Wednesday 6 July 2022

Resipi Terung Kukus

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Sahabat Blogger Kak Mah, Sahabat pengunjung setia Blog Lipislady, selamat bertemu lagi hari ini. Kak Mah doakan semuga semua sahabat sihat dan ceria di hari yang mulia bulan Dzulhijjah ini.

Hari ini Kak Mah nak share resipi Terung Kukus yang Kak Mah buat minggu lepas. Sedap mesakan ini, lebih sedap dari terung goreng lagi. Nak memasaknya pun mudah aja,

Belanja Gambar dulu

Ok, Kak Mah bagi resipi je terus yer.

Bahan Yang diperlukan.

1.  2 biji terung panjang, basuh bersih-bersih, buang tangkainya dan potong macam manalah yang kita suka. Bila dah siap potong gaulkan dengan 1 sudu teh garam dan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kedalam kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.


Ini Kak Mah gunakan sebuji terung panjang, sebiji terung bulat. Bezanya terung panjang bila kena kukus warna dia tak berubah, tapi terung bulat ni berubah menjadi coklat. Itulah sebabnya Kak Mah syorkan gunakan terung panjang sahaja, lagi baik.

Sementara menunggu terung yang dikukus masak, boleh buat sosnya. Sediakan dulu bahan untuk buat sosnya, lepas itu boleh terus dicampurkan bahannya.

Ini Bahan untuk buat sos.

1. Setengah cawan kicap cair, kalau suka boleh tambah 1 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap ikan dan 1 sudu makan minyak bijan, kalau tak suka tak perlu tambah.

2. 4 batang daun bawang potong halus

3. 4 hingga 6 ulas cili padi, bergantung pada kepedasan individu.

4. 1 ulas bawang putih potong halus

5. Kalau suka masam perah satu sudu teh jus lemon

6. Biji bawang dibawah daun bawang tadi belah 6, kalau suka, kalau tak suka tak payah ambil.

Masukkan semua bahan yang di potong tadi kedalam kicap.

Inilah rupa terung yang dah siap dikukus, cantik dan nampak sedap.


Bila terung dah masak dan dah disusun kedalam mangkuk, bolehlah masukkan kuah kicap tadi kedalam terung, masukkan kesemuanya.

Lepas tu panaskan sedikit minyak didalam kuali, tuangkan keatas terung tadi, Alhamdulillah, siap dan boleh di makan. Kak Mah tak makan dengan nasi, Kak Mah meratah saja, memang sedap sebab terung tu tak bercampur sangat dengan kuah dan bahan lainnya, rasa bahan nya diluar saja, didalamnya manis dan masih rasa terung asli lagi.

Alhamdulillah terima kasih kepada sahabat yang telah membaca sampai sini, semuga kita berjumpa lagi di post yang akan datang, In Shaa Allah

Wassallam Semua.

7 comments:

  1. In Shaa Allah WP, memang sedap, try lah buat, hehe

    ReplyDelete
  2. Terasa sihatnya kak mah. nnt i nak cuba lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Its really delicious Dik Azian hahaha, Its only for me lah, untuk orang lain tak taulah, lidah kita lain lain, hahaha

      Delete
    2. yg penting ada sihat nya tu. steam tu mmg dah tentu2 sihat.

      Delete
  3. Nampak sedap la kak Mah...nanti boleh cuba buat versi Kak Mah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah adinda SA, Kak Mah suka makannya, tapi SA kena rasa sendiri baru tahu, hehehe

      Delete