Tuesday 11 September 2012

Kisah Abil dan Gee

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Selasa kakmah ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung setia dan tak setia. Dah sarapan pagi ke semua? kakmah belum sarapan lagi. Kejap lagi kut. Kepada yang tengah bersarapan tu, (ada yang makan nasik lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, nasi kerabu, subhanallah sedapnya, terliur plak kakmah rasanya), jangan lupa kepada orang mereka yang kurang bernasib baik, yang tidak mampu untuk bersarapan kerana tidak mampu untuk membeli sarapan, tidak mampu untuk makan kerana sedang terlantar sakit, ataupun sedang berpuasa kerana sebentar lagi akan menjalani pembedahan. Kepada mereka meraka ini marilah kita berdoa semuga Allah mempermudahkan rezki mereka, menyembuhkan mereka dari sakit supaya dapat semula menikmati rezki Allah yang lazat lagi nikmat ini.


Sebenarnya entry ini terilham setelah beberapa kali kakmah membaca blog dari blogger yang gambarnya tertera diatas ini. Biasanya kalau kakmah jalan-jalan kat blog kakcik seroja kakmah tak kan lupa untuk klik ke link blog dia untuk mengikuti perkembangan perjalanan hidup mereka berdua. Abil Fikri dan Gee. Bagi kakmah mereka adalah lambang cinta sejati seorang suami terhadap isterinya. Setiap kali kakmah membaca catatan Abil, kakmah rasa sangat terharu dengan keikhlasannya merawat dan menjaga isterinya. Lebih-lebih terharu lagi dengan keyakinannya terhadap janji dan rahmat Allah.


Dikesempatan ini, kakmah juga mendoakan semuga Gee akan sembuh sepenuhnya sebagaimana impian suaminya Abil, dan kepada kawan2 semua mari kita sama2 mendoakan Gee cepat sembuh, dan Abil sentiasa sihat supaya dapat merawat Gee sesempurna munkin. Kepada Abil, kakmah harap terus bersabar, teruskan berusaha kerana satu hari nanti pasti Gee akan sembuh sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan ini seperti sediakala.


Kasih sayang suami memang tiada batasannya. Seperti Abil yang sanggup berhenti kerja kerana ingin merawat sendiri isterinya. Tapi tidak semua suami yang sanggup berbuat seperti ini melainkan mereka adalah orang2 yang dipilih oleh Allah. Abil adalah seorang diantaranya. Sekali lagi kakmah doakan semuga Allah memberkati usahanya. Semuga Gee sembuh seperti sediakala. Semuga mereka berkesempatan untuk menikmati kehidupan berumahtangga seperti sebelum Gee terlantar sakit. Amin Ya Allah.

Semuga jumpa lagi
Wasalam.


6 comments:

  1. semoga dikuatkan semangat abil untuk menjaga isterinya.. terharu dengan kasih sayangnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cho Zila,

      Kakmah sendiri menangis setiap kali
      baca cerita mereka...Abil seorang lelaki
      yang baik..Alhamdulillah, bertuah Gee.

      Delete
  2. Bertuah sungguh Gee mendapat suami yang pengasih dan penyayang seperti itu, semuga Gee segera sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam CekWa,
      Gee memang bertuah,
      mari kita semua doakan
      semuga dia cepat sembuh.

      Delete
  3. semua suami patut mcontohi abil..inilh yg dinmekan cinta sejati yg blh dibawa hingga ke syurga,insyaallahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam DILLA,

      Abil diantara lelaki terpilih,
      untuk menghuni syurga, InsyaAllah.

      Delete