Tuesday 5 June 2012

Hijrah Kakmah

Assalamualaikum,

Bohonglah kalau kakmah katakan bahawa
hati kakmah tak rasa sedih, tak rasa sayu langung nak meninggalkan
kerjaya yang telah kakmah lakukan selama hampir 
10 tahun yang lalu. Walaupun kakmah sentiasa nampak ceria,
tapi dalam hati kakmah ni terusik juga.

Tapi tak perlah kan, bila keadaan dah tak mengizinkan,
kakmah tak boleh nak buat apa lagilah. bak kata pepatah, bila kita
dah sesat dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan.
tapi kakmah taklah sampai sesat dihujung jalan, cuma ada
beberapa faktor penting yang membuatkan kakmah ingin berhijrah dari
kerjaya yang ada sekarang kepada kerjaya yang lebih
menyenangkan, mudah dan mendatangkan hasil yang tidak terhad.

Sebab itulah sejak beberapa minggu kebelakangan ni 
kakmah sentiasa je sibuk, mana nak berkemas barang 
yang nak di bawa berhijrah, mana yang nak dibuang, mana yang
nak di jual sebagai barang bundle, hehe.. yang selebihnya
kakmah berkira-kira nak bawak balik kerumah aja.
Bukan apa, kakmah sebenarnya nak melakukan kerjaya ni dari
rumah sahaja, malas dah kakmah nak berulang alik
dari rumah kekedai.

Munkin disebabkan faktor usia dan faktor kesihatan, 
membuatkan kakmah rasa seronok sangat ketika berada dirumah.
Dapat melakukan segala kerja yang kakmah minat,
mengait dan menjahitlah, apa lagi..

Oleh kerana itu kakmah memutuskan nak berhijrah dari
menjadi cikgu komputer kepada menjadi stokis satu
jenama barangan. Nanti kakmah ceritakan 
dientry akan datang bila kakmah dah dapat upload gambarnya.
Yang pentingnya semuanya itu kakmah akan
lakukan dari rumah sahaja. Lebih selesa.
InsyaAllah.

Oklah, nanti kita jumpa lagi dientry akan datang.
Kakmah nak undur diri dulu.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

12 comments:

  1. Aik? tiba2 jer nak ubah kerjaya ni..cer cerita habis2, tak puas lah baca dan tak tau kesudahan nya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Hani,

      Sabar yee, nanti kakmah akan buat entry khas tentang cerita hijrah kakmah nie. InsyaAllah.

      Delete
  2. Salam Cik Mah,

    Kak ani doakan apa yang dirancang tu berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kak ani,

      InsyaAllah, doa dari kawan2 memang sangat2 kakmah hargai, lama sangat dah kakmah merancang ni, baru ni kut boleh kakmah mulakan.

      Delete
  3. Saya doakan penghijrahan kakmah ini dipermudahkan oleh Allah, da diberi kejayaan yg berlipat kali ganda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

      InsyaAllah berkat doa kawan2 kakmah akan berjaya, terima kasih kerana turut mendoakan.

      Delete
  4. Selamat berbisnes kak mah.. semoga berjaya ya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Che Mid,

      Terima kasih, insya Allah.

      Delete
  5. Replies
    1. Sallam Nizan,

      Iya, insyaAllah..
      Yang penting usaha dan tawakal.

      Delete
  6. salam kak mah,

    berniaga dari rumah banyak kelebihannya

    semoga semuanya dipermudahkan dan berjaya :)

    ReplyDelete
  7. Hi LipisLady, just dropped say hello.
    I guess you very busy packing, cleaning up......
    You keep well.
    Best regards,
    Lee.

    ReplyDelete