Wednesday 13 November 2019

Kak Mah Masak Tomato Ketchup


Assalamualaikum

Alhamdulillah lega, Janji dengan anak jemput emak lepas isha. Lepas maghrib baru masuk kedapur
bererti Kak Mah ada masa lebih kurang satu jam sahaja untuk menyiapkan Sos Tomato Kak Mah ni.
Kentung kentang, kentung kentang kat dapur akhirnya siap juga tomato sos Kak Mah ni.


Ni hah,
Makan dengan kentang goreng home made, emm sedapnya


Kak Mah guna lima biji tomato aja
Kira testinglah ni.
Cuci-cuci tomato tu dulu...



Potonglah macam ini, tu kat atas.



Tuang air panas yang mengelegak tu.
Bagi dia lembut senang sikit nak kupas kulit dia.
Tutuplah sekejap, sepuluh minit gitu.


Dah siap kupas, potong potong
Jadi macam kat atas tuuu...



Masukkan dalam periuk,
masukkan seketul gula batu
masukkan setengah sudu teh garam
masukkan dua sudu makan cuka makan
Masukkan satu cawan air
Ni untuk lima biji tomato,
Kalau buat banyak tambah
bahannya.


Tutup periuk, 
masaklah dengan api yang slow 
sehingga tomato empuk
dan air agak kering.


Angkat dari dapur, 
sejukkan lima minit gitu
Lepas tu blend dengan airnya sekali
Dan tapis buang hampasnya.


Masak semula dalam periuk
api slow juga
sehingga kuah tomato pekat



Jangan terlalu pekat
Nanti kalau dah sejuk dia akan pekat sendiri.
Macam kat atas tuuu...



Kalau nak makan kentang goreng 
Buat sendiri ajalah.
Makanan sihat gitu.

Kupas kentang
Berapa biji ikut suka lah
Nak makan banyak 
Kupaslah banyak

Tapi Kak Mah nasihatkan
buatlah banyak
Sos ni memang sedap
Kalau kentangnya sikit
Nanti tak cukup
Kena buat lagi
Kan menganggu.
Mood nak makan.


Dah kupas kentang, dah potong
dan bersihkan
Gaul dengan garam sikit.


Dan gorenglah hingga masak dan garing
Kentang goreng buat sendiri ni
taklah segaring mana
cepat je dia lembut
Tapi inilah yang terbaik
untuk keluarga kita.
Tanpa bahan yang boleh mernganggu kesihatan kita.


Alhamdulillah,
Siap tomato sos buatan sendiri
dan kentang goreng
juga buatan sendiri.

JOM MAKAN


Semuga bermanafaat buat kita semua.

Selamat mencuba.

Wassalam.


9 comments:

  1. menarik jugak ni kak, mudah nampaknya cuma nk kene cari gula batu tu lah nanti, kalau dana suka pedas tambah cili api ok tak yek kak? boh cili api sikit

    ReplyDelete
  2. Pn. Dana
    Boleh belaka, nak tambah cili pun, kita yang buat dia,
    Nak masam sikit tambah cuka, kak mah tak suka masam
    dua sudu tu cukup, kepada yang suka masam empat atau lima sudu cuka lagi baik

    ReplyDelete
  3. Sedap homemade sos dan kentang goreng. Boleh buat ikut taste sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, ikut selera kita dan tanpa bahan awet yang boleh memudaratkan kita jangka panjangnya...

      Delete
  4. Replies
    1. Biasa dah Wak,
      Nak makan baru buat,
      Tak adalah simpan lama sangat.

      Delete
  5. OH mudah je nak buat rupanya, dodot saya memang suka betul sos tomato. Boleh lah nanti nak try. Terima kasih kak mak. Boleh juga ikut resepi ni untuk sos nasi ayam... cuma tambah cili padi nak bagi pedas sikit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semuanya,
      Kak Mah buat ni asas dia aja, kita boleh buat ikut suka selera kita, menggunakan asas ini...

      Delete
  6. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete