Wednesday 26 September 2012

3 Dalam 1

Assalamualaikum,

Kalau tengok tajuk kat atas tu gaya macam kakmah nak cerita pasal
kopi jee kan. Isshh tak adalah...kakmah bukan peminat kopi 3 in 1 pun,
tapi kalau ada sapa2 bagi kakmah minum free, kakmah tak tolak.
kakmah misti minum punya.


Tengoklah gambar kat atas tu, sebenarnya semasa kakmah menulis entry
ni, sekarang ni kat dalam oven kakmah tu ada bahulu yang sedang kembang
menaik. kejap lagi kekuningan emas lah tu. oppss..kejap yee kakmah
nak tengok, takut2 kalau lambat nanti hitam plak bahulu kakmah tu.


Dah tengok bahulu, dah angkat, masukkan yang baru, kakmah terus menyimpang
kesatu sudut yang lain plak. Nak buat apa lagi kalau tak goyang kaki. Haa,,
tengok ni apa kakmah tengah buat, jahit baju raya kakmah. Memanglah
 raya puasa dah lepas, tapi ni untuk raya sakan malam esok.
Ada jamuan malam esok yang kakmah nak hadiri, teringin plak rasanya
nak pakai baju baru. Boleh siap ke, insyaAllah kalau tak ada aral
melintang. Bedar kemunkinan kakmah nak jahit manik2 kat 
hujung lengan baju kakmah tu. Tu pun kalau masa mengizinkan.


Haa..kat sinilah kakmah tengah buat entry sekarang ni...nampak tak periok
kakmah yang besar tu. tapi ni bukan kat dapur yee,
sebelah meja makan kakmah je. Ni sekadar nak memudahkan kakmah 
menyelengarakan ketiga-tiga kerja kakmah berselang seli sekali gus.

Jangan tiru macam sayaaaa...
oklah, nak sambung jahit baju jap.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

14 comments:

  1. Gara2 mengadap blog, yang saya goreng jadi hangit! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kakcik,

      Haha..kakmah pun pernah juga terjadi macam tu..

      Delete
  2. Replies
    1. Sallam Nizam,

      Kalau dah minat tu Nizam,
      dan tak dan kena juga cari masa. hehe

      Delete
  3. untung jadi tukang jahit ni kan kakmah? goyang kaki pun duit masuk, pastu bebila nak pakai baju baru - goyang kaki jer boleh dapat baju baru hahaha...

    saya dpt bayangkan keadaan kakmah...sambil wat kijer sambil blogging, macam saya juga theee.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Queenie,

      Memang untung, tapi kadang2 rugi juga,
      terutama musim raya, pagi raya orang lain pakai
      baju baru, kita pakai baju lama, haha...
      tak sempat nak siapkan baju sendiri.

      Delete
  4. Salam kak mah...

    Seronok kan dapat buat semua kerja dalam satu masa..kalo saya tambah satu tugas lagi..kejar anak ke sana ke mari..ehehe

    Apabila semua tugas selesai, mmg rasa puas sangat...lagi suka bila dapat pujian hasil kerja kita :-) lagi bersemangat kan..

    p/s: kak mah, nak belajar buat kuih bahulu..suka sgt mkn tp sampai skang buat x jd..x naik kembang mcm k mah tu :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w,sallam DSUEFIA,

      Memang seronok,
      hilang penat kalau dah beres semua.

      Nak belajar buat bahulu, boleh aja,
      tapi kakmah bukanlah pandai sangat,
      kadang2 tu ada juga masanya tak jadi.

      cuma tips nya kalau malas jemur,
      tepung tu mesti goreng sikit.
      bagi gebu.

      Delete
  5. Wah wah wah.. terer bebenor ni... lepas ni bolehlah ambil gambar akak berbaju baru sambil makan bahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Che Mid,

      Hahaha..gaya macam terlebih terer aja,
      tapi sebenarnya tak sempat juga nak siapkan baju tu. Nampak gayanya kalau dah mula terbengkalai tu, raya haji ni pun belum tentu dapat pakai lagi. Tapi bahulu tetap boleh makan lahh..

      Delete
  6. Saya pun 3 dlm satu juga..ngadap TV + laptop + makan.

    ReplyDelete
  7. Super Woman...!

    Nanti tayang la baju tu nak tengokkkkk....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Azie,

      InsyaAllah, nanti kakmah tayang yee..
      Sabarrr...

      Delete