Friday 23 September 2011

Aktiviti Saya Sepanjang Percutian Dari Berblog

Assalamualaikum,

Sallam rindu buat rakan2 blogger yang sentiasa dihati saya. Lama juga saya bercuti dari berblog. kalau ada online pun sesekejap saja dapat menjenguk blog sendiri dan satu dua blog kawan2. Kepada kawan-kawan dan pengunjung yang sudi bertandang ke blog saya dan meninggalkan komen walaupun dirumah macam dah tak bertuan, saya ucapkan terima kasih bebanyak. Tanpa anda semua sunyilah blog saya ini. Juga terima kasih kepada yang sudi menjadi follower saya. nanti saya akan berkunjung keblog anda yee...

Saya bercuti pun bukan saja2 malas nak update entry. Masa betul2 tak mengizinkan contohnya,
tengoklah kat bawah ni, 20 bekas @ 1,000 biji bahulu saya dah sampai ketangan penempahnya di Kuala Lumpur baru sebentar tadi. Alhamdulillah saya ambil masa 4 hari suntuk untuk menyiapkan sebanyak itu dengan peralatan yang serba kekurangan.


Banyak ni, keseluruhan saya mengambil masa 40 jam untuk menyiapkannya, bermakna saya bekerja selama 10 jam sehari didapur rumah saya.


Bungkusan yang dah siap, untuk dikirim ke Kuala Lumpur. Sepatutnya saya hantar sendiri dengan bas, tapi tah macam mana tersakit perut la plak, dari pukul 3 pagi tadi hingga tengahari masih belum berhenti. Silap makan semasa jamuan raya semalam agaknya.Nasib baik ada yang sudi tolong sampaikan kepada tuannya di KL. Alhamdulillah, beres. Lega....

Cerita minggu lepas lain pula, macam ada cerita misteri sikit, apa taknya, semasa berjalan balik dari kelas iaitu dalam pukul 6.30 petang, selepas singgah beli telor, saya mengatur langkah macam biasa. masa tu saya yakin saya berjalan menghala kehadapan, tapi yang terjadinya saya berjalan macam ketam, menghala kekanan, bila bahu saya terlangar dinding kedai baru saya sedar saya semacam hilang keseimbangan badan. Dan saya hampir-hampir terjatuh ditengah jalanraya selepas itu sewaktu melintas jalan.

Semenjak hari itu kesihataan saya betul2 terganggu. Saya selalu saja berasa nak tumbang dan badan tidak seimbang walaupun baru berjalan beberapa langkah diluar rumah. Walau bagaimana pun boleh juga saya menyiapkan 200 biji bahulu dalam masa dua hari, untuk memenuhi tempahan kak Ton yang nak kenduri kawin anaknya, sekarang dah bergelar Puan Idah PSU majlis Daerah Lipis.


Ini gambar raja sehari Idah dan Fendi, "Selamat Pengantin Baru," semuga berbahagia sehingga keakhir hayat, mereka sedang makan dimeja pengantin. Walaupun dalam keadaan yang masih sangat lemah dan tak berdaya saya masih lagi dapat menghadirkan diri untuk meraikan kenduri mereka. Cuma tak larat nak tolong mana yang patut.

Idah dan Fendi tengah potong kek.

Bergambar dengan pengantin dan akak yang sentiasa memberi semangat.

Ni anak bujang yang yang suka sangat bersilat di majlis orang kawin. Semuga jadi pesilat negara.
dan cucu yang tek boleh berenggang dengan neneknya.

Semuga berjumpa lagi,
Wassalam.

7 comments:

  1. Sallam,

    endiem dan Nizam,
    Yerlah, banyak sangat aktiviti,
    kurang rehat dan tidur,
    badan jadi penat sesangat.

    ReplyDelete
  2. salam..
    orang meniaga rupanya..
    molek la tu..berblog
    sampingan udah..utamakan
    mana yang utama..

    selamat kembali ke dunia
    blogging..dan selamat pengantin
    baru pada yang berkenaan..
    semoga Allah memberkati pernikahan
    mereka berdua..amin..

    ReplyDelete
  3. kak,saya janji nak g umah akak tak boleh lagi minggu ni,saya puasa direct seminggu...nantilah kak ada masa saya call lah...

    teruklah saya tak dapat jenguk akak,semoga akak sembuh segera ye...maaf banyak2 kak ye..

    ReplyDelete
  4. Orang yang cergas, memang tak kenal penat. Kalu dah biasa ke hulu hilir buat macam2 kerja, dan minat pula berniaga... memang susah nak tinggalkan minat wpun sakit.

    Semoga segera sembuh... Dan nanti kalu ada citer, update lagi ya Kak...

    Seronok tengok anak bujang bersilat macam tuh. Xtvt sihat. Anak bujang saya suka berkompang di majlis kahwin.

    ReplyDelete
  5. penat tu agaknya banyak buat baulu tu yg rasa nak tumbang, kena banyakkan berehat ya!

    ReplyDelete