Assalamualaikum,
Hari-hari kakmah buat donat.
Jual di gerai nasi lemak kakmah,
resipi kakmah olah sendiri 20 tahun yang lalu,
masa tu kakmah pun jual nasi lemak dan kuih muih,
sebelum kakmah kerja, tapi kakmah rasa resipi yang
kakmah belajar dengan kawan tu terlalu banyak bahannya,
membebankan kakmah apabila terlupa nak beli bahannya,
kakmah terus tak boleh buat donat.
Lalu kakmah cuba mengurangkan bahannya, dan buat
macam biasa. Alangkah gembiranya kakmah, donat
yang kakmah buat dengan bahan yang telah di catu itu
menjadi dengan baiknya.
Kepada adik-adik, kakak-kakak, anak-anak yang baru nak
belajar membuat donat tu boleh cuba resipi kakmah ini,
mudah aja.
Inilah diantara bahan-bahannya :
1. 4 cawan tepung gandun ( Kakmah guna tepung cap kunci aja )
2. 1 sudu makan yiest, ( Kakmah guna muripan )
3. 4 sudu makan gula
4. 4 sudu makan majrin ( Kakmah guna majrin pelangi je )
5. 1 1/4 cawan air tambah secubit garam
Cara menggaulnya :
1. Masukan tepung, yiest dan gula kedalam bekas yang besar,
gaul hingga rata, kiraikan sedikit supaya masuk angin untuk
memudahkan doh mengembang.
2. Masukkan majrin dan gaulkan hingga rata hingga menjadi seperti
serbuk roti.
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga air habis.
Pada mulanya doh agak melekat sedikit ditangan, tapi hendaklah
diuli sehingga doh menjadi lici dan tidak melekat ditangan.
4. Rehatkan doh selama dua jam atau sehingga doh mengembang
menjadi dua kalu ganda.
5. Setelah doh mengembang hingga dua kali ganda, bolehlah di canai.
Caranya ambil doh sebesar bola golf, bulat-bulatkan dengan tapak
tangan, seterusnya leperkan dengan menepuk-nepuk doh tersebut
supaya naik dengan sempurna apabila digoreng. Jika doh
terlampau lembik boleh gunakan tepung untuk menyalut doh
supaya senang dicanai.
6. Setelah doh menjadi leper, jangan terlampau leper, cucukkan
dengan jari untuk membuat lubang ditengahnya, dan rehatkan
didalam bekas yang leper seperti dulang sehingga doh naik kembali,
tetapi jangan terlampau lama takut nanti doh menjadi terlalu kembang
dan susah nak diangkat bila hendak menggorengnya.
7. Bila doh dah agak kembang sedikit goreng didalam minyak
yang banyak dan panas yang sederhana jangan letak terlalu banyak
sekali untuk memberi ruang kepada donat untuk mengembang.
Perhatian sebaik saja donat diletakkan kedalam minyak yang
sederhana panas donat mistilah terus dibalik-balikkan supaya donat
dapat mengembang dengan cantik dan gebu. Bila donat dah
sempurna kembang dikedua-dua belah dan nampak gebu
barulah digaringkan.
8. Setelah donat berwarna kekuningan dan nampak garing
barulah diangkat dan dituskan. Apabila telah sejuk sedikit
bolehlah digaulkan dengan gula kastor dan boleh dihidangkan.
Resipi ini boleh juga untuk dibuat burger malaysia, tetapi
semasa mencanai jangan ditebuk lubang ditengahnya,
sekadar dibulat dan dileperkan sedikit sahaja.
Selamat mencuba, kalau mencuba jangan lupa beritahu
kakmah hasilnya. Kalau bermasaalah ceritakan masaalah
nya, munkin kakmah boleh tolong untuk
memperbaikinya.
Jumpa lagi
Wassalam.