Monday 28 June 2021

Jom Kita Melancung

Assalamualaikum

Semua sahabat Blogger Kak Mah sahabat sahabat peminat Blog Kak Mah, selamat menjalani kehidupan dengan Norma Baru. Alhamdulillah hari ini kita berjumpa lagi setelah sekian lama. 

Kak Mah ni bukan apa, bila duduk rumah ni teringat pulak nak pergi jalan-jalan, tapi kerana PKP ni kita mengenang kembali ajalah perjalanan yang telah lalu. Ni Kak Mah nak kongsi trip Kak Mah yang lalu. Trip ke Cameron Highland,ni pun dalam PKP juga bulan November yang lalu.


Ini gambar masa masuk Cameron Lavender, ada juga tanam strowbery ni. Emm kalau tengok yang masak terliurnya. Akhirnya anak belikan aja strowbery yang salut coklat, jadilah. Lupa pulak nak ambil gambar.


Ni saja-saja bergambar depan Taman Binatang, boleh bagi makan binatang disini.


Masuk pulak Taman Kaktus, adoi besarnya, rasa nak angkut bawak balik hehe. Beli yang kecil ajalah senang nak bawak.


Kat belakang Kak Mah tu banyak yang kecil. Bolehlah beli sikit-sikit buat kenangan.Cantik sangat, tak puas mata memandang.


Waaaa, Antik you, kereta zaman P Ramlee...


Inilah yang paling di minati, Cameron Lavender ni, nak masuk kena beratur, beli tiket, tak tanya pulak anak berapa harga tiketnya, rasanya dalam RM15 seorang. Tapi puas harilah masuk sini cuma bukit tinggi sangat, kalau ada penyakit semput, haha sukar sikitlah.


Time Tunnel ni pun berada di Cameron Lavener, nunnn diatas bukit. Kenalah mendaki sikit.


Ini pulak makan-makan di Taman Apple Camerin TAC, makan Steam Boat, sedap makanan disini
bayar sekali makanlah sepuas hati, Alhamdulillah. Kak Mah mpergi ramai ni sebenarnya, satu kumpulan tardiri dari beberapa keluarga, tapi semuamanak beranaklah, hehe untuk hilangkan stress, kami sewa homestay sebuah duduklah reramai. Seronok rasanya kalau dapat macam ini lagi sekarang ni. Tapi apakan daya, reda ajalah diatas ujian Allah ini. Stay Safe, Stay A Home.



Ini pun di Cameron Lavender, banyak bunga bunga yang cantik cantik. Tulah geram rasanya nak hangkut semua jenis. Tapi apakan daya kan. Tak muat kereta nanti dibuatnya. Sabar ajalah. 


Cantik pulak bergambar kat sini. Ini kat Animal Feeding Rainbow Garden,dalam tu memang ada tempat special untuk bergambar. Alhamdulillah.


Ini kat ladang BOH TEA, 

Belakang Kak Mah tu tempat minum minum dalam ladang BOH TEA. Sedapnya minum teh disini, makan kuih SCONE, special sungguh. Kalau ada peluang ke Cameron lagi, ini tempat yang mesti dikunjungi.

Bergambar jugalah sekejap.

Emmm enak dan lazatnya minum BOH TEA.


Alhamdulillah, Banyak lagi sebenarnya tempat yang dikunjungi, namun cukuplah dulu setakat ini perkongsian Kak Mah. Nanti Kak Mah akan kongsikan lagi In Shaa Allah.

Terima kasih semua kepada yang membaca bloh Kak Mah sampai kesini. Ansa terbaik
Semuga kita jumpa lagi, sallam sejahtera semua.

Wassalam/ 

 

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. jalan2 d alam maya saja la kan.. semoga keadaan cepat pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh lagi kita berjalan kan, walaupun hanya dialam maya...

      Delete
  3. Lama juga tak pergi Cameron Highlands..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah satu hari nantiboleh juga kita kesana

      Delete
  4. Apa la kisah di CH sekarang ye kak bila takde orang datang melawat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm, Entah laa Dana, tak dapat nak bayangkan lengangnya tempat tempat yang biasa di lawati.
      Tapi sebenarnya ada juga orang ynag lepas kesana, tak taulah macam mana dia orang merentas.

      Delete