Assalamualaikum,
Selamat malam sahabat alam maya kakmah semua, semuga semuanya dalam lindungan Allah selalu dan salam sejahtera kepada semua sahabat maya yang bukan berugama islam. Semuga gembira jua.
Diam tak diam dah nak abis bulan Shaaban yer,dan diam tak diam dah habis dua minggu cuti sekolah.Kakmah pasti kebanyakan dari kita ada membawa anak-anak jalan-jalan cuti-cuti malaysia dan mana yang ada jalan-jalan cuti-cuti keluar negara tu, Alhamdulillah, rezki anda semua, mesti anak-anak suka. Kepada yang tak cuti-cuti tu pasti ada juga meluangkan masa balik kampung menjenguk ayah bonda, atuk nenek. Alhamdulilah.Bagi kakmah pula, cuti sekolah ni anak-anak dan cucu-cucu ajak berkelah di Kota Bahru, Kelantan. Trip kali ini merupakan hadiah kepada dua cucu-cucu kakmah yang dapat anugerah cemerlang dalam pepereksaan mereka.
Segala-galanya bermula disini. Kanak-kanak ni memang suka sangat kalau diajak berjalan. Biar pun terpaksa bersesak-sesak naik kereta. Kakmah sebuah kereta je dengan anak, menantu dan cucu dari Kuala Lumpur. Sebuah kereta lagi dah sedia menunggu di Kota Bahru, sebab anak besan kakmah tu suami dia orang Kota Bahru, Bachok sebenarnya, tapi dekat sangat dengan Kota Bahru, sehinggakan kakmah rasa masih berada di Kota Bahru.
Ni Istana Jahar, dulu Istana Sultan Mohamad 11, sekarang ni dah jadi Muzium Adat istiadat diRaja Kelantan.Istana Jahar diambil sempena pokok Jahar yang tumbuh di perkarangan istana itu. Kakmah tak sempat nak masuk istana ini sebab nak cepat balik ke Lipis, anak Kakmah kena balik ke KL malam itu juga. Kami cuma keliling je bandar Kota Bahru.
Malam pertama kami menginap disini, Sudara Beach Resort namanya, masih dalam kawasan Bachok. Resort ni betul-betul terletak ditepi pantai. Bukan apa, masa suntuk, petang tu lepas check in, terus aja bawak anak2 mandi pantai, dan lepas tu mandi kolam untuk lepaskan hajat mereka.
Oppsss, tetiba ada gambar ineh, hehe kakmah tersilap upload gambar, tak ikut turutan langsung. Ini somtam makanan Thailand, tapi kat mana-mana pun di Malaysia ni yang menyajikan maskan Thailand kita pasti jumpa makanan ni, kakmah percaya semua kita dah selalu makan makanan ini. Kakmah panggil kerabu mangga jee. Ni masa kami makan malam di Wakaf Che Yeh mlam kedua tu, dimana kami menginap di Home Stay dekat situ. Kakmah ingatkan Wakaf Che Yeh tu satu daerah ke, rupanya nama tempat dalam kota baru tu, kira-kira macam pasar malam lah.
Dalam perjalanan balik kami singgah sini, masjid ini d Kuala Krai. Masjid ini masa banjir tahun lepas hilang ghaib dalam banjir, tetapi segera di perbaiki. Tak taulah secara gotong royong ke atau bantuan kerajaan, tapi sekarang dah cantik dah. Cuma ada sikit-sikit lagi kesan banjir yang tinggal pada pokok-pokok disekitarnya.
Kelantan ni memang kaya dengan seninya, ukiran kayunya yang macam ini dah jarang di temui lagi, tapi yang ini masih kekal walaupun dah terlalu uzur, ada yang dah serpih. Ini dinding dan atap dekat pinti masuk ke Pusat Kraft Tangan, yang mana kami tak sempat nak masuk juga.
Pasar Besar Siti Khadijah, yang kelihatannya seperti indah khabar dari rupa. Munkin kerana sedang menghadapi saingan dari Bazar Baru, Bazar Tengku Anis. Pengunjung pun dah tak berapa ramai disini.
Pantai Irama, dulu merupakan pantai tercantik dipantai timur, namun sekarang ini dah usang dan layu. Pantai ini mengalami hakisan yang teruk, dan ia sedang di tebat untuk menghalang hakisan. Tak ada lagi tempat untuk bermandi manda. Kalaulah tiada deretan kedai colek yang menjadi tarikan pengunjung luar dan tempatan, pastinya pantai ini menjadi sunyi dan lengang.
Tak sah ke kelantan kalau tak makan colek. Singgah sebentar di rumah adik ipar anak besan kakmah untuk petik sendiri mangga muda dan terus makan colek mangga muda. Dimana-mana pun kanak-kanak adalah yang utama. Colek pun mereka makan. Ini masa tengah kelaparan. Apa pun yang terhidang terus dimakan.
Petik sendiri buah mangga. Seronoknya. Itu muda, kalau masak lagi seronok.
Buah Gajus pun ada.
Inilah rupa chalet tempat kami menginap malam pertama, chalet berkembar.
Rezki lagi, malam pertama kami dijamu nasi dagang ori punya, made in Kelantan,dan lompat tikam first class punya.
Nasi dagang kari ayam, gulai ikan aya dan kari udang. Boleh pecah perut dibuatnya.Pencuci mulutnya lompat tikam, tembikai, menu kelantan.
Paling hot kakmah rasa macam bergambar di padang pasir pulak dengan background pokok kurma yang sedang berbuah, sayang tak dapat menatap buah kurma dari dekat sebab semua ahli rombongan tak mengizinkan kakmah cross jalanraya tu, kesuntukan masa. Serious, ini bukan gambar tampal yee, ini gambar asli, bergambar dengan buah kurma Malaysia dari kejauhan. Apa nama kurma Malaysia ni nanti yee, kurma Siti Khadijah atau Kurma Tengku Anis?
Trip kakmah kali ini berakhir disini saja.
Semuga berjumpa lagi dilain kali, sallam bahagia.
Wassalam.