Monday, 2 March 2015

Mesyuarat Agung NUSRAT

Assalamualaikum,

Semuga pembaca blog kakmah dalam sejahtera selalu hendaknya.
Kepada pembaca kakmah yang faham berbahasa Arab, kakmah nak tanya ni,
apa maksud NUSRAT yang kami gunakan ini. Ini Pertubuhan ibu tunggal,
semasa menubuhkannya AJK penubuhan bubuh nama NUSRAT ni untuk
memudahkan menyebutnya. Kata mereka maksudnya sokongan dan
dorongan, tapi bila kakmah semak kamus bahasa Arab agak berlainan sikit
maksudnya. Tolong yee kawan2 mana yang tahu tu, bagi tau kakmah
melalui komen dibawah. Terima kasih.

Alhamdulillah, malam ni barulah kakmah berkesempatan nak edit post kakmah
yang dah beberapa hari tak ada seulas penerangan pun mengenai gambar yang
kakmah post ini.

Ini gambar semasa majlis perasmian mesyuarat agung tahunan 
Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Peringkat Parlimen Lipis.
Untuk En Hisyam yang bertanya, maaflah kakmah tak berkesempatan
langsung nak jenguk blog ni, sebab lepas mesyuarat ini kakmah kena
buat persiapan untuk mesyuarat AJK pula, menyiapkan lapuran dan sebagainya.
Emmhh...sibuk mengalahkan PM lah pulak. Hehehe.


A thorn among the roses ni, yang tengah berucap ni adalah YB Ahli
Parlimen Lipis, YB Dato' Abdul Rahman. Beliau yang telah merasmikan
mesyuarat kami ini. Maluu ahh..tak ada backdrop kat belakang tu,
kesilapan teknikal telah terjadi disitu.

Ni adalah barisan AJK lama dari tahun 2013 sedang mengendalikan mesyuarat,
Selamat tinggal untuk yang tidak terpilih dalam pemilihan tahun ni.

Ni pulak barisan AJK yang baru dipilih, ada orang baru dan ada
juga yang dipilih semula. Selamat datang dan selamat bertugas
kepada barisan AJK yang baru dilantik ini. Semuga dibawah
pimpinan anda semua Pertubuhan kita ini lebih maju dan 
mampu mengangkat darjat kita ibu tunggal ini setanding dengan
orang lain. In Shaa Allah.


Waw, kehadiran ini munkin lebih dari 1/3 dari keseluruhan Ahli
yang seramai 420 orang. Sambutan yang sungguh menggalakan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semuga niat adik kakak semua
yang suci itu diberkati Alah.

Sampai sini dulu,
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

2 comments:

  1. mesorat agong mende ni kak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam En Hisyam,
      Ini mesorat agung ibu tunggal, hehe

      Delete