Monday 12 September 2011

Gulai Masam Talapia

Assalamualaikum,

Salam Pagi Isnin, semuga hari ini lebih baik, lebih cemerlang dan lebih ceria dari semalam.
Kita masih dalam bulan Syawal lagi, sana sini masih sibuk buat rumah terbuka, kita pun apa lagi, perut sentiasa penuhlah mana taknya sehari kadang2 tu ada 3 rumah terbuka kena pergi. Tapi rumah saya sentiasa terbuka, tu pun kalau saya ada dirumah, kalau tak ada rumah saya semtiasa bertutup dan berkunci hehe.

Saya percaya juga dalam pada orang sibuk buat rumah terbuka sana sini, ramai dari kita yang dah selesai menunaikan ibadah puasa sunat Syawal. Yang ni termasuklah saya, Alhamdulillah saya raya puasa enam semalam. Semalam bukan main lagi saya beraya sakan dengan Cikgu Zaini, memula pergi rumah seorang rakan. Kata Cikgu Zaini jamuan dia mula dalam pukul 11.00 pagi hingga lepas zohor. Tepat pukul 11.00 kami pun keluar dari rumah saya untuk menikmati jamuan dirumah kawan tu. Saya yang taksub sangat nak beraya sebab dah enam hari berpuasa, tak ambil sarapan pagi tu, cuma minum jus mulberry segelas dengan sekeping roti pusat. Hajat memang nak makan sepuas2nya dirumah kawan tu, nak lepaskan gianlah setelah enam hari berpuasa.


Selingan, inilah rupa roti pusat, yang dibawa khas dari Sarikei.


Ok sambung cerita, sampai rumah kawan tu, kami tengok suasana rumahnya lengang saja. Dalam hati saya terus bertanya jadi ke dia ni buat rumah terbuka, seorang pun tak ada nampak kat rumah dia. Dalam pada itu kami teruskan juga kerumahnya dan bagi salam bila sampai dihadapan pintu. Dua kali bagi salam tuan rumah keluar dengan memakai apron dan senduk ditangan. Haha..." Laaa... mengapa datang awal sangat, jamuan keh lepas zohor, apa benda pun tak masak lagi ni, keh tengah masak kuah kari ni."kata tuan rumah macam terperanjat melihat kami datang........Bila kami masuk kedalam rumah bau kuah kari dia meruap menerjah hidung, membuatkan tali perut saya berkeroncong lagu sayu. ( haha...padan muka kami ) Silap masa rupanya..

Semalam saya terpaksa menebalkan muka mengaut sendiri kuah kari didalam periuk tuan rumah untuk dijamah sebab tuan rumah masih belum menyediakan mee dan peralatan yang lainnya, walaupun ada disediakan makanan lain biskut dan kerepak namun selera saya masih teringinkan kuah karinya. Nasib baik tu rumah kawan baik yang sering makan dan masak bersama, kalau tak malu juga weh, masuk kedapur orang, kaut sendiri makanan.




Dari rumah kawan tu, kami kesebuah lagi rumah rakan. Apa ke gila saya dengan cikgu Zaini, orang tengah nak masak kami pula datang bertandang. Tapi dah telefon dia kata nak datang terpaksa jugalah datang. Kali ni kami datang memang saja nak berziarah sebab dah lama tak jumpa, lagi pun tu aja masa yang kami ada, hari ni dah nak kerja dan pastinya masing2 akan sibuk selepas ini. Sempat juga dia menghidangkan kuih muih raya dia yang masih banyak lagi berbaki. Ada lemang yang dibelinya dari pekan sari. Saya apa lagi lemang tu memang favourate saya.


Destinasi kami seterusnya ilah keRaub, ni destinasi wajib sebab dah janji dengan kak Zah nak pergi rumah dia semalam. kat rumah kak Zah kami dihidangkan dengan mee hoon gireng. Sedapnya, saya makan sampai bertambah. Tak cukup makan saja, dibekalkan nya pula untuk saya bawak balik. Terima kasih kak Zah. Lain kali kami datang lagi hehe.

Hasrat nak duduk rumah kak Zah sekejap saja sebab nak pergi rumah seorang lagi rakan di Lembah Klau, tapi bila dah berjumpa, bersembang sampai pukul 5.30 petang. Masa untuk baliklah. terpaksalah melupakan hasrat untuk menziarah Selah diLembah Klau. lain kalilah kut.

Sampai Lipis dah nak maghrib, sebelum maghrib sempat lagi kami makan kuey tiaw tomyam kat alamanda. Kesimpulannya sehari suntuk semalam saya tak makan nasi, dan termasuk semalam genap seminggu saya gantung periok, belanga dan kuali. Cuma cerek saja yang berasap apabila saya bangun sahur.


Pagi tadi seawal selepas subuh perut saya dah berkeroncong. macam tau-tau aja hari ni dah tak berpuasa. Oleh kerana perut dah berkeroncong jugalah seawal selepas subuh jugalah saya menumbuk cil padi untuk dibuat gulai masam ikan talapia yang saya beli sabtu baru ni. Lepas tu masak nasi dan goreng sayur kubis panjang. Tak boleh tahan dah. Inilah yang dikatakan lapar nasik. Tak ada benda lain yang boleh menggantikan nasi pada ketika ini. Kecuali nasi dan gulai masam ikan talapia ini.


Sebelum pukul 7.30 pagi selesai sepinggan nasi dan sepotong ikan talapai, semangkuk kuah dan sepiring sayur kubis panjang. Baru lega rasa perut dan badan pun rasa cergas .

Semuga bertemu lagi .
Wassalam.

5 comments:

  1. Roti pusat tu mmg sebijim rupa pusat! heheh

    ReplyDelete
  2. ada juga pengalaman beraya 'tepat pada masa'

    sampai2, tuan rumah pun tak siap lagi :)

    ReplyDelete
  3. Salam... goner kerh kurang het gayanya tempoyok gulai deme tu :)

    ReplyDelete
  4. Sallam,

    Daddy Ziyyad,
    Tu lah sebab nama dia roti pusat. hehe.

    Aku Ibu Muda,
    Kalau bukan kawan sendiri tu dah tentu malu sesangat, tapi kawan oklah.

    AAP,
    Haha...En Yasin sorang yang sedar gulai tu kurang tempoyok. Tulah yang dikatakan buat gulai bego2 je.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ikan talipia gulai masam, makan ngan nasi panas mesti bertambah nasi.

    ReplyDelete