Tuesday, 29 March 2011

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali.

Assalamualaikum,

Al Fatihah buat Allahyarhamah Kak Norzan binti Mohd Noor
yang telah kembali kerahmatullah pagi semalan. Semuga
rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang2
yang beriman.

Kepada anak2 beliau terutamanya Hasbi dan Amat yang
terlalu rapat dengan saya, diucapkan takziah dan
banyak2kan bersabar, walaupun anda berdua dah jadi
yatim piatu, janganlah merasa rendah hati, abang2 dan
kakak2 masih ada, insyaAllah kami semua juga tidak akan
membiarkan anda sendirian.

Semalam pergi ziarah jenazah Allahyarhamah, sedih
teramat rasa hati, ini hari dia, dan pemergiannya
secara mengejut, terbayang pula hari kita yang bakal
tiba, entah macam mana pula corak dan gayanya.

Semuga Allah memberi kita rahmatnya, dan
dipanggilnya kita dalam keadaan yang terbaik
serta dalam redanya. Amin.

Wassalam.

9 comments:

  1. semoga ruh arwah dicucuri rahmat. pasti, kita akan menyusul

    ReplyDelete
  2. al fatihah. hasbi kawan adik tu ke?

    ReplyDelete
  3. Alfatihah dan takziah buat keluarganya.

    ReplyDelete
  4. alfatihah..dan takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  5. alfatihah, buat keluarganya bersabar dan redhalah

    ReplyDelete
  6. Alfatihah juga dr saya..........

    ReplyDelete