Tuesday 2 August 2011

Trip To Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Selamat Berpuasa, selamat menunggu berbuka puasa, beberapa jam saja lagi nak berbuka. Petang ni saya nak cerita pasal trip saya anak beranak ke Cameron Highlands seramai 6 orang dengan sebuah kereta Proton Saga. Sempit tak usah ceritalah, tapi tetap sampai juga, selamat pergi dan kembali. Enjoy sangat sebab dapat tengok bebungaan dan sayur-sayuran. Tak dapat jalan-jalan lelama sebab trip balik ari. Tak ada cerita menarik pun, cuma ada gambar saja.


Bergambar dengan akak semasa sampai ke pasar tani Tanah Rata. Sayur-sayuran murah kat sini, kira selonggok sepuluh ringgit, tapi ada juga yang jual selonggok lima ringgit. ada lima hingga tujuh jenis semuanya. Untung juga kalau beli. Simpan dalam peti ais. Gambar lupa nak ambil.



Nak merasa madu lebah ternak, Fresh From Farm, siap ada sarangnya lagi. Boleh sedut terus dari sarang. Tapi rasanya saya tak berapa minat. Tidak seperti madu asli dari pokok tualang.



Sedapnya menyedut madu yang segar dari ladang. Nasib baik dia tak bawak lebahnya sekali.



Posing lagi dengan akak kat pusat jualan bunga, bunga tak berapa nampak, ambil dari bawah.



Tak ada tempat lain nak bergambar, depan tandas pun boleh, nasib baik tak nampak pintu tandas.



Hehe..macam budak-budak, nak jadi strawbery



Kumprinx and Wife borong ini nak buat Strawbery Coklat, jual kat pasar ramadhan. harga RM 35 satu takung ni. Besar-besar dan merah. Menarik sangat. Rasa pun manis, tak masam.



Kali pertama tengok jambu ni, mereka panggil jambu kristal, ingatkan memang ada jenis jambu kristal, rupanya jambu batu yang dah diawit dengan ibu gula agaknya. Rasanya manis sederhana, tapi tak masam macam jeruk.



Ini bunga kekwa segar, boleh letak dalam pasu yang ada air, boleh tahan semunggu biasanya.
Saya sendiri tak beli apa baik sayuran atau pun buah-buahan, tapi saya banyak borong bunga-bungaan. Saya suka bunga, kalau boleh nak borong banyak2, tapi memandangkan bunga ni tak tahan lama. paling lama seminggu saya beli berkadar2 ajalah.


Ini plak bunga kering yang dah diawet, masa beli masih segar, tapi tak boleh letak dalam pasu yang ada air, biar kering saja supaya warnanya tidak jejas. Toke tu kata boleh tahan 2 tahun. saya nak tengok selama mana boleh tahan.


Akhir sekali, ini pun bunga kering, tak perlu rendam dalam air, setelah 3 hari nampaknya masih segar tanpa air. Warnanya akan kekal walaupun nampak layu sikit.

Semuga Jumpa Lagi.

Wassalam.

12 comments:

  1. salam..
    sempat lagi aok berjalan
    bulan pose yak..?ermm..madu ni
    koi kurang sikit..sama lah
    macam aok..madu tualang juga
    tak boleh lawan..
    :)

    ReplyDelete
  2. seronok naik ke sana..nak2 lagi dekat je dr lipis tu kan...

    sy pon baru naik, bulan 6 hari tu...syok membeli sayur...segar2 je.

    ReplyDelete
  3. bunga2 tu nanti cucu2 balik kena letak tinggi sket la. nanti abeh lerai. heheh

    ReplyDelete
  4. untung orang lepih bila dah ande jalan baru ke kemeren yerk

    ReplyDelete
  5. tak pernah umur saya makan madu dari sarangnya..

    saya teringin juga nak buat trip sehari (tak bermalam), tapi jauh la nak balik Shah Alam.. :P

    ReplyDelete
  6. dah dekat te boleh hari2 gi cameron la ya.

    ReplyDelete
  7. Sallam En Zul,

    Sehari sebelum puasa peginya, hari ahad,
    yelah, madu traditional juga yang sedap, lagi
    berkhasiat.

    ReplyDelete
  8. Sallam AIM,

    Memang seronok,
    Rasa macam tetiap minggu nak pergi..
    tak puas tengok bunga..
    tu belum pergi ladang Ros lagi..

    ReplyDelete
  9. intai2 blog lady pasal trip ke cameron..nampak macam bes jee..melawat buah2, bunga2an dan lain2 tmpt..

    lepas raya nanti sya pun akn bawa anak2 ke cameron..moga2 perancgn dpt dijlnkan...

    ReplyDelete
  10. kalau time cuti harga sayur naik mendadak, itu pasal suka pergi bukan masa cuti.

    ReplyDelete
  11. seronoknya dik berjalan ke cameron. dah lama cik ina tak pegi , last pegi tahun 96. cantik bunga tu ye.

    ReplyDelete