Thursday, 29 April 2010
Jomlah Kita Relex Jap, Letih Dah
Wednesday, 28 April 2010
Jadidah.
Friday, 23 April 2010
Wednesday, 21 April 2010
Menjawab Tag En. Yassin.
Assalamualaikum
Entry ini keh buat khas untuk menjawab TAG daripada En Yassin, rodong blogger yang sangat produktif dari Jerantet. Ini pertama kali keh di TAG sepanjang hayat keh berblog, terima kasih En Yassin yee, merasalah keh menjawab TAG. Ni seberapa daya keh
Ini adalah gambo yang dalam simpanan keh, tapi folder kedua, sebab keh cuma ada dua folder aja tapi gambo ke 3 tu bete dah. Makcik dalam gambo ni sedang menganyam mengkuang untuk dibuat tiko ( Tikar )
Cerita sikit yee tentang tiko ( Tikar ) nih. Zaman dulu tak ada tiko getah apalagi karpet. Maka tiko mengkuanglah yang menjadi alas duduk tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita. Tiko dianyam dalam berbagai corak, putih biasa, berwarna dan berkelarai. Tiko putih biasanya di bentang untuk alas duduk sekeluarga, manakala tiko berwarna warni untuk alas duduk tetamu yang datang dan tiko kelarai untuk dibentangkan kepada tetamu istimewa atau dimajlis2 keraian atau majlis perkahwinan.
Yang paling istimewanya setiap rumah akan menyediakan sehelai atau dua helai tiko putih yang dianyam khas dari pucuk daun mengkuang, warnanya putih bersih dan lembut. Gunanya ialah untuk membungkus jenazah yang akan dibawa kekubur.
GAMBAR IRINGAN
Ini gambo daun mengkuang, mengkuang ada dua jenis, satu dipanggil mengkuang air, satu lagi dipanggil mengkuang pandan, mengkuang air hidup didalam benchah ( paya yang berair ) manakala mengkuang pandan tumbuh diatas darat ditepi benchah. Beza antara mengkuang air dengan menkuang pandan, mengkuang air daunnya lebih lebar dan panjang dan lebih keras dan tebal, sesuai untuk dibuat sangir ( tudung saji ) manakala mengkuang pandan daunnya lebih kecil, pendek dan lembut. Sesuai untuk dibuat tiko kelarai.
Zaman dulu mengkuang bukan sahaja sebagai sumber untuk produk kraft tangan, tapi ia merupakan produk wajib terutamanya kepada orang kampung. Diantara produk yang dihasilkan dari mengkuang ialah buja ( bekas 4 persegi, seperti bakul tapi tak ada tangkai) digunakan untuk mengisi padi untuk di bawa dari rumah angin ke kepok atau ke lesung. Sumpit ataukelompen, untuk bekas ikan semasa pergi menjala atau mengail, atau bekas emping, Tiko(tikar)untuk alas duduk dan Sangir (tudung Saji).
Ini diantara tiko corak kelarai yang dihasilkan oleh mak saudara keh, warisan dari mak keh yang masih keh simpan untuk diwariskan pula kepada anak cucu keh.
Ini satu lagi corak tiko kelarai yang masih keh simpan.
Maaflah En Yassin yee, panjang lebo plak cerita keh, tak pe
Untuk meneruskan kesinambungan TAG nih keh kenalah juga mengTAG tiga orang dari rodong keh yang terpilih. Lihat siapa yang kena!!
1. Echam
2. Cikgu Jang
3. Nojah
4. En. Hamzah
5. Sha
6. Kak Aida
7. aSHa
8. Lana Bulu
9. Jejaka Desa
Oppsss..terlebih laa pulok...tapi tetap 3 juge yee. tiga kali tiga sama juga sembilan..
Tapi kala rasa malas atau tak nok jawab tak apalah yee..lupakan saja.
TAG ini keh sudahi juga dengan serangkap pantun :
Ayu sungguh sidara sunti
Berbaju kebaya bersanggul dikepala'
Sungguhpun budaya datang dan pergi
Warisan kita jangan dilupa.
Sekian, Wassalam.
LipisLady.