Sunday, 10 April 2011

Resipi Telor Tiruan.

Assalamualaikum,

Heboh cerita pasal telor tiruan masih belum reda lagi.
Munkin kita pun dah pernah termakan telor tiruan ni,
tapi tak perasan, sebab rasa dan rupanya munkin 99%
sama dengan telor asli.

Tapi sanggup ke kita kalau saja-saja nak makan telor
tiruan tu, ditakdirkan harganya lebih murah dari
harga telor asli.

Cuba kita tengok resipi untuk membuat telor
tiruan ini.


Bahan yang dah dimasuk dalam acuan.
Bahan-bahan:

Asid Sodium Alga
Gelatin ( biasanya dari khinzir atau sayuran)
Natrium benzoat
Lakton
Karboksimetil Selulosa
Kalsium karbaid ( ni hok orang buat nyala api tu ke?)
Laisin
Kalsium Klorida
Lilin Parafin
Tepung Gypsum.
Bahan Pewarna


Ni acuan nak buat telor merah


Cara Membuatnya:

1. Kacau asid sodium alga dengan air selama satu setengah jam hingga menjadi bentuk kristal.

2. Tambah gelatin, kacau sehingga sebati, tunggu 10 jam sehingga semua buih yang ada hilang.

3. Kemudian bahan tadi dicampur dengan natrium benzoat, lakton, karboksimetil selulosa, kalsium karbaid dan laisin untuk membuat putih telor.


Telor yang dah separuh siap.

4. Bagi kuning telor, kalsium klorida dicampurkan dengan pewarna. Ini kerana bahan ini membentuk membran nipis supaya ia tidak pecah.

5. Selepas kuning telor siap ia dimasukkan kedalam acuan yang mempunyai putih telor sebelum dilapikkan sekali dengan kalsium klorida supaya tidak pecah.

6. Bagi kulit telur, lilin parafin dengan campuran tepung gypsum digunakan sebelum memasukkan putih dan kuning telur tadi menggunakan cara suntikan acuan khas.

7. Telur palsu biasanya dijual secara bercampur atau berasingan dengan telur asli dipasaran.

Melihat bahan diatas, sanggup ke kita makan telur tiruan itu.
Kajian saintifik buktikan telur tiruan boleh akibatkan kehilangan memori dan nyanyuk.


Telor palsu apabila digoreng akan
mengeluarkan gelembung udara.

Cara mengenalpasti telur tiruan

1.Kulit lebih berkilat berbanding telur asli

2. Permukaan kulit kasar.

3. Menghasilkan bunyi kuat apabila digoncang
kerana kandungan air dalam bahan mentah.

4. Mempunyai bau berbeza.

5. Putih dan kuning telur akan bercampur
sebaik telur dopecahkan.

6. Ketika digoreng putih telur mudah
merebak tanpa disentuh. (cair)

7. Kulit telur tiruan lebih lut sinar apabila
diletakkan dibawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis.

9. Tiada lapisan kulit pada kulit
telur tiruan.


- Berhati-hatilah apabila membeli telur, munkin telur tiruan masih banyak berlegar dipasaran. Kalau boleh kurangkan penggunaan telur, atau beli aja telur kampung. Munkin dengan ini industri telur kampung akan kembali berada dipasaran.

- Teringat keh sebulan dua yang lepas, goreng telur mata kerbau, telur tersebut meletup dalam kuali, sehingga hampir mencederakan tangan keh. Munkinkah itu telur tiruan??

Sumber :- Sinar Harian Edisi Pahang.

Sekian, Wassalam.

Saturday, 9 April 2011

Hari-Hari Picit Pisang.

Assalamualaikum,

Ha ko...
bila tengok tajuk diatas mesti ada yang teruja,
dan
tak sabar nak baca cerita seterusnya,
apa hal lipislady ni hari-hari picit pisang pulak dah.

Ceritanya,
Sabtu lepas keh ada beli pisang kat pekan sari.
Sikit aja tak banyak, dalam enam biji gitu.
Ingat nak buat goreng pisang.
lama betul dah tak makan goreng pisang,
pak cik goreng pisang kat CP pun dah lama tak goreng pisang.
Dulu keh selalu makan goreng pisang dia,
tapi tak sama dengan pisang yang keh goreng sendiri.
dari segi sedap dan kerangupannyalah.
tapi namanya tetap sama
goreng pisang juga.

Masa keh beli pisang ni muda lagi, keras,
tapi keh rasa dalam sehari dua masaklah,
bolehlah keh buat goreng.

Pagi Ahad bangun tido, terus aja keh kedapur,
mulalah keh memicit pisang satu persatu,
manalah tau kot-kot dah masak,
boleh goreng.
itu je cara nak menentukan pisang ni masak ke tak,
maklumlah pisang nangka,
masak ke muda, warnanya tetap sama, hijau.

Siap keh ambil gambar pisangnya ni hah.

Picit punya picit, semuanya keras lagi. tak masak
lagilah tu tandanya. Tak boleh goreng lagi hari ni.
Hari Isnin seawal bangun dari tidur,
terus aja keh kedapur memicit pisang. Keras lagi.
Bila nak masak pisang ni. Hari selasa. Muda lagi.

Hari Rabu, dari jauh keh nampak ada sebiji
pisang yang warna agak lain sikit. Haaa..mesti
dah masak ni. Bila keh picit yang itu adalah sikit2 rasa anjal.
Kira masaklah ni. Yang lain2 tu masih keras lagi.

Tak kiralah, sebiji pun sebijilah,
keh terus ambil dan kupas macam ni hah.
Tapi isinya tak masak pun. masih putih lagi.
dan keras. Tapi terlanjur dah kupas,
keh goreng jugalah.

Dapatlah banyak ni hah.
Makan sorang cukuplah ni
Beli kat kedai pun seringgit banyak ni juga.
Siap boleh makan dua orang lagi.

Yang selebihnya tu, hari khamis keh picit
masih keras, semalam pun masih keras.
Tapi semalam keh goreng juga
tiga biji aja.

Bagi adik makan, tak nak dia,
keras dan tawar kata dia.
Akhirnya, keh juga yang terpaksa abiskan.
Rugi kalau buang.
Rezki mana boleh buang-buang.
membazir.
Selagi tak basi, selagi tak busuk,
Habiskan.

Yang dua biji lagi kat dapur keh tu,
petang ni akan keh bereskan.
Buat kerepek ajalah.

Selesai.

Sekian, Wassalam.

Thursday, 7 April 2011

Program Empower



Assalamualaikum,

" Carilah Ilmu Walau Sampai Kenegeri China" Itulah pegangan hidup keh dalam menimba ilmu tak kiralah ilmu berkaitan dunia atau akhirat. Tapi taklah pulak sampai keh nak pergi ke negara Cina weh, semata-mata kerana nak mencari ilmu. Ilmu yang di Malaysia ni pun masih banyak lagi belum dipelajari.

Oleh kerana itulah pagi tadi lebih kurang pukul 11 pagi keh dengan seorang kawan pergi mendaftarkan diri untuk mengikuti Kursus Kemahiran Keusahawanan Lipis anjuran Syarikat Empower dengan kerjasama Program Pembangnan Modal Insan ECER. Program ini julung2 kalinya diadakan tahun lepas berpusat diBentong. Tahun ni merupakan tahun kedua program seperti ini diadakan. DiLipislah pulak.

Ada sepuluh kursus semuanya ditawarkan termasuklah andaman pengantin, kek dan pastri, jahitan, gubahan dan kraftangan dan komputer dan internet. Hati ni memanglah tertarik dengan kek dan pastri dengan gubahan dan kraftangan. Tapi keh lebih minat lagi pada komputer. Apa ke hal makchik ni tersesat buat pilihan. Peserta baru beberapa orang, tapi semuanya budak2 lepasan SPM. Tiba-tiba ada seorang makcik yang nak join mereka. Nak tergelak keh. Tanya dengan budak yang nama Farah, "Malu tak saya ni dah tua2 nak belajar repair komputer."

" Itulah yang bagusnya, mana ada orang tua yang rajin nak buat kerja2 yang rumit ni" kata Farah memberi semangat. Pandai Farah ni. Farah dulu bekas murid keh tahun lepas, dia student keh yang paling mudah menguasai pelajaran yang keh beri. Sekarang dia dah bekerja. Alhamdulillah.

Petang tadi majlis suai kenal dan penerangan tentang kursus. Sah, keh sorang murid senior kursus komputer dan repair komputer. Haha..nampak gaya keh kena jadi budak jugalah nanti. Bukanlah maksudnya perangai macam budak, tapi semangat macam budak atau orang muda, sentiasa berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu.

Semuga Allah memberkati usaha keh ini.

Sekian Wassalam.


Wednesday, 6 April 2011

Susahnya Kalau Idea Dah Kering.

Assalamualaikum.

Rasanya dah hampir sejam keh duduk depan PC nih, konon nak buat entry baru malam ni. baru je letak tajuk bal..bla..bla.. tulis dua tiga baris ayat, ish rasa-rasa entry ni mesti panjang, sebab banyak sangat fakta yang mesti ditulis, ahhh, tak jadilah tajuk ni. Ok tajuk lainlah plak, tulis lagi dua tiga baris ayat, alah...tak bestlah entry ni.

Gigit jari, dongak kepala ke atas, apa tajuk yang paling best untuk buat entry malam ni yekkk...emmm...cuba tajuk nilah, ok tajuk bla..bla..bla...Isi ada dah dalam kepala, ohh tak boleh tajuk ni...abis apa yang bolehnya. Susah juga yee nak tulis entry dalam blog ni. Sampai gini sekali, ligat otak memutar nak cari tajuk yang sesuai.

Pukul 22.13, jam kat HP, maknanya dah pukul 10.13 malam, ish buang masa betul, tak bestnyalah kalau dah buntu idea ginih. Tegang aja rasa perasaan. Oklah malam awal lagi. Jalan-jalan blog kawan dululah. Nanti sambung semula.

Sekian Wassalam.

Oppsss...dah siap entry malam nih.

Sekali lagi

Wassalam.


Monday, 4 April 2011

'A Doctor in The House'

Assalamualaikum,

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkanyang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di sini malam Ahad.

Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi. "Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

"Diharapkan orang ramai tidak gunakan buku ini untuk dijadikan sebagai 'hadiah' semata-mata, kerana ia juga perlu dibaca dan diambil iktibar," katanya.

Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas. Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini. "Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta," tambahnya. -BERNAMA

Copy paste dari sini

Lama dah sebenarnya teringin sangat nak baca buku kisah benar yang ditulis Mantan PM Malaysia ini, sejak dari mula dilancarkan lagi. Tapi tak tau mana nak beli maklumlah duduk kat pendalaman ni, susah nak dapat buku macam ini. Belum sempat sampai sini lagi stok dah habis.

Wassalam.

Sunday, 3 April 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu rodong2 semua. Memang "Hari ini dalam sejarah" betul buat keh hari ini. Tak pernah lagi dalam masa beberapa bulan ni keh duduk dirumah pada hari minggu. Kalau tak keluar pagi, petang mesti keluar. kalau tak keluar petang pulak, pagi mesti keluar. Tapi hari ini jangan kata nak keluar, sampai setakat entry ini ditulis, dah pukul 5.50 petang dah ni, buka pintu depan pun belum lagi. Haha..apa ke hal keh malas sangat nak buka pintu ni. Tak ada urusan diluar rumah, jadi keh malas nak buka pintu.

Walau bagaimana pun rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan "Selamat Berhari Minggu" buat rodong2 dan pengunjung blog lipislady ini.

Wassalam.

Saturday, 2 April 2011

1.2 Juta Minat Lisa Surihani.


Assalamualaikum.

Lisa Surihani ni memang popular. Kat sini pun saya selalu dengar budak-budak, mak-mak budak borak pasal Lisa Surihani. Minat betul mereka pada pelakun yang telah melakunkan 12 buah filem itu. Filem sebanyak itu dapat dilakukannya dalam masa tak sampai pun 4 tahun. Memang hebat.

Bukan itu saja Lisa juga amat popular di Facebook. Peminatnya di Facebook dah melebihi 1.2 juta orang, angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Waduh, terkenal sungguh dia. dah patut pun terkenal, memang dia seorang pelakun yang berbakat, orangnya apun cantik dan sekarang ni dah mula-mula berjinak untuk menjadi pengacara. Begitulah kalau dah cukup pakejnya memang orang akan menghargai dan meminatinya. Semuga Lisa terus maju jaya. Saya pun minat lakunan Lisa.

Wassalam.