Assalamualaikum.
Seorang sahabat yang baru pulang dari Korea becerita, di Korea tak ada "Night Life". Kehidupan malam di Korea begitu sunyi. Bila di tanya mengapa, dia jawab rata-rata orang korea tidur tidak lewat dari pukul 9.30 malam. Mengapa mereka tidur begitu awal? Jawapannya ialah untuk membolehkan mereka bangun seawal pukul 4.00 pagi.
Korea merupakan negara teknologi yang kedua selepas Jepun dan mereka sedang berusaha untuk menandingi Jepun. Untuk itu mereka terpaksa bekerja kuat dan untuk itu juga mereka bangun pukul 4.00 pagi, dan memulakan kerja seawal pukul 6.00 pagi. Setiap pejabat ada sesi bersenam yang bermula pukul 5.30 pagi sebelum memulakan kerja.
Bila diajukan soalan lagi mengapa mereka berusaha begitu keras sedangkan mereka telah terlalu maju dalam teknologi, jawab mereka, " mereka tak ada apa-apa, cuma usaha yang berlipat ganda akan membantu mereka mencapai kejayaan.
Moralnya :
1. Orang yang bukan beragama Islam pun boleh bangun pukul 4.00 pagi, semata2 untuk mengejar kemajuan, tapi kita yang ada tanggungjawab untuk bersolat Subuh pun kadang2 bangun pukul 7.00 pagi , apalagi kalau hari Minggu.
2. Tidur awal dan bangun awal boleh mencergaskan otak, menyihatkan badan dan mengawal penyakit terutamanya darah tinggi.
3. Sikap merendah diri dan mengaku kekurangan membuatkan mereka berjaya membangunkan negara mereka yang dulu mundur.
4. Semuga kita juga akan mempraktikkan apa yang dilakukan oleh orang korea, mula2 untuk diri kita, lepas tu untuk rumahtangga kita seterusnya untuk negara.
p/s. Kepada hok yang rajin nget mengetea tu kurang2 ke laa... duit hok sepatut mengetea tu campok kedalam tabong, masa hok mengetea tu gunakan untok buat menda lain yang mendatangkan hasil...bela ayam kampong kee, ayam bando kee...
Huh...motivated bete keh lepas mengikuti kelas motibasi nih sabtu lepas.....
Sekian wassalam.
Satu masa yang tak terlalu lama dulu, matawang dan KDNK kita ngan Korea hampir sama. Sekarang ni kita jauh dah ketinggalan...
ReplyDeleteKenapa ek?
BAk kata Nabil, Lu pikir la sendiri....
Thanx 4 the motivation.
maklumat berguna ni
ReplyDeleterasanya, teknologi kereta di korea lambat pada proton., tapi sekarang ternyata kereta korea jauh lebih maju.
ReplyDeleteKITA..
ReplyDeletelagi cepat maju..lagi tinggi korapsinya..
Inilah yg keparatnya..
Lihatlah sudah berapa tahun Proton hidup dalam market Malaysia..
Hasilnya sejauh mana?
Selagi tak ubah sikap pemimpin dan rakyat mehran..PAYAH lah nak jadi spt KOREA..bukan tak boleh tapi kalau lagu gaya yg dok ada la ni..hangus lah..
Kita kala nak ikut cara bangsa lain payah..kenapa dan mengapa sendiri jawab....kita jangan gi jauh2 tengok bangsa cina kat negara kita sudah macam mana geng tu kala gi motong getah pukul 3.00 pagi org melayu kita kul berapa? pukul 9.00 pagi baru gi ...makne 6 jam dah lari masa...jadi 6 jam juga macam2 bender boleh jadi....
ReplyDeletesalam satu malaysia...
ReplyDeletesatu motivasi..
yang..
ringkas..
padat..
bernas..
segala usaha rakyat korea itu..
berusaha menjadi negara maju..
dan membina bangsa yang bermaruah..
kita.. rakyat malaysia...
terutama orang melayu..
mesti berusaha kearah itu..
Abeli teringat satu lagu abeli nyanyikan masa buat show kat kuala lipis.. di ekspo..pada bulan 11.. baru-baru ni..
DIKIR MOTIVASI
Abeli nyanyi lagu ber dikir..
sebagai ceramah motivasi...
tuan puan kena pikir..
terutama yang ada sini...
sekarang zaman dunia moden...
zaman sains teknologi...
semua bangsa pakat bertanding..
nak mengangkat harga diri
keperluan alaf baru..
semakin hari semakin canggih..
bukan setakat perlu tahu
baca quraan baca hadis..
bidang lain juga perlu..
matematik dan inggeris...
semua bidang kita maju..
jadi rakyat serba boleh...
kehidupan sudah bertukar..
gaya hidup banyak beralih...
sakit deman pergi hospital..
orang tak bomoh dah dengan sireh..
talipon nampak gambar..
boleh bercakap.. hantar massage..
kalau kita tak nak belajar..
bangsa kita orang tindih...
** ADA 3 RANGKAP LAGI..
8 lagu ni pernah mendapat pujian dari menteri besar pahang..
Lipislady,
ReplyDeleteNak komen sikit. Orang Korea cam kita jugak. Still ada night life. Dan night life diorang lagi hebat. Kalau kita pergi ke area Pyongtaek yang jauhnya 2 jam dari Seoul pun sama jugak. Night life sangat hebat dengan hiburan.
Mengatakan org Korea tido awal tu mgkin agak kurang tepat sebab diorang ni suka berhibur bila lepas keje. Keje kat sana agak penuh dengan tekanan dan salah satu cara nak lepaskan tekanan tu dengan cara hiburan malam. Ni pengalaman saya lah sewaktu bekerja bersama diorang disana selama 6 bulan.
Lain bangsa lain lajunya..lain kuasanya dan lain juga seleranya..kerana bangsa menunjukkan jiwa..eh2..bahasa jiwa bangsa..
ReplyDeleteKeh teringat masa kecik-kecik dulu..Cina dari tanjung lepeh motong getoh di K.Lano, pkl 4 pagi dh sampai ke kebun, org kita sedak meretoh lg..
ReplyDeletekalo le sini pun camtu.. tapi tgk le.. negara islam tapi penuh kelam
ReplyDeleteSalam. Rasullah memang pesan suruh umatnya tidur awal dan bangun awal/ pagi utk bersolat.
ReplyDeleteorg gitu sebenarnya tak reti memanfaatkan hidup....kalau asyik keje je, takmboh habis...adakalanya nok juga berhibur beloh malam...sebab siang mana ande masa...
ReplyDeleteTu kate org kaki lepak malam2...hehehe
koi suka tgk drama2 korea je!!
ReplyDeletetakkan takde yg kena insomnia pun...huhu agoknye org korea ni setan buat taktau je kala nak bandingkan org islam...
ReplyDeleteterase relevan bile aok sebut pasal ngeteh...dia sensitif bab2 ngeteh nie hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kepada rodong2 pengomen yang setia bersama lipislady dalam apa keadaan sekali pun, tanpa anda siapalah lipislady...
Untok en Idi, kena Postmortem bukan aja fikir, terima kasih Daun Bidara sudi komen, en endiem cuba rujuk komen en lana Bulu, itulah diantara sebabnya, terima kasih en lana Bulu.
Kena ubahlah en Yassin, kala bangsa lain buleh mesti kita buleh, hendak seribu daya, Fuhh Abeli siap bagi senikata lagu berdikir lagi, terima kasih abeli.
Terima kasih echam, pengalaman yang berbeza dengan kawan keh tu, orang kata kala tak tengok dengan mata kepala sendiri kita tak tau kebenarannya, Weh en relevan kala aok terasa keh mintok maap yee, berani kerana beno...hehehe
Yeelah cikgu lano, deme tu naik besikal aja, ada tu jalan kaki langsung, tapi seme tu hidup lebih senang dari orang kampong kite..Maiyah negara islam yang kelam dan serabut.
Kak Marina Monroe, terima kasih, solat malam dan solat subuh..Cikgu Jang, berhibur tu tetap ada, munkin berkala lah..Cikgu hai, keh langsung tak ada masa nok nengok drama..
Deme tu nikmatnya atas dunia aja en Mazru...
En Fadh, keh dah mintok maap dengan en relevan...tapi keh cakap ke dia berani kerana beno...