Assalamualaikum
Semua Sahabat Blogger dan Sahabat Pengunjung Setia Kak Mah. Alhamdulillah kita berjumpa lagi tengahari ini. Kak Mah hari ni free sikit sebab hari cuti. Cuti Hari Hol bagi negeri Pahang.
Alhamdulillah, hari ini Kak Mah nak kongsi macam mana cara nak buat Taufu Fa cara mudah sekali. Tak perlu membeli kacang soya, rendam dan kisar lagi.
Kita Perlu ada ini je, kotak besar sekali.
Buka dan tuangkan semuanya kedalam periuk.
Letakkan periuk atas dapur
Lepas tu tambahkan agar agar serbuk sebanyak 1 sudu makan,
Masukkan kedalam periuk air soya tadi, pasang api dan kacau terus.
Ni terus kacau sampai dia mendidih.
Kacau dan kacau, sampai mendidih 3 hingga 4 minit.
Tutup api, rehatkan sekejap
Salin kedalam bekas lain, sejukkan
dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4 jam.
4 Jam kemudian boleh keluarkan dari peti sejuk,
Kaut kedalam mangkuk dan tuangkan air gula
yang kita buat sendiri.
Untuk buat air gula boleh gunakan gula merah,
masukkan setengah cawan dalam periuk,
masukkan secawan air, didihkan, bila semua gula
dah hancurlah rasalah kalau manis sangat, tambah air,
kalau kurang manis tambah gula. Rasa hingga sesuai
dengan lidah kita. Tutup apa dan sejukkan.
Bila dah sejuk tapiskan kedalam bekas lain.
Boleh digunakan terus.
Alhamdulillah, inilah Taufu Fa yang sangat lembut dan sedap.
Semuga kita jumpa lagi.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment