Tuesday 25 May 2021

Rezki, Gulai Lemak Ayam Kampung, Sedap Dan Lembut

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah petang ini dapat lagi kita bertemu. Apa khabar semua rakan Blogger Kak Mah, dan pengunjung-pengunjung setia Blog Kak Mah ini. Semuga semuanya sihat dan dijauhkan dari segala kesulitan dan jangkitan wabak yang sedang melanda negara Malaysia kita yang tercinta ini. 

Petang ini Alhamdulillah Kak Mah nak kongsi lauk yang kak Mah dah buat beberapa hari yang lepas. Hehe, gulai lemak kuning Ayam kampung, yang di jual oleh kawan Kak Mah, selepas Hari Raya Lepas. Alhandulillah, Kak Mah memang teringin sangat nak makan Ayam Kampung ini.

 

Inilah gambar yang dapat Kak Mah ambil sebelum memakannya, Alhamdulillah. Sedap.


Ini je bahan-bahan yang diperlukan

1 ekor ayam kampung
1setengah liter santan
3 batang serai
10 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang kecil
Setengah inci halia
1 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
3 batang serai
2 keping asam gelugur


Mudah je nak buatnya,

Tumbuk semua bahan, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia. Serai tu titik aja hingga pecah-pecah. Kmudian masukkan lah ayam kedalam periuk dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga santan dan asam gelugur tadi. Masaklah hingga masak dan empuk



Ok masak dah.

Semuga jumpa lagi
Wassalam,.



10 comments:

  1. Ayam kampung masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer WP, memang sedap,lain sangat rasanya dari ayam bandar kan.

      Delete
  2. Senang betul kak dan pastinya sedap...lagila ayam kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dik, memang sedap, ayam dara pulak tu, tulangnya lembut lagi, boleh mamah, masak pun campak campak je,,hehe

      Delete
  3. Terimakasih sudi berkunjung ke blog saya yg tak seberapa...eh jgn la panggil adik..dh 50 dh umur,dh ada sorg cucu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Kita bersahabat, Saya ni pun kadang kadang tu tak berkesempatan sangat juga nak berkunjung ni, tapi bila ada kesempatan In Shaa Allah, berkunjung juga.

      Delete
  4. Sedapnya ayam masak lemak cili api. masak pulak tu dalam periuk special tu, bertambah sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kalau masak dalam periuk tanah @ belanga tu,

      Delete
  5. Kat rumah mak ada beberapa ekor ayam kampung dalam reban. Memang Pelihara. Sekali sekala nak makan ayam kampung, pergi sembelih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waww, kalau ada bela ayam kampung ni memang best, telor ayam kampung pun lebih sedap dari telor ayam bandar hehe

      Delete