Assalamualaikum.
Malam tadi keh pegi klinik swasta untuk jumpa doktor, nok mintak ubat, bukan mintak sebenarnya, tapi beli ubat untuk penyakit keh yang tak berapa kronik nih. pertama kali dalam masa hampir 2 tahun keh pergi ke klinik swasta. Biasanya kalau keh sakit keh pegi sepital aja, jimat duit, bayar seringgit dapatlah sekelomping ( sejabir ) ubat. tapi malam tadi keh bayo 30 ringgit keh dapat dua kampit kecik ubat aja, macam rasa tak cukup aja. Apa buleh buat kat situ aja yang ada jual ubat yang sesuai dengan sakit keh yang tak berapa kronik nih.
Sampai kat kaunter keh bagi tau ke adik misi tuh keh nok berjumpa dengan doktor. Dia terus hulur kertas kecik. " Tulis nama sinih" katanya. Keh tanya dia tak nak kad pengenalan kee, sambil tuh tulislah juga nama keh dalam kertas kecik tuh. " Kalau ada kad pengenalan baklah sinih " katanya. Dia ingat keh pendatang tanpa izin agaknya.
Keh berenti menulis, ambil kad pengenalan dari dalam par, bagi kat dia. Huh...cepat betul adik misi tuh sambar kad pengenalan keh dengan muka yang sedikit masam. Lepas tu dia terus hayun tubuhnya menuju ke almari tempat simpan kad.
" Ramai pulak orang malam nih, menyampah betul, orang nak balik cepat." OOppsss..."kesian ke adik misi tu, tapi nok kerja, tapi lorat ke rumoh pulok" kata keh dalam hati.
Moralnya:-
............
Sekian wassalam.
Cakap ke dia, kalo takmo keje berenti jelah. Ramai lagi org kat Lepih tu nak keje... Koi paling menyampoh bila budak duduk kat kaunter perangai gitu. Silap gaya angain koi tgh tak baik mmg kena maki.
ReplyDeleteAda baik aok terus aje beli ubat kat kaunter teeh..pada nunggu gitu dan kena bebel dik doktor hamun juge....ada sorang tuan doktor kat sinie suka het membebel kala berasa nok loye jgn tebing jumpa dia hehehee....
ReplyDeleteBudi bahasaaaa.. amalan kita.... aaa..., kata Datuk Siti Nurhaliza
ReplyDeletengape awok taok snap gambo adik tu....gone ke rupenya .....bagus sgt ke orgnya.....hehhee
ReplyDeletecomel pulak budak yg duduk terkangkang tu... anak cucu sape la tu agaknye... hehhee
ReplyDeletegitu gayenye.. soh benti koje aje la!
ReplyDeleteKalau dah gitu kelakunya alamat kena pecatlah nanti tu bila klien komplen ke doktor. Kena ingat tu.
ReplyDeletekiranya awak sabar amat sangat. kalau kawan ... tak tahulah nak buat macam mana ?
ReplyDeleteSemoga kita tak termasuk dalam kategori dia..
ReplyDeleteanggap jer tuh..cobaaannnn
ReplyDeleteKlinik mane ter.Nok masuk senarei tak payoh pegi.
ReplyDeleteNanti aok kirim salam kat adik misi tu yak..pas tu aok tanya dia dah kawen ke belum?..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete* Echam, saya pun rasa nak cakap macam tu juga malam tu, tapi kenalah bersabar. Tak untung pun kalau keh maki dia..
* Keh lama tak jumpa dr tu en yassin, nok juga jumpa..hehehe...dekat 2 taun tak jumpa dia...
* Betul tu en Idi, dimana2 saja budi bahasalah yang kita sanjung..
* bagus het weh cikgu jang rupa dia, tapi bila dah perangai macam tu, satu habuk pun tak nampok bagus...
* jah kecomelannya bak kata pepatah, like granny like granddaughter..hehehe...
* Yeelah kaak cik, kita yang menerima perkhidmatan dia rasa serba salah...sedangkan kita tak buat apa2 kesalahan apa2 pun..