Thursday 11 August 2011

Puding Buih

Assalamualaikum,

Hari ini hari ke 12 kita berpuasa, diam tak diam je yee, dah 12 hari kita puasa, hanya tinggal 18 hari saja lagi nak raya, wahh...cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru beberapa hari saja kita mula puasa. Maknanya selama 12 hari berpuasa ni saya belum lagi memasak apa-apa makanan kegemaran saya semasa berbuka puasa, seperti pengat ke, bubur ke, kodok kurma ke. bukan tak nak, tapi langsung tak ada masa nak masak itu semua apa tak nya kadang2 tu dah pukul 6.30 baru mula masuk dapur masak nasi. lauk pun masak lauk ikut dan saja. Cuma adalah sekali tu 3/4 hari lepas saya cuba resipi yang saya dapat disini. Rasipi Puding Buih dari blog Masam Manis kepunyaan Ita.



Inilah dia rupanya Puding Buih yang saya buat. Rupa pudar sikit, kalau ada warna merah mesti lebih menarik. Kebetulan masa nak buat pewarna merah pun dah habis. Saya letak ajalah apa warna pun. Kalau nak tengok gambar dalam blog asal dan resipi silalah ke blog Masam Manis.



Ini percubaan pertama saya membuat puding ni, adunan yang kuning tu tak berapa nak menjadi buih, agar-agarnya mendap sikit, putar tak berapa lama agaknya. tapi rasa memang sedap.


Terima Kasih Ita diatas resipi ini. Dapat juga akak merasa membuat puding buih. Selama ni beli aja kalau ada jual di pasar pagi. dah ada resipi ni nampak gaya buat sendiri ajalah.

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam.

7 comments:

  1. Nampok beh jek....Haha..kala ngoh pose, seme bende sedak..

    ReplyDelete
  2. masa raya pun boleh buat nanti ni :D

    ReplyDelete
  3. rajinnya LL buat puding buih ya, saya tau makan je puding buih ni buat blum pernah lagi, tuang susu sejat kat puding buih tu pun sedap gak.

    ReplyDelete
  4. suka puding2 ni...semalam pun buat jugak...puding gula hangus :)

    ReplyDelete
  5. Puding buih ni kat tempat saya di makan dgn sos susu.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..tapi nak buat malas, telan air liur je la!

    ReplyDelete
  7. wow sedapnye nmpk. lapo plak

    ReplyDelete