Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari raya dah berlalu, Kakmah pasti semua dah bekerja seperti biasa, yang bersekolah pun dah bersekolah seperti biasa, Kakmah pun dah berpeluang menghadap komputer sejak pagi lagi. Anak cucu pun dah balik kerumah masing-masing, kembalilah Kakmah seperti biasa, tinggal berdua dengan Acu, nasib baik acu belum kerja adalah peneman kakmah.
Macam biasa pagi ni kakmah nak kongsi sikit info kesihatan yang kakmah dapat semasa merayau-rayau di alam maya, dah lama dah kakmah simpan petua ini, baru hari ni dapat dikongsikan. Alhamdulillah.
Kakmah pasti, selepas hari raya ni ada kesan-kesan yang ditinggalkan nya, terutamanya terhadap diri dan kesihatan kita sendiri. Ada yang bertambah timbangan, ada yang bertambah pernyakit, semuanya gara-gara makan tak berhemah sewaktu hari raya. Termasuklah kakmah. Lemang merupakan kesukaan kakmah, kalau beraya kerumah kawan-kawan tu pantang berjumpa lemang, kakmah pasti menjamahnya, tak kiralah apa pun lauknya kakmah pasti akan menjamahnya. Walaupun kakmah suka sangan lemang dicicah dengan gulai lemak ayam kampung, tapi tahun ni kakmah tak jumpa gulai lemak ayam kampung, semua orang dah makan ayam bandar..hehe.. Nampak gayanga kalau nak makan ayam kampung kakmah kena buat sendirilah, beli ayam kampung dan mulakan peosesnya dari awal. dari menyembelih, menyelur, mencabut bulu, melayur, memotong, mencuci dan menggulai. Ahh...seronok juga, wangi bau ayam kampung yang siap di layur, terbau-bau kat hidung kakmah ini.
Kembali kepada topik kakmah kali ini, berkenaan makanan yang dipercayai ada khasiat untuk mencegah terjadinya atau bertambahnya penyakit kencing manis. Kakmah percaya selepas makan tanpa had selepas raya ni ada yang mengalami penyakit kencing manis, atau yang dah ada penyakit tu menjadi semakin teruk pula. Walau apa pun keadaannya cubalah makanan ini dan berpantanglah sikit, semuga kencing manis tu berada di tahap terkawal. Nasihat ni terutamanya untuk kakmah sendiri.
Di katakan, kulit kayu manis dipercayai boleh mengawal penyakit kencing manis, oleh itu gunakanlah sedikit kulit kayu manis didalam setiap masakan kita, tak kiralah sama ada yang serbuk atau kayu, lagi pun kayu manis ini boleh menambah perisa masakan kita.
Buah epal juga dikatakan boleh mencegah penyakit kencing manis, jadi makanlah epal sekurang-kurangnya sebiji sehari. Mudahnya makan epal, kalau kakmah tiga biji sehari pun kakmah boleh habiskan buah epal ini. Selain dimakan begitu sahaja epal juga boleh di tambah dalam masakan kita, mudah bukan. Epal juga sangan mudah didapati dimana-mana ada terjual buah epal ini. Terpulang pada kita.
Kunyit makanan harian kita, rupa-rupanya juga merupakan diantara makanan yang makanan boleh mencegah kencing manis, kunyit bukan sahaja boleh dicampurkan didalam masak lemak, masak tempoyak, malah kunyit muda juga boleh di campur didalam masak singgang, bukan sekadar hiasan atau bahan perisa, kunyit muda itu boleh dimakan sekali dengan bahan2 yang lain. Kakmah suka makan kunyit muda yang dimasak didalam singgang ikan, ayam atau daging.
Strawberry, emmm..sedapnya, kalau pergi Cameron Highlands, tak sah kalau tak beli Strawberry,
tempat kakmah susah nak dapat, kadang-kadang aja ada stok di satu-satunya pasar raya ditempat kakmah. Buah sedap ini rupa-rupanya ada unsur-unsur pencegah kencing manis juga. Jangan lupa kepada yang mudah dapat buah ini, belilah dan makanlah, bukan sekadar untuk sedap-sedap tapi ada unsur pencegah juga.
Bayam juga dikatakan ada unsur-unsur pencegah penyakit kencing manis, jadikanlah bayam sebagai sayur harian kita. Kakmah suka makan sayur manis bayan dengan keledek.
Yogurt dan Keju juga adalah diantara makanan pencegah penyakit kencing manis. Yogurt mudah didapati ditempat kakmah ni, tapi keju jarang. Munkin dikedai kek ada agaknya. Walau bagaimana pun ini adalah makanan yang baik untuk mencegah penyakit kencing manis.
Ini adalah diantara makanan yang boleh mencegah terjadinya penyakit kencing manis, kalau dah dapat penyakit tu, ubat adalah yang terbaik untuk mengawalnya. Jangan lupa makan ubat ikut aturan yang ditetapkan oleh doktor anda, Semuga entry ini bermanfaat untuk anda pembaca budiman.
Sekian Wassalam