Assalamualaikum,
Lahh, tak perasan pulak kakmah ada upload gambar
Kek Pisang yang kakmah buat minggu lepas.
Itulah lamanya tak buka blog kakmah ni.
Biasa upload gambar pakai tab aja, lepas tu baru edit
pakai PC.
Tengok kat komen tu, hehehe, belanja gambo ajalah
gayanya, resipi tah mana dah, tapi kalau rajin boleh
aja cari dalam tajuk Dapur Saya ini, dulu kakmah
ada bagi resipi masa buat kali pertama dulu.
Ni kira kakmah buat kali kesekiannya dah,
Tapi kek ni memang sedap, memang jadi
terutamanya kalau buat pakai pisang embun atau
pisang montel, Lembut gebu sekali, harum baunya.
Tapi nak makan kek pisang ni ada petuanya,
kalau nak potong dan makan terus selepas masak memang
tak berapa sedaplah, walaupun lembut dan gebu,
tapi dia lembik sikit, tapi kalau tunggu sehingga 24 jam
selepas masak baru potong, itu yang sedapnya.
Kena sabarlah sikit yee..
Haaa..inilah kesemua gambar bahan2nya.
3 setengah biji pisang berangan- 1/2 cawan minyak masak
-1 sudu kecil soda bikarbonet -3 biji telor gred C
- 1 cawan gula,-1 sudu kecil esen vanilla
-1 setengah cawan tepung gandum
Cara nak buat dia plak,
Memula lumur acuan dengan minyak, panaskan oven 180 C.
Blend pisang dengan minyak dan soda bikarbonet sampai lumat
dan ketepikan dulu.- Pukul telur dengan gula sampai sebati
- masukkan esen vanilla - masukkan pisang yang dah di blend,
- masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit
kacau perlahan dan tuangkan kedalam acuan.
- Bakar selama 20 hingga 30 minit.
Alhamdulillah..
Selamat mencuba.
Ok jumpa lagi
Wassalam.
Nampak cantik dan gebu. Mesti sedap tu... :)
ReplyDeleteBelanja gambar jer ke kak....ahakz
ReplyDelete