Monday 11 February 2013

Trip To Cameron Highland Lagi

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali dalam entry kakmah malam ni.
Kakmah malam ni nak cerita pasal trip kakmah dan anak,
menantu serta cucu-cucu kakmah ke mana lagi kalau bukan
Cameron Highlands.Untuk kesekian kalinya anak kakmah
merancang untuk melancung ke Camern Highland cuti Tahun
Baru Cina ni, dan kakmah cuma dimaklumkan sehari sebelum
pergi. Tapi kakmah ikut je, bukan kakmah yang bawak kereta. 
Kakmah cuma duduk dibelakang je sambil tidur..


Semalam masa makan-makan dirumah kakmah, ada juga kakmah
dengar mereka bincang-bincang adik beradik, supaya kami jangan
pergi pada hari ni memandangkan semalam dikatakan jam teruk
sepanjang perjalanan ke Tanah Rata dan Brinchang. Tapi 
memandangkan hari ini aja masa yang kami ada, kami teruskan saja
niat kami. 


Jadual bertolak sepatutnya selepas Subuh hehehe,tapi sebaliknya  
selepas Duha baru kami bertolak. Apa lagi baru je masuk pekan 
Ringlet, jalan dah macam sesak. Pergerakan ke atas menjadi
terlalu lembab. Semangat untuk terus mendaki pun menjadi semakin 
lembab jugalah. Sampai berhampiran kebun teh Bharat, kereta dah
tak boleh bergerak. Banyak kereta yang tersadai dekat situ saja, 
semuanya lepak kat situ dan bergambar. Kena tunggu orang dari
atas turun kebawah barulah boleh naik. Kami yang tak sabar terus
aja pusing dan turun balik. Akhirnya kami hanya berkelah di tepi 
jalanraya dan ditepi longkang haha....Apa boleh buat, kalau kami 
bertolak selepas subuh munkin kami boleh lepas naik keatas.


Akhirnya setelah beli sikit sayur kat gerai-gerai yang ditepi jalan,
ingat nak beli strawberry, tak ada plak, kami pun terus je balik...
Kesian cucu kakmah dua beradik, tak dapat apa, tapi dapatlah juga
bergambar dengan pokok strawberry dan bunga. Dahlah tu, esok-
esok datang lagi.

Moralnya kalau musim perayaan janganlah naik ke Cameron Highland,
kalau nak selesa, Pergilah hari-hari cuti yang lain atau paling baik hari 
bekerja baru selesa nak berpoya-poya dan membeli belah. Kalau nak 
seronok lagi tidurlah semalam dua disana.

Jumpa lagi.
Wassalam.

1 comment:

  1. Alahaii sian takda rezeki. Kena pegi hari lain yang tidak bertembung dengan cuti perayaan.
    Saya dengar, Genting pun teruk sesak.
    Saya sendiri tak pernah lagi pegi Cameron.

    ReplyDelete