Assalamualaikum,
Buat rakan-rakan blogger Kak Mah, peminat-peminat blog LIPISLADY, Kak Mah ucapkan Sallam Hari Jumaat yang ceria. Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Alhamdulillah.
Gatal dah rasa tangan Kak Mah ini, setelah seminggu tak menguli tepung. Semalam tu rasa macam tak boleh tahan dah, terus Kak Mah selongkar dapur rumah anak Kak Mah, jumpalah alat-alat nak menguli. Sementelah pulak ramai sekarang ni dok tayang gambar kuih keria sira gula melaka. Bila dah ada bahan idea pun datanglah. Donat sira gula melaka, Chewahh...sedap tu...Uli punya uli dapatlah sebanyak 31 biji. Rasanya cukup dah untuk makan cucu-cucu Kak Mah yang 3 orang ni, termasuk Kak Mah dan Daddy. Tekaan meleset.
Ini Memei, cucu Kak Mah yang ketiga dari keluarga ini. Adik manja ni, bongsu sementara.Memei cuma makan 2, kata dia bagi tau Kak Mah bila tengok bekas donat atas meja dah kosong.Ah sudah. ada pulak orang komplen, buat banyak dah tapi ada juga yang dapat dua aja. Sedap punya pasal abang makan lebih sikit, terlupa nak tinggal kat adik dan mommy. Petang tu sekali lagi Kak Mah menguli, dapat pula 20 biji, sekali hadap yang tengah suam-suam kuku tu, Kosong pinggan.
Memang sedap Donat Sira Gula Melaka ni. Kali ini Kak Mah ubah sikit resipinya, tak pakai majrin lagi, setelah mendengar ceramah Dato' Prof. Dr. Muhaya, yang mengatakan majrin ni tidak berapa baik untuk kesihatan, walaupun dibuat dari kelapa sawit. Sebenarnya donat yang dibuat dari minyak lebih lembut dari yang dibuat menggunakan majrin, lembutnya boleh tahan lama sampai kepetang.
Alhamdulillah,
RESIPI
4 cawan tepung gandum
Setengah bungkus yiest muripan
Setengah cawan minyak masak
5 sudu makan gula putih
Satu setengah cawan air
Untuk sira
Dua ketul gula melaka ( Kalau yang panjang 4 in. tu seketul cukup)
5 sudu gula putih
setengah cawan air
secubit garam
Cara-cara
1. Didalam bekas, gaulkan tepung dengan gula dan yiest hingga rata.
2. Masukkan minyak, gaul lagi hingga rata hingga menjadimacam serbuk roti.
3. Masukkan air dan kacau dengan hujung jari hingga dapat kelembutan yang di kehendaki.
Jika rasa terlembik tambahkan tepung sebelum di uli.
Jika rasa terkeras tambahkan sedikit minyak.
4. Bila sudah dapat kelembutan yang di kehendaki, barulah gaulkan dan uli hingga betul-betul sebati dan licin.
5. Rehatkan selama satu jam hingga tepung naik sekali ganda.
6. Apabila tepung telah naik dan ringan bolehlah di bentuk.
7. Ambil doh sebesar bola pompong, bulatkan, dan tebuk lubang ditengahnya dengan jar.
8. Atur didalam dulang dan rehatkan laagi selama du puluh minit atau sehingga kembang sedikit.
9. Apabila kembang boleh digoreng dengan api sederhana.
10. Bila siap menggoreng, tuangkan minyak kedalam bekas lain, tinggalkan 3 atau 4 sudu makan.
11. Masukkan setengah cawan air kedalam kuali yang masih ada minyak tadi, masukkan gula melaka, gula putih dan secubit garam, biarkan gula melaka hancur, renihkan sehingga gula pekat. Hati-hati, api jangan terlalu kuat nanti gula menjadi hangus.
12. Apabila gula telah pekat, masukkan kesemua donat yang telah digoreng kedalam air gula tersebut,
perlahankan api, kacau supaya gula rata melekat pada semua donat. Matikan api dan kacau lagi hingga gula mengering dan menyaluti semua donat.
Nota : Kalau air gula tidak cukup pekat gula tidak akan mengeras dan kelihatan berair, tidak perlu di besarkan api, sebaliknya angkat dari api dan kacau hingga gula mengeras dan berderai.
Donat Sira Gula Melaka sedia dihidangkan.
Semuga jumpa lagi.
Wassalam.
Assalam kak mah. Lama xberblog..baru nk aktif skit ni. Lama juga xblk lipis ..sejak mak mentua tgl di KL
ReplyDeleteterima kasih singgah blog zino..
ReplyDelete