Saturday, 20 May 2017

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum,

Selamat tengah malam Sabtu. Kak Mah malam ni berjaga sampai pukul 2.00 pagi, tetiba teringat pulak nak update blog, alahai layan ajalah. Kali ini resipi Kek Coklat Lembap sekali lagi. Ini kali kedua Kak Mah bagi resipi kek ni. Yang dulu ada tak yang buat. Entah lah yee.

Walau apa pun resipi yang dulu tu agak susah sikit membuatnya. Nak jadinya pun susah juga, Kak Mah dua tiga kali buat masih tidak memuaskan hati lagi hasilnya. Tapi resipi kali ini mudah sikit nak buat dan dengan sekali cuba sahaja hasilnya cukup memuaskan hati, Bahannya pun kurang sikit. Jimat sikit kos untuk bahannya.

Oklah yee, tengok gambar dululah. 


Boleh buat dalam loyang berukuran dimeter 8 inci atau bekas kecil untuk memudahkan mebahaginya, tak susah-susah nak potong pula. Tapi kalau potong pun tak susah juga. Tak melekat pun pada pisau pemotongnya.


Ok, kita terus aja kepada resipi. Cakap banyak pun tak guna kan.

Ok Bahan-bahannya

Bahan A

3/4 cawan gula, kalau nak kurang manis jadikan setengah cawan sahaja
1 cawan serbuk koko, Kak Mah guna Adela
1 cawan susucair
1 cawan susu pekat manis 
1 cawan minyak masak, guna minyak botol SAJI, jangan guna minyak paket
1 sudu serbuk Nescafea

Semua bahan diatas gaulkan dalam bekas, bila dah sebati masak diatas api perlahan hingga gula larut.
Matikan api dan rehatkan sekejap. Sementara itu sediakan bahan B

Bahan B

Untuk di ayak

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder, ayak dan ketepikan

Bahan C

4 biji telor blenderkan.

Satukan bahan B dan C kedalam bahan A berselang seli hingga habis. Gaulkan dengan senduk kayu.

Bila dah sebati masukkan kedalam loyang yang telah dilumur minyak, atau lapik kertas minyak, kukus selama satu jam. Selama mengukus jangan di buka tutup kukus untuk melihat sama ada telah masak atau tudak. Kek ini akan masak setelah satu jam. Setelah masak dan angkat dari pengukus dan sejukkan. Bila telah sejuk keluarkan dari loyang untuk di tambah dengan coklat ganachy. 

Cara Kak Mah buat Ganachy mudah aja, 
Bahagikan separuh bahan A, kacau diatas api sederhana hingga adunan sedikit pekat. Jangan terlalu pekat kerana adunan akan memekat setelah sejuk. Tidak perlu masukkan tepung gandum, Angkat dan sejukkan dan tuang keatas kek. Boleh dihias dengan gula manik putih atau silver.

Sekian, selamat mencuba.
Wassalam


2 comments:

  1. Buat dalam bulan puasa nanti, simpan dalam peti ais , sedapp kawan-kawan..

    ReplyDelete