Monday 6 April 2015

Mesyuarat Agung Mutiara Pulak

Assalamualaikum,

Awal2 tahun begini, kebanyakan persatuan dan pertubuhan
sibuk dengan mesyuarat agung. Tak ketinggalan juga pertubuhan 
yang kakmah anggotai, memandangkan kakmah duduk dalam
jawatankuasa, kakmah pun terlibat jugalah dengan Mesyuarat
agung ini, yang diadakan di Pekan Pahang.

Terlanjur kakmah upload gambar di Blog ini, untuk di transfer
ke blog khusus untuk pertubuhan ini, malas plak nak delete,
boleh gak jadikan entry blog ini.

Teruja gila menunggu kehadiran Perasmi, Timbalan Menteri 
Pembangunan Wanita Masyarakat.


Sesekali bertemu, bergambar tak habis, dimana-mana pun
boleh jadi port untuk bergambar.

Siap ada potong kek hari lahir lagi, bagi yang lahir pada
hari itulah, sapa yang tak lahir hari tu, tumpang makan
ajalah.

Dah pun sampai orang yang dinanti-nanti, bukan apa ini kes
nak meminta-mintalah ni. Al maklumlah pertubuhan ni pertubuhan
meminta, 

Potong, jangan tak potong kek tu, lepas tu makanlah,
jangan tengok aja yee..


Bertuah orang Lipis ni, hampir kesemuanya menang cabutan
bertuah. Alhamdulillah, lepas baju raya.


Bergambar lagi, kalau tak ada gambar tak ada bukti, hehe.


Majlis makan malam pulak. Sepatutnya ada persembahan 
dari setiap daerah, tapi dibatalkan oleh sebab yang tidak
dapat dielakan. Bawak je ke tahun depan persembahan tu.

Ni lagi gempar, posing dengan PM, bukan senang tau.
Bersusah payah kami meminta PM posing dengan kami,
sekejap je. Ni pada majlis persandingan anak perempuan
PM, dimana kami turut diundang. Alhamdulillah, lepas
makan tengahari.


Bergambar lagi, kali ni depan pelamin anak PM pula,
tak ramai ahli yang teringin, cuma yang ini ajalah, kaki
bergambar.

Haa..beginilah indahnya pelamin ini dicipta, tempat bersemayam
raja sehari. Tapi sayang tak sempat nak ambil gambar raja dan 
permaisuri, maklumlah kami bukan VVIP.

Intai orang makan dulu, sempat lagi posing tu.


Wan tengah makan kuih Kasidah. Tapi sayang tak
ada puding raja, ke dah habis tak taulah, kakmah
cari juga tapi tak jumpa.

Tempat makan tetamu kehormat dan VVIP.
Tangkap gambar jee..

Comel jee muka PM, gembira terima menantu
orang Kazakistan weh...

Dengan ini berakhirlah trip kami ke Pekan, ibu negeri
Pahang Darul Makmur.

Semuga jumpa lagi

Wassalam.

No comments:

Post a Comment