Monday 22 May 2017

Azam Tani

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

Hari ini entry Kak Mah gambar aja. 
Biarkan gambar berbicara.

Ini Program empat hari lepas, Jumaat 19-5-17.

Penyampaian barangan untuk peserta Azam Tani
Kak Mah salah seorang pesertanya. Alhamdulillah
Disamping penyampaian ada juga dibuat kursus.


Kat bawah ni kursus membuat Ais Krim.
Kalau nak makan ais krim buat aja sendiri, 
Bersih, selamat dan halal.
tak payah lagi beli dikedai, 


 Kat bawah ni pulak penyerahan sijil oleh YB Ahli Parlimen Lipis


Ni yang Kak Mah dapat. Projek Pemasaran dan perniagaan,
sebenarnya kak mah buat projek frozen food, kek dan biskut
dan jahitan pakaian wanita dan hiasan rumah, Alhamdulillah.

 Untuk bahagian pertanian ada juga dibuat taklimat dan kursus membuat 
plant booster atau baja organik sendiri. Inn Shaa Allah Kak Mah akan
cuba buat baja sendiri untuk kebun dalam pasu Kak Mah
lepas ni.

 Belajar masak pun ada. Ini buat lasagna roti.
Waw, sedap dan jimat cara membuatnya.

 Dah masak Lasagna Roti,
Makan jangan tak makan. Jamah aja tukang merasanya ramai.

 Ni mesen jahit dan mesen jahit tepi yang Kak Mah dapat terlebih
dahulu pada 12-4-17 yang. Hasilnya dah siap beberapa
pasang baju kurung. Alhamdulillah.

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat
mengusahakan sehingga kak Mah berjaya mendapat
semua ini secara percuma sahaja.

Bermula dengan JKM Lipis, En Aswad.
Pejabat Daerah Lipis En Hafizuddin,
Kedua-dua pegawai ni sanggup datang kerumah
semasa kak Mah terlantar, hilang punca dan tidak sihat.

Pejabat Pertanian Lipis Mr. Pang
dan Puan Siti, yang berusaha dan banyak membantu.
Pejabat Pertanian Negeri juga.

Alhamdulillah, terharu Kak Mah.

Jumpa Lagi
Wassalam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sebenarnya anda juga, sahabat, rakan blogger dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan barangan-barangan seperti ini, malah gran pelancaran juga di beri percima sahaja jika rakan dan sahabat ada projek yang sempurna, banyak saluran=saluran yang menyediakan modal dan peralatan seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Semoga menjadi usahawan yang berjaya.

    ReplyDelete