Friday, 29 October 2010

Alahai, Sayunya Bila Perempuan Mula Mengadu

Assalamualaikum,

Dalam entry keh beberapa bulan yang lepas keh ada memaparkan keluhan2 orang lelaki dalam mempertahankan diri mereka kerana munkin nak menambah cawangan atau memang dah tak tahan dengan perangai pasangan, munkin juga tak sampai hati nak tegur berdepan-depan maklumlah sayang kan. Apa pun harapnya sama-samalah kita ambil iktibar terhadap keluhan2 seperti itu demi manjaga kerukunan rumah tangga kita. Keh sendiri ada rumah, tapi belum ada tangga lagi, tapi ini tidak bermakna keh tak tau berhubungan dengan rumahtangga ni. Lagipun keluhan2 begini selalu keh dengar dari kawan2, kenalan dan saudara mara, bukan sengaja keh reka-reka. Pendek kata ini adalah kisah benar!!.

Untuk entry kali ini keh cuba pula rakamkan diantara aduan-aduan orang perempuan terhadap pasangannya. Entry ini tidak bertujuan apa-apa, sekadar untuk berkongsi perasaan kawan-kawan:-

Akak 1. Akak dah jenuh dah, dari mula kawin dulu lagi, sampai sekarang cucu dah dekat nak sedozen, tapi tak ubah-ubah perangainya, tiap-tiap hari tak ada tempat lain duduknya balik-balik kedai kopi, balik-balik kedai kopi. Dah tua-tua nih cuba-cubalah duduk di surau ke masjid ke, kenalah sikit tempatnya.

Akak 2. Laki akak tu kalau tanggal kain ke, sependa ke bukannya pandai nak menyidai, ditinggalnya bulat aja dimerata-rata tempat, kat depan Tv lah paling dia suka, sambil tengok Tv sambil salin seluar, kalau seminggu akak tak kutip, seminggulah kain dia berlengkor kat situ.

Akak 3. Abang tak pandai langsung buat kerja rumah, sampai dalam pantang 40 hari pun saya kena masak untuk dia, dah la tu makan pulak mesti nak ada sambal belacan, kenalah saya tumbuk sambal untuk dia. Macam mana nak jaga badan kalau macam itu, esok badan kita dah tak elok mulalah nak mencari yang lain.

Akak 4. Aboh budok ni, kalau dan membeli barang kat pasar, bukannya reti beli sesikit, beli ikan 2, 3 kilo, haa, kalau ikan tu ikan sajalah.. habis tak kan nak makan ikan goreng aja sampai seminggu, kalau nak beli barang tu tanya dulu, boleh buat senarai .

Akak 5. Kita punyalah manja ke dia, kalau dia sakit demam punyalah jaganya kita sampai tak tak bergerak kita duduk merawat dia, sampai dia balik kerja stokin pun kita tolong bukakan, tapi kalau kita sakit demam bukan nak tolong picit2kan kita, bertanya khabar pun tidak, dia buat selamba aja.

Akak 6. Laki aku kalau dapat main komputer macam dah tak sedar ke dunia luar lagi, asik berkurung aja dalam bilik dia tu, anak2 dia tak hirau, makan pun jenuh aku panggil baru datang, kerja rumah tak usah ceritalah, semuanya terbeban atas bahu aku, jemulah aku macam ni..Bilalah nak berubah dia ni.

Ini diantaranya yang selalu keh dengar, tapi sebenarnya banyak lagi, termasuk yang sensitif-sensitif pun ada, tapi itu cerita lain kalilah.

Sekian dulu, Wassalam.


10 comments:

  1. salam mak, sempat lg berintenet. kang tinggal di bas. hehehe

    ReplyDelete
  2. salam..yang no. 6 tu macam perli kat kome je..

    ReplyDelete
  3. salam..
    kalau mampu apa salahnya..
    SUNNH nabi..baik dari berzina
    dengan pompuan..tapi kalau tak
    mampu baik jangan mengada2...
    sila refer bab MAMPU di kitab....
    tanya la ustaz ke apa...?

    ReplyDelete
  4. Ha ha! kawan juga sependapat dengan endiem..macam terkena jer..

    ReplyDelete
  5. salam LL..selalu kerumah LL ..tersenyum makcik membacanya..lelaki ni memang begitulah..kita kena banyak bersabar..ai..nak buka cawangan..yang ada pun tek terlayan..

    ReplyDelete
  6. itu pempuan yg mengadu kalau lelaki nyer ade tak nak tau gak

    ReplyDelete
  7. Salam kenal

    Macam2 punya cerita tentang suami kan tapi pada kak Zai tak eloklah cerita pada orang lain sebab yang dapat malu kita juga,dia masih suami kita dan bapa kepada anak2,simpan aje atau serahkan pada Allah mana tahu kalau2 makbul doanya boleh berubah.

    ReplyDelete
  8. salam..

    lama tak singgah sini..muge aok sehat sokmo..

    amboi panas nye topik te..huhu tepat tang kepala pun ander te..

    ReplyDelete
  9. salam kak! sama byok je keluhan somi dgn isteri..nok plok ujung bln..serba tak kena hehe..

    ReplyDelete
  10. dalam seribu kelemahan pasangan masing2, cuba renungkan pula kelebihan2 yg mereka ada dan anak2 yg berderet tu. masa tak puas hati memang tak betul belaka. bimbang anak2 jadi mangsa. bawok2lah berbincang dgn terbuka. jgn buka aib pasangan.

    sudah tentu si suami adalah tonggak keluarga. jgn ingat kawin nok sedak je, ye dak, he3

    p/s- baru je lepas SPM, kerja tak pernoh, belajar tak habis, tau2 dah nok nikoh. 2 tahun lps tu huru hara. doh goner??

    ReplyDelete