Tuesday, 24 September 2019

Pengunjung ke 500,000

Assalamualaikum

Sallam ceria petang selasa. Semuga sahabat semua yang membaca blog ini berada 
didalam peliharaan Allah sentiasa.Alhamdulillah petang ni Kak Mah bersiaran lagi.




Alhamdulillah, ini tahun ke sepuluh Kak Mah berblog, Selama berblog tidak putus Kak Mah berharap blog ini akan menjadi kesukaan ramai satu hari nanti. Pada permulaan berblog, memang impian itu hampir menjadi kenyataan. Tapi biasalah kehidupan ini sentiasa ada turun naiknya. Lama juga Kak Mah tidak menghiraukan blog ini, namun satu ketika kak Mah sangat rindu nak berblog semula, berkomuniti dengan blogger-blogger yang pernah sama-sama berjuang untuk menaikkan blog masing-masing.

Bulan ini merupakan bulan kelahiran semula blog Lipislady ini, mood untuk menghantar posting sentiasa berkobar-kobar membuatkan kak Mah boleh menghantar posting setiap hari. Kebetulan pula sekarang ini Kak Mah banyak berehat akibat sakit yang menyerang kak Mah bulan lalu.

Bulan December ini genap 11 tahun usia blog Lipislady ini. Harap-harap ianya ada memberi sedikit manfaat kepada pembacanya. Yang paling mengembrakan Kak Mah, semalam blog kak Mah ini telah menerima kunjungan yang ke 500,000.Siapakah pengunjung bertuah itu, jika anda melihatnya sila bagi tau Kak Mah. Sewaktu Kak Mah mengambil gambar tadi dia telah meningkat kepada 500,011. Alhamdulillah kak Mah sangat gembira, dan sangat berbesar hati dan untuk itu Kak Mah ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada pengunjung-pengunjung blog ini kerana dengan adanya anda semualah blog ini telah mencatat lebih 500,000 pengunjung. Tanpa anda semua,  blog ini akan sunyi dan tak berseri.

Alhamdulillah, Kak Mah sentiasa gembira bila mengendalikan blog ini, walaupun kak Mah tidak mengenali semua pengunjung Kak Mah, tapi Kak Mah tahu mereka sering membuat kunjungan ulangan.  Kepada yang sering membuat kunjungan kak Mah suka sekiranya anda dapat meninggalkan jejak melalui ruangan komen, supaya kak Mah dapat membuat kunjungan balas sama ada ke blog anda atau facebook anda, bergantung pada link yang anda tinggalkan. Kepada yang tiada apa-apa Kak Mah juga gembira sekiranya anda dapat memperkenalkan diri anda diruangan komen juga.

Ok Lah sampai sini saja celoteh kak Mah pada petang ini, semuga kita berjumpa lagi di entry akan datang, salam hormat dari Kak Mah untuk pembaca semua. Kak Mah amat menghargai anda. TERIMA KASIH


Jumpa lagi
Wassalam.




7 comments:

  1. salam kenal kak mah.. alhamdulillah, dah 500k pageview.. semoga saya juga boleh jadi macam kak mah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kenal juga Pn. Hayati
      Inn shaa Allah puan juga akan dapat ramai pengunjung.

      Delete
  2. wah kak mah !!!!!!! tahniah untuk 500,000 pv !! semoga terus sukses dengan penulisan yang berkualiti.. salam kenal dari saya.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, terima kasih Atie
      Sallam kenal juga,
      Puas Kak Mah berjuang sebenarnya,
      Kadang tenggelam timbul
      Ini dah tak banyak aktiviti
      bolehlah full time berblog...
      Alhamdulillah.
      Semuga Atie juga success

      Delete