Sunday, 30 June 2013

Jamuan Makan Malam AALFB

Assalamualaikum,

AALFB adalah singkatan dari perkataan
Anak-Anak Lipis Di FaceBook.
Meriah juga group anak-anak Lipis di FBni,
dengan keahlian yang dah melebihi 8,000
orang yang terdiri dari berbagai lapisan,
tingktan kehidupan, dari Dato' Datin,
pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,
pekerja biasa sehinggalah kepada petani
penternak pelajar-pelajar dan kanak-kanak
sekolah rendah.

Malam tadi tibalah kepada acara kemuncak perkenalan,
persahabatan, dan pengumpulan saudara mara, rakan
taulan melalui group Anak-Anak Lipis ini.
Malam pertemuan ini diberi nama
Malam Anak-Anak Lipis Di FaceBook.


Kakmah yang baru juga berjinak dengan FB ni pun
tak ketinggalan untuk menyerikan majlis yang
meriah ini. Selain dari menikmati hidangan
tradisi orang Kuala Lipis, hadirin juga dihiburkan 
dengan persembahan nyanyian dan tarian
dari ahli-ahli persatuan sendiri.


Selain dari persembahan artis-artis jemputan,
hadirin juga dihiburkan oleh artis terkenal yang 
telah mendapat anugerah pelakun
popular yang juga berasal dari Raub, Pahang
Dramatis Norkhairiah.


Seramai 400 orang telah berkampung di
Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis
mlam tadi. Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen
serta ADUN ini berakhir pukul 12.00
tengah malam dengan meriahnya.

Jumpa lagi
Wassalam.

Tuesday, 25 June 2013

Majlis Penyampaian Sijil

Assalamualaikum,

Lama juga kakmah tak update blog kakmah ni,
tak ada perkembangan baru diantara sebab-sebabnya,
ditambah pula dengan keadaan kakmah yang 
tak berapa sihat, kakmah sekarang ni sedang sakit pinggang,
baru pagi tadi kakmah ke hospital, ambil ubat.


Walaupun dalam keadaan sakit,
ada juga aktiviti yang kakmah sertai,
tengok ajalah gambar kakmah kat atas tu,
dah usia pencen baru kakmah dapat
pakai jubah begitu, 
banggalah juga walaupun penganugerahan
sijil tu bukan dari mana-mana universiti,
cuma dari Empower, tapi pelajaran yang kakmah
dapati sama juga dengan pelajaran yang di pelajari
oleh anak2 kakmah di Universiti, cuma masanya
sahaja disingkatkan kepada 6 bulan untuk
kursus yang kakmah hadiri pada tahun 2012 yang lalu.


Tahniah kepada Empower yang telah mengeluarkan 
seramai 400 orang graduan didalam berbagai bidang
untuk tahun 2012 yang lalu.
Diantara bidang kursus yang di tawarkan adalah,
ICT untuk komputer repairing, ini kursus yang
kakmah ambil, Membaik pulih telefom bimbit,
Pengurusan perniagaan, Front Office, Kek dan biskut,
Andaman, Kraft Tangan, Jahitan dan Masakan 1 Malaysia.
Kursus ini bertujuan meningkatkan taraf hidup
rakyat Malaysia yang ingin mengambil peluang menyertai
setiap kursus yang dibuka kepada semua
rakyat Malaysia berbagai kaum, dan kepada yang telah 
bersedia untuk memulakan perniagaan pihak ECER atau
Lembaga Kemajuan Wilayah Timur akan bekerjasama
dan turut memberi bantuan kewangan.

Kursus ini yang diberikan secara percuma 
dan di mulakan berperingkat-peringkat
mengikut daerah akan di luaskan kedaerah daerah
lain dinegeri seluruh Malaysia. Nantikanlah kedatangannya
kedaerah anda.

Semuga kita semua mendapat manafaat dari 
segala peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kita.

Wassalam


Friday, 14 June 2013

Biskut Mazola

Assalamualaikum,

Dah dekat-dekat nak puasa dan lepas tu nak sambut raya pulak,
kakmah pun mula-mula lah buat biskut raya. Biskut Mazola
namanya. Biskut ni sungguh sedap, kalau musim raya ramai
yang cari biskut ni. 


Dulu kakmah suka makan je, tapi buatnya kakmah memang 
tak pernah. Tapi baru-baru ni ada plak kawan kakmah 
tempah biskut ni dari kakmah. Tak nak hampakan kawan
kakmah pun mencarilah ke resipi biskut mazola ni.
Dapat dengan kakak kakmah. 

Senang je rupanya nak buat biskut ni, 
tapi yang susahnya nak bagi dia sempurna tu lah,
kalau tersilap mengadun jadilah ianya terlalu
lembut sampaikan masa pertama kali kakmah
buat, nak pegang pun susah, habis berderai jadi debu.

Ada cerita sedih masa kakmah buat pertama kali tu, 
kakmah sepatutnya buat satu adunan seperti di tempah
oleh kawan kakmah, dulang yang pertama dan kedua tu
ok lagi, walau pun lembut berjaya juga kakmah memasukkan 
kedalam bekas, dulang ketiga kakmah letakkan diatas 
jaringan untuk menyejukkannya sehingga habis membakar,
tah macam mana malangnya masa kakmah
meletakkan yang terakhir sekali tersentuh plak
jaringan tu, habis jatuh semua kebawah meja, semua jadi debu,
tak dapat dikutip lagi. Nak menangis kakmah rasanya.
Tapi kakmah bagi juga kat kawan kakmah tu 
separuh bekas sahaja.


Itulah puncanya dia suruh kakmah buat sekali lagi.
Buat kali yang kedua ni dah ok dah. Boleh dipegang dan
nampaklah sempurna sikit. Sehingga berjayalah kakmah
menghabiskannya satu adunan. Alhamdulillah.

Ni kakmah nak kongsikan resipinya
mana tau ada yang nak cuba membuatnya musim
raya ni nanti. Nak jual pun boleh, tambah pendapatan.

Ok
BAHAN-BAHANNYA

1 3/4 kacang tanah yang telah digoreng
dan dikisar halus
1 cawan gula pasir 
1 cawan minyak mazola (minyak jagung)
2 1/2 cawan tepung gandum
kuning telur secukupnya. 

CARA-CARANYA

1. Campurkan kacang, tepung gandum, gula, 
gaulkan sehingga rata

2. Masukkan minyak mazola, tinggalkan sedikit
Gaul rata sehingga boleh di gentel. Kalau
masih keras habiskan baki minyak, kalau
sudah boleh digentel tinggalkan sahaja
minyak tersebut, supaya bila masak biskut
tidak terlalu lembut.

3. Gentel sebesar guli, leperkan sedikit,
letakkan diatas loyang yang telah dialas
dengan baking paper atau boleh juga guna
majung paper, atau loyang yang dah disapu dengan
majrin atau mentega. 

4. Sapukan kuning telur diatasnya.

5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 180 C
selama 15 minit.

6. Angkan dan sejukkan baru dikeluarkan dari loyang,
kalau susah tanggal, gunakan spatula untuk 
menanggalkannya perlhan-lahan agar tidak
pecah.

Selamat mencuba,
Wassalam.

Tuesday, 11 June 2013

Cup Cake Oren.

Assalamualaikum,

Selamat bertemu lagi pada petang selasa yang permai ini.
Pastinya Puan-puan yang bekerja tu sedang bertungkus 
lumus menyiapkan kerja kerana sebentar saja lagi dah 
nak habis masa bekerja. Tapi kalau yang kerja kat 
rumah tu, macam kakmah ni hah, pastinya kerja tu
tak akan ada habisnya, kecuali malam nanti setelah
mata mengantuk.


Tapi kakmah plak sentiasa adakan masa untuk berhenti 
dari kerja yang agak-agak memenatkan dan boleh ditangguh
untuk membolehkan kakmah berehat dan mengetuk keyboard
ini atau menonton raancangan kegemaran kakmah di Astro.
Apa lagi kalau bukan rancangan masak-masak,
di Asian Food Channel dan TLC nama singkat je,
Dari situlah tumbuh minat kakmah nak memasak.
Tak kiralah masak apa, lauk ke atau kuih. Ditambah 
pula kakmah rajin berjumpa dengan blog-blog
yang memaparkan masakan yang enak-enak dengan
hiasan yang menarik, teringin betul kakmah nak
mencubanya.


Kakmah memang minat makan kek, apa lagi kalau
kek-kek yang sedap. Bila tengok orang buat cup cake
yang cantik-cantik teringin pulak kakmah nak mencuba.
Tapi tanpa ilmu tak berani juga nak mencuba takut
nanti membazir bahan saja. Untuk itu kakmah
berusaha untuk belajar melalui otai-otai yang
ramai kat internet ini.


Dan inilah hasilnya, hari ini kakmah dah berjaya menyiapkan 
cupcake oren dengan hiasan icingnya sekali. Alhamdulillah 
menjadi, walauapun dekorasinya masih berterabur
memandangkan kakmah masih tak ada idea nak hias
macam mana, tapi asasnya kakmah dah tahu. Alhamdulillah,
disamping itu kakmah juga dah berjaya menyediakan 
kek marble coklat oreh, hasil dari lebihan adinan
cupcake oren kakmah.

Syukur dan gembira sesangat..
Alhamdulillah berjaya.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday, 9 June 2013

Diantara Khasiat Daun Ketumbar.

Assalamualaikum,


Ada kawan kongsi info ni kat email kakmah. Kakmah rasa elok juga kalau kakmah kongsikan 
dengan pembaca-pembaca dan pengunjung blog kakmah. Mana tau ada manafaatnya buat
kita semua.

Dulu kakmah tak berapa dapat membezakan antara daun ketumbar ni dengan daun sup. Cuma rasa nya saja yang dapat membezakannya. Kakmah memang tak suka rasa daun ni, rasa payau-payau gitu, dan macam rasa bau pepijat sikit. Kalau ada daun ni dalam makanan kakmah, kakmah akan kutip buang dulu. Tapi lama-lama kakmah cuba juga biasa-biasakan menjamahnya. Alhamdulillah
sekarang ni kalau tak ada daun ni dalam sesetengah makanan, rasa macam tak lengkap pula.

Daun ketumbar ni selain dari melengkapkan masakan, ada juga khasiatnya untuk kesihatan kita jika dimakan berterusan. Mari kita tengok diantara khasiatnya untuk kesihatan kita :-

1. Merendahkan paras gula dalam darah

2. Membantu memudahkan penghadaman, menghalang rasa senak dan kembung dan ketidakselesaan didalam perut.

3. Membantu menghalang pembiakan bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

4. Sebagai anti-keradangan dan membantu meredakan sakit arthritis

5. Membantu melindungi daripada jangkitan saluran kencing

6. Melindungi dari rasa loya

7. Meredakan angin dalam usus

8. Merendahkan tahap kolestrol yang tidak baik (LDL) dan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik (HDL)

9. Kaya dengan sumber serat, zat besi dan magnesium.

10. Juga kaya dengan sumber Phytonutrients dan flavonoids

11. Biji ketumbar juga berkhasiat meredakan pengeluaran haid yang terlalu banyak dengan merebus biji ketumbar tersebut dengan 500 ml air dan sedikit gula, minum air tersebut semasa masih suam.

12. Pengidap penyakit arthiritis juga boleh merebus biji ketumbar dan meminum airnya untuk meredakan penyakit tersebut.

13.Serbuk jintan yang dicampur dengan bancuhan asam jawa boleh meredakan jerawat yang teruk

Jintan sememangnya herba yang sungguh berkhasiat untuk meredakan dan menyembuh berbagai penyakit. Jintan juga adalah diantara campuran yang mesti didalam serbuk jamu selepas bersalin.
Ia juga dijadikan diantara ramuan yang direbus bersama herba-herba lain untuk mandian wanita lepas bersalin. Semuga kita kita juga dapat memenafaatkan herba ini untuk kesihatan kita.

Semuga Jumpa Lagi
Wassalam