Assalamualaikum,
Sallam hari Khamis semua rakan blogger, rakan alam maya, peminat-peminat lipislady. Apa khabar semua, Kak Mah hari ni tak ada kerja, nak masak gas habis, sambil tunggu gas sampai mengadap laptop dulu sambil minum kopi 'o'. Waw..best..Jarang Kak Mah dapat masa macam ni, selalu berserabut dengan kerja dari subuh hingga isya. Alhamdulillah hari ni Allah beri rihat. Cuti Jap..hehe.
Oh ya, kak Mah ni nak kongsi sikit petua yang kak Mah amalkan baru sebulan yang lalu. Terapi air, tapi anak kak Mah kata terapi air liur basi. Kak Mah percaya ramai yang dah tahu mengenai terapi ini. Tapi tak apalah kak Mah nak kongsikan sekali lagi.
Terapi ini bermula sejak seawal pagi lagi dan khasiatnya agak segera juga boleh dinikmati. Kak Mah sendiri mendapat manfaatnya seawal tiga hari setelah mengamalkannya terapi ini.
Ikuti sendiri cara-cara melakukan terapi air ini
1. Sebaik sahaja bangun tidur, sebelum berkumur dan mengosok gigi minum sekurang-kurangnya 4 gelas air, sebaik-baiknya air bertapis. Buat permulaan 4 gelas air tu terlalu banyak untuk dihabiskan, boleh mulakan dengan 2 gelas dulu, cubalah, memang sukar. seboleh bolehnya lagi banyak lagi bagus. Kak Mah sendiri dah boleh menghabiskan 4 hingga 5 gelas setiap pagi.

2. Cuba jangan minum sambil berdiri kerana ini boleh mengakibatkan sendi-sendi kita menjadi rosak.
3. Jangan minum selepas makan, sekurang-kurang nya tunggu sehingga selepas 40 minit. Selepas 40 minit minum air panas sahaja. Jangan sesekali minum air sejuk atau ais,
Ini saja yang kak Mah amalkan. Alhamdulillah, lutut kak Mah yang sakit selama ini dah berangsur-angsur sembuh. Kalau dulu kak Mah solat atas kerusi sekarang dah boleh solat biasa.
Masaalah sembelit pun boleh diubati dengan cara ini, dulu kak Mah sembelit dan buasir, alhamdulillah sekarang dah sembuh semua tu. Buang air besar pun mengikut masa khusus iaitu selepas minum air diwaktu pagi sahaja.
Masaalah susah tidur pun dah tiada lagi, darah tinggi dan kencing manis pun dah makin terkawal. Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi ilham untuk mengamalkan terapi air liur basi ini.
Sebenarnya air liur basi ini walaupun dia busuk tapi mengandungi alkali yang tinggi yang akan bertindakbalas dengan alkali yang sedia ada dalam usus kita, menjadikan usus kita sihat. I tu serba sedikit yang kak Mah tahu dan amalkan.
Mudah aja. Sesiapa saja boleh amalkan. Dan lihat hasilnya. Alhamdulillah.
Selamat mencuba.
Wassalam.
WP juga amalkan minum air kosong sebaik saja bangun tidur.
ReplyDeleteTapi taklah sampai 4 gelas.