Wednesday, 21 October 2015

Gulai Masam Sardin

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
Hari ini Kakmah berada di Kuala Lumpur dirumah
anak cucu Kakmah. Kat sini senang sikit Kakmah nak
online khususnya berblog sebab disini semua kemudahan ada.

Buka aja blog kakmah terus tengok popular post.
Wahh, nampaknya setiap hari popular post kakmah adalah
 Gulai Masam Sardin. Entahlah semuanya search melalui
google. Nampak gayanya ramai juga peminat gulai masam
sardin ini. 
Oleh itu, khas untuk peminat-peminat gulai masam, khasnya
gulai masam sardin disini kakmah ulang tayangkan cara-cara
nak buat gulai masam sardin. Harap anda gembira dan sudi
mencuba.


Teringin plak kakmah nak kongsikan resipinya
boleh kita rasa sama. Ok, jangan lengah lagi
inilah bahan2nya

1 tin kecil sardin cap ayam
2 sudu makan penuh tempoyak yang masam manis.
cili padi, ikut selera memasing
sedikit kunyit, garam,
3 tangkai daun kesum,
5 atau 6 ulas petai belah 2 kalau suka,
untuk rampai boleh guna tomato ceri
atau sebiji terung panjang
atau terung bulat, terung telunjuk
atau setengah biji timun masak.
Setengah keping asam keping.

Cara2nya

Tumbuk cili dengan kunyit hingga lumat,
masukkan kedalam periok dengan 3 cawan air
masukan tempoyak, kunyit sama ada serbuk
atau yangtelah ditumbuk dengan cili tadi.
Masukkan rampai terung atau timun,
setengah keping asam gelugur tadi.
Masak hingga mendidih dan masak,
Masukkan sardin kesemua kecuali kuahnya,
didihkan lagi, bila hampir masak
masukkan daun kesom, petai atau
tomato ceri. Didihkan lagi hingga semuanya
masak. Angkat dan boleh hidangkan.
Seperti biasa hidangan gulai masam ini sedap 
dimakan sewaktu dia betul2 sejuk
kalau nak makan tengahari, masaklah pagi
kerana kuahnya akan menjadi pekat
dan berperisa.

Selamat mencuba,
Wassalam.

No comments:

Post a Comment