Monday 15 July 2013

Selamat Berpuasa Dan Bazar Ramadhan


Assalamualaikum,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa,
Semuga puasa kita diterima Allah beserta dengan
amalan-amalannya sekali.

Rasanya belum terlambat untuk kakmah 
mengucapkannya memandangkan puasa pun
baru sahaja 5 hari berlalu dan hari ini merupakan
hari keenam kita berpuasa.

Kakmah sibuk sikit bulan puasa ni
almaklumlah puasa tahun ni kakmah berniaga
di bazar ramadhan, meniaga nasi lemak.
Tapi bukanlah kakmah berniaga besar-besaran,
sekadar kecil-kecilan je.
Alhamdulillah, seronok juga meniaga
dibulan Ramadhan ni, 
walaupun pendapatan yang kakmah dapat 
tidaklah sebesar mana, tapi cukuplah 
untuk ada pendapatan yang berterusan
disepanjang bulan Ramadhan ini, 
buat belanja Hari Raya nanti.

Kepada yang sibuk didapur, kepada yang
tengah menjahit dan kepada yang
sedang membuat persiapan raya tu
kakmah ucapkan selamat menjalankan
tugas masing2, disamping jangan lupa
banyakkan amalan dibulan yang penuh
berkat ini, kepada yang ada kelapangan tu
jangan tinggalkan solat sunat Tarawih,
besar pahalanya jika kita lakukan disetiap
malam di bulan Ramadhan ini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

7 comments:

  1. Ya Allah, tambahkanlah rezek kak Mah di bulan Ramadan ini, ramaikanlah pembeli nasi lemaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum En Syam,

      Terima kasih berdoa untuk kakmah,
      Alhamdulillah, berkat doa semua,
      jualan kakmah sentiasa habis..
      Syukur kepada Allah yang memberi rezki..

      Delete
  2. Assalammualaikum kak mah,
    wah berniaga di pasar ramadan ye...tak sempat lagi nak kesana...sibuk juga saya di sini jaga anak 2 cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Ida,
      Sesaja kakmah niaga, sementara tak buat apa,
      baju pun tak ambik banyak taun nie,
      nak rehat2 sikit, jual pun kuih aja,
      tak buat banyak pun...
      niaga kecil-kecilan...

      Delete
  3. Follower ke : 343
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Terima kasih follow kakmah,
      nanti kakmah follow blog anda plak yee..

      Delete
  4. Hi Lipis Lady, how you doin'?
    Lama ta'jumpa. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.
    Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
    Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
    Teman mu dari Canada.
    Lee.

    ReplyDelete