esok saya ke pejabat kastam untuk bayar dan ambil sendiri bungkusan tu. Dia tak setuju, katanya itu tanggungjawab dia sebagai agen disini, dia mesti selesaikan tugas dia. Dia suruh keh masukkan jumlah wang tu kedalam akaun dia. Keh terus mintok no akaun dia. Keh pasti yang telefon keh tu adalah Awang Hitan yang berada di Malaysia.

Selepas aja dia telefon hati keh mula tak sedap. Takut yang teramat sangat, bimbang dia datang kelepih cari keh, atau dicoleknya keh, bawak lari ke Afrika, atau takut dicoleknya pulak anok2 keh dan minta wang tebusan. Bermacam-macam perkara buruk yang keh fikirkan. Semalaman keh tak boleh tido, ketakutan yang teramat sangat.

Untuk langkah berjaga2 keh menyiapkan semua dokumen yang dia emailkan kepada keh. Niat hati keh nok repot aja kepolis, tapi malu plak, nanti polis kata ke keh, handai sangat nok bercinta dengan mat saleh, sudah kena tipu. Takut plak heboh satu lepih cerita keh ni. Gone gaya nye yek...Buntu dah fikiran keh.

Dua hari lepas tu Awang Hitam tu telefon lagi, tanya bila nok masukkan duit. Keh kata keh dah pegi ke pejabat kastam, tapi barang tu tak boleh ambil sebab masuk tak sah, terpaksa dihantar balik ke England....Hehehe..keh dengo Awang hitam tu menyumpah dalam telefon...Apa boleh buat, dia tipu kita, kita tipu pulok ke dia....

Fair, kata keh satu sama.....

Tapi selepas itu berbulan juga keh hidup dalam ketakutan, takut dia membalas dendam.....

Cerita ni dah lama berlaku, sekarang ni keh tak takut lagi, tapi keh sentiasa berhati2 bila berkawan dengan orang2 dari luar ni, tapi orang kita sendiri pun ada juga yang berperangai begini...

Tamat cerita.

Sekian, Wassalam.


Thursday, 18 February 2010

Assalamualaikum,

Inilah kemuncak dari kesibukan keh selama lebih sebulan setengah.
Akhirnya berjaya juge kami mengendalikan Program ini."Malam Amal bersama Bintang"
Dengan bintang undangannya "Dato' Siti Norhaliza Taruddin"


Puan Pengerusi sempat berduet dengan Dato Siti membawakan lagi
Bunga Tanjung..




Kak Cik yang tiga malam berturut2 tak tido kerana nok menjayakan
Program terkejut berok kena gambo...

Penyanyi tempatan yang telah merintis jalan ke puncak...

Dato' Siti telah sudi menghiburkan tetamu kami.

Tetamu yang hadir terpukau dengan celoteh dan jenaka Dato' Siti.

Effa Rizan, isteri Dhalan Zainuddin yang masih cantik seperti dulu

Puan Pengerusi dengan dato' Siti nih lambai sapa pulok?...

YB Dato' Soffi menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah

Diantara Tenaga Kerja yang menjayakan program amal ini.

Dato Siti dan Datin Tazimah, rupa macam nak sama....

Tak sabar nok menjamah hidangan yang Istimewa,....


Bergambo ramai2

Sunday, 7 February 2010

Tragedi Cinta Jarak Jauh.

Assalamualaikum.

Pertengahan tahun 2008 seorang rakan memperkenalkan kepada keh satu Laman Sembang yang popular di internet.Keh dengan excited terus aja sign up laman tu dan letak gambo keh yang paling cantik sekali, siap dengan satu set gambo yang bermacam aksi di bermacam lokasi dalam album laman tersebut.

Dalam beberapa hari aja berpuluh-puluh orang request untuk menjadi friend keh, wahhh...keh apa lagi suka hati sesangat, memandangkan betapa popularnya keh dalam laman sembang itu. Kebanyakan yang request tu plak orang dari luar negara, ada awang hitam, awang putih dan awang kelabu. pak arab pun ada.

Dalam banyak2 kawan keh tertarik dengan seorang lelaki yang mengaku berasal dan menetap di England. Keh pun layan sakan dengan lelaki tersebut yang mengaku berugama Islam. Apa taknya dia juga mengaku dia kematian isteri akibat barah dan sedang mencari bakal isteri dan ibu untuk anak perempuan tunggalnya yang berusia 10 tahun.

Satu aja yang membuat keh waw-was tentang kesahihan lelaki tersebut iaitu gambo yang dia letok kat laman tu dahlah satu aja, bila keh amat-amati gambo tu macam gambo iklan sebuah MLM luar negara yang keh pernoh sertai. Tapi keh diamkan aja dan terus berhubung dengannya.

Kah kah kah...baru je beberapa minggu berkenalan dia dah melamar keh untuk menjadi calun isterinya, tanpa berfikir panjang keh setuju memandangkan umur dia melebihi dua tahun dari umur keh.. dalam masa yang amat singkat maka terjadilah percintaan jarak jauh yang sangat mengasyikkan.

Satu hari dia menghantar email kepada keh mengatakan dia akan mengirimkan kepada keh satu set laptop jenama terbaru yang canggih. Keh kabo ke dia tak payahlah kes sini ada sepuluh komputer, tak larat nok pakai dah. Tapi dia nok keh pakai laptop baru pemberian dia masa kami berchatting. Keh pon setujulah, sapa tak nok laptop baru....

Dua hari kemudian dia mengirim lagi email kepada keh menyatakan dia dah mengirimkan kepada keh satu set laptop jenama terbaru, sebentuk cincin berlian tanda pertunangan, seutas rantai emas, sekuntum bunga mawar merah dan beberapa ribu pound matawang England yang diselit dalam laptop. Untuk meyakinkan keh dia menyertakan sekali nama syarikat kurier yang menguruskan kiriman tersebut siap dengan alamat website syarikat kurier tersebut.

Puhhh...kaya keh kali ni, kata keh dalam hati. Bila keh buka alamat website email tu, mengikut password yang dia bagi, sah memang ada nama dia sebagai pengirim, dan nama keh sebagai penerima, dan lebih meyakinkan barang tersebut sedang transit di Dubai. Pulak dah mengapa transit di Dubai, tanya keh dalam hati. Ragu gak, tapi lantaklah. kala sampai keh terima, kala tak keh tak ralat.

Keh pon stat menunggu dari hari kehari dan hampir setiap hari keh membuka website syarikat kurier untuk mempastikan perjalanan bingkisan tersebut selamat......

Sekian dulu untuk kali ini...

To be continue....

Wassalam.

Tuesday, 2 February 2010

Sapa Kata Keh Takut Makan Ubat

Assalamualaikum.

Apabila keh sakit, bukan keh tak nak terus mencari ubat, tapi bukankah lebih baik keh berdoa dulu kepada Allah SWT supaya setiap sakit yang ditimpakan kepada keh itu akan menjadi kifarah kepada dosa2 keh selama ini. Kalau keh mempercayai bahawa setiap sakit itu pasti ada ubatnya, dan yang menyembuhkan nya juga adalah DIA, mengapa plak keh perlu terburu-buru mencari ubat. Kala dah ditakdirkan sakit ini akan sembuh, ia akan tetap sembuh juga walau dengan cepat atau terlambat. Lalu keh pergunakanlah masa sakit itu untuk mengkifarah segala dosa2 keh dengan izin Allah jua.

DAN

Sapa kata keh takut nok makan ubat, atau keh tak nok makan ubat, cuba tengok ini:-

Ini ubat doktor klinik yang keh selalu pegi, ubat ni cuma pukul
6.00 petang aja sekali sehari.

Ini pulok ubat yang di syorkan olah Herbalis, perlu makan 2 biji setiap jenis 2 kali sehari. Makan plak selepas makan nasik. Banyak tu satu hal, lapan biji sekali kena telan, dah lah lepas makan nasi, perut dah kenyang. Yang keh tak dayanya setiap 2 biji ubat keh telan keh terpaksa minum 1 kole air, tak cukup dengan air aja kena plak makan roti sekeping. Bukan apa ubat asik tersangkut kat batang lehir. Bermakna untuk menghabis 8 biji ubat tu keh terpaksa minum 4 kole air dan makan 4 keping roti. Gona gaya. Lepas makan ubat tersando keh, kembung perut banyok minum...

Haaaa...ini plak ubat periok..hehehe, macam orang dalam pantang pulok, ini pon herbalis yang syorkan, kempitnya keh dah buang, malas nok tunjuk ke deme takut deme lagi ngeri nengoknya karaang, dah keh letok dalam periok tanah dah. ready untok di rebus. Pagi tadi keh stat minum. Rasanya, huh mula keh minum.......... tak ada apa2..pahit2 sikit aja..adatlah ubat..


Inilah buktinya keh tak takut makan ubat.

Sekian Wassalam.

Monday, 1 February 2010

Sakit Berjadual

Assalamualaikum,

Sejak hari Rabu yang lepas keh ada jadual baru yang terpaksa dipenuhi. Nok tak nok keh terpaksa menghadapi jadual baru ini, dan terpaksa bersiap sedia mental dan fizikal, kalau tak keh akan kecundang. Jadual tersebut adalah jadual untuk sakit.

Tepat jam enam setengah pagi keh akan merasakan pulasanya yang pertama, tak berapa menyengat sangat lagi. Ianya berlangsung selama 2/3 minit berhenti sekejap dalam 2/3 minit dan bersambung semula setiap 3 minit sekali. Makin lama semakin sakit, terlalu sakit sehingga mengeluarkan peluh dan kadang2 rasa nak pitam pun ada. Kala keh makan ubat tahan sakit, ianya akan berlangsung selama 3 jam baru reda, maknanya pukul 9.30 pagi baru reda kesakitan tersebut. Kala keh tak makan ubat pun ia akan berlangsung selama 3 jam juga.

Hari ni keh dah malas nok makan ubat, keh nok tengok sedang mana sakit nya kalau tak diredakan dengan bantuan ubat tahan sakit. Sama aja, sakitnya tetap menyengat macam samalam dan hari2 yang lalu dimana keh mengambil ubat tahan sakit. Tepat jam 9.30 pagi sakit semakin reda dan berkurangan terus menjelang pukul 10.00 pagi.

Fuh, ni tengah mengumpul kekuatan untuk menghadapi serangan kedua menjelang pukul 5.30 petang nanti. Untuk itu keh terpaksa makan lebih banyak dan lebih kerap dari biasa untuk mengumpul tenaga, dalam menghadapi jadual sakit yang sehingga hari ini nasih tepat pada waktunya. Alhamdulillah untuk jadual 5.30 petang ini keh terpaksa menghadapinya selama 2 jam sahaja. Taklah terlalu lama sangat.

Maknanya dalam sehari semalam keh dah ada jadual baru, iaitu menentang kesakitan yang berlangsung selama 5 jam...Walau bagaimana pun keh bersyukur, sakit ini berjadual, tidaklah keh terpaksa menanggungnya sepanjang hari sehingga menjejaskan kegiatan harian keh.

Walau bagaimana pun keh berdoa agar petang ini jadual sakit ini dipendekkan sikit, atau di tiadakan terus, insyaAllah. Dengan Redha keh menunggu saatnya, 4 jam dari sekarang....

Sekian Wassalam.