Friday, 9 March 2018

Jantung

Assalamualaikum,

Sallam Jumaat, sallam ceria, salam santun buat rakan-rakan blogger semua.

Jatuh sudah, hari ni jantng pulaklah. Apakah anda sedang fikirkan tentang jantung.

Ohhh, jantung pisang kalau buat masak lemak dengan tulang ikan masin, waw bestnya, mertua lalu dibelakang pun tak nampak. Tapi kalau anda toleh ke belakang mesti nampak kan. Lagi, ulam jantung pisang cicah budu sedap juga kan. Ada orang kata budu ni boleh buat orang awet muda, Mengapa, sebab dia penuh dengan perotin. Apa-apalah. Namun Kak Mah dah meninggalkan amalan memakan ulam dengan budu. Senang cerita Kak Mah dah tak makan budu. Mengapa Kak Mah berhenti makan budu, jawapannya senang saja, budu ni masin sangat, boleh memicu tekanan darah melambung naik. Begitu juga ikan masih, Kak Mah dah kurangkan memakan ikan masin.

Itu kalau jantung pisang, tapi kalau sijantung hati, awww lagi best kan. Klik link si jantung hati untuk dengar lagu. 

Tapi yang Kak Mah nak cerita hari ini adalah tentang jantung manusia, jantung siapa?.  Tentulah jantung Kak Mah. Hehe.

Serius ni, dua minggu yang lepas, sewaktu membuka pintu depan selesai solat subuh, lebih kurang pukul 6.50 pagi, Kak Mah dapat rasakan udara yang sungguh nyaman membelai seluruh tubuh Kak Mah. Di waktu yang sama terus Kak Mah terfikir kalaulah dapat Kak Mah berada diluar rumah, berjalan-jalan sambil menikmati udara tersebut alangkah nyamannya. Tanpa berfikir panjang Kak Mah terus menukar pakaian untuk berjalan. Tapi kemana tujuan Kak Mah pagi itu. Terfikir juga nak jalan-jalan pusing kediaman Kak Mah aja, tapi rasa tidak cukup untuk membolehkan Kak Mah menikmati udara pagi sehingga matahari terbit sepenuhnya. 

Dalam berfikir-fikir sambil kaki melangkah Kak Mah sampai ke gerai tempat Kak Mah meniaga, hari itu, bermula dari hari Kak Mah jatuh, Kak Mah dah berhenti berniaga buat sementara waktu. Sesampai saja di situ Kak Mah beli sedikit kuih muih dan bermula dari situ Kak Mah dah ada tujuan yang khusus untuk berjalan, dan munkin akan kekal berjalan setiap pagi sehingga matlamat Kak Mah tercapai. Iya, tujuan Kak Mah telah pasti.

Bermula dengan Bismillah, Kak Mah mula melangkah untuk pergi sejauh dua kilometer perjalanan pergi dan dua kilometer perjalanan balik. Singgah sebentar di destinasi untuk seteguk air pembasah tekak dan ........kembali semula sebelum panas menjadi terik.

Perjalanan pembukaan, permulaan pada hari itu berjaya membawa Kak Mah ke destinasi yang Kak Mah rancang sejauh dua kilometer. Anihnya perjalanan yang sejauh itu sedikit pun tidak membuatkan Kak Mah berasa letih, tidak ada setitis pun peluh yang keluar dan paling menjadi tanda tanya, mengapa setelah berjalan sekian jauh tidak sedikit pun terasa JANTUNG Kak Mah berdenyut kencang tanda kepenatan. 


Kak Mah tak tau nak kata apa, sama ada itu pertanda jantung Kak Mah terlebih sihat dan masih berusia muda atau Jantung Kak Mah dah terlalu tua dan telah tidak berfungsi dengan sempurna. Namun tidak lama dulu Kak Mah pernah buat pemereksaan jantung, doktor dapati JANTUNG Kak Mah normal dan masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, doa Kak Mah kepada Allah agar JANTUNG Kak Mah masih berfungsi dengan baik walau apa keadaan sekalipun.

Perjalanan sejauh empat kilometer pergi dan balik masih Kak Mah teruskan walaupun kadang-kadang Kak Mah memulakannya terlajak lewat sehingga matahari telah menyinar, namun ada kebaikannya juga kerana berjalan dibawah matahari yang bersinar membuatkan peluh keluar membahasi tubuh Kak Mah, dan kepenatan mula terasa diikuti dengan jantung yang terasa berdenyut kencang akibat kepenatan. Alhamdulillah.

Perjalanan juga membuatkan Kak Mah mendapat dua manfaat sekali gus, mengeluarkan peluh, untuk rasa lebih sihat dan cergas, disamping destinasi Kak Mah ialah rumah kakak Kak Mah, berhenti rehat sebentar sambil minta tolong kakak Kak Mah semakkan Kak Mah membaca Al Quran beberapa muka surat sebelum berjalan balik semula kerumah Kak Mah. Setiap hari kakak Kak Mah sediakan makanan pula untuk Kak Mah walaupun Kak Mah menolak kerana Kak Mah dalam diet dan memilih makanan yang boleh dimakan sahaja mengikut diet Kak Mah. Alhamdulillah.

Semuga jumpa lagi,

Wassalam.