Assalamualaikum.
Pagi semalam sewaktu keh sedang menyiapkan kerja tidak rasmi, keh dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan keluarga yang berpupu dengan keh. Lonik yang kebetulan berada ditempat kejadian sebaik sahaja kemalangan berlaku, dengan nada sebak memberitahu, Pak Tam dah tak ada. " Innalillahi wainna ilaihirajion " Pak Tam meninggal ditempat kejadian dalam umur hampir 80 tahun. Keh dalam sebak dan terkejut berkejar memberitahu waris terdekat Pak Itam dan kami sampai di Hospital sebaik saja kereta polis yang membawa jenazah tiba. Sempatlah keh menatap wajah Pak Itam yang cedera teruk di kebanyakan bahgian tubuhnya terutama bahagian kepala.
Petang semalam, ketika azan maghrib hampir bergema, keh dikejutkan lagi dengan berita kematian anak kawan karib keh yang berumur baru 28 tahun akibat sakit jantung dan buah pnggang yang gagal berfungsi. Beliau meninggalkan 4 orang anak2 yang masih kecil. Keh diselubungi rasa sebak yang sangat mendalam dengan berita ini memikirkan anak2 nya yang telah hilang tempat bergantung. Pagi tadi seawal pukul 7.45pagi keh dah berada di rumah keluarga arwah Lin yang sedang membuat persiapan untuk pengkebumian.
Sehingga saat keh menulis entry ini rasa sebak masih begitu kuat menyelubungi perasaan keh, bukan kerana tak reda dengan pemergian mereka berdua, tetapi sebak memikirkan setiap detik yang berlalu, masa untuk keh pergi juga semakin hampir. Sebak juga memikirkan persiapan untuk pergi, yang mampu keh lakukan entah terlalu sedikit, entah diterima atau tidak oleh Allah SWT. Sebak dan gembira juga memikirkan betapa kematian mereka berdua kalau di lihat dari keadaan zahirnya mereka layak mendapat Syahid Kecil
Keh pun berdoa kepada Mu Ya Allah matikanlah keh dalam keadaan Syahid, kalau tidak Besar, Kecil pun memadailah. AMIN...
setiap detik yang berlalu bermakna semakin hampir langkah kita ke sana...
ReplyDeleteSesungguhnya drp Allah kita dtg kepadanya jua tempat kita di kembalikan. Sesungguhnya jua setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian, bertapa hidup didunia yang disebut sekadar pinjam-pijaman ini segalanya milik Allah.
ReplyDeleteMaka sibukanlah diri kita utk bekalan yang akan dibawa, jangan mencari bekalan yang akan kita tinggalkan.
Al fatihah juga drp saya.
Kematian adalah sebuah perjalanan untuk menuju kepada kehidupan yang kekal abadi..
ReplyDeletebaby arwah lin yg kecik tu kalau xde org boleh jaga, komeh bole jagakan sebagai anak angkat... kesian budak2 tu
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete* Kakcik betul tu, kematian demi kematian memberi iktibar kepada kita bahawa saat kita juga semakin hampir.
* InsyaAllah en yassin sempena Tahun Hijrah yang baru bermula, dan sempena tahun masihi yang juga baru bermula, sedang molek sangat memulakannya segala usaha untuk mencari bekalan kesana.
* En relevan, satu perjalanan yang amat panjang yang memerlukan bekalan yang bukan sediki...
* Jah kalau rasa nak berbakti pada seorang kawan, mintaklah pada abang awi tuh, bagi tak bagi tak taulah...
semoga rohnya di cucuri rahmat dan smoga Allah memberi pelindungan pd kita
ReplyDeleteYang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan kita sendiri..
ReplyDeletetabah dan redha menghadapi segala nya.
Takziah..Moga rohnya ditempatkan bersama dgn org yg beriman..Insyallah.. Giliran kita tak tau bila plak..
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh blog ini - ceriakan kawan-kawan melalui entri-entri menarik juga sebahagian dari cara untuk mendapat pahala. Keikhlasan juga dapat dibaca dari entri-entri disini. Teruskan!! Insyaallah akan mendapat ganjaran baik
ReplyDeletekalau ajal dah sampai...duduk mana pun tetap mati...tapi sekurang2nya kita ingat kat mati dan kita mencuba supaya mati kita dalam beriman..
ReplyDeletesaya juga turut mengaminkan doa awak.
ReplyDeleteAssalamualikum,
ReplyDelete* Maiyah, Amin...
* Cikgu hani, insyaAllah...
* Cikgu Lano, untuk giliran kita, bersedia ajalah...
* Hamidah MJ, terima kasih singgah, terima kasih atas sokongan...saya dah lawat blog aok...
* Cikgu jang, Bukan sekadar ingat, kena membuat persiapan dan bekalan secukupnya..
* Terima kasih, Al-Lav..
Innalillahi...
ReplyDeleteAl-Fatihah.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih en Idi..
salamualaikum,
ReplyDeletepak tam tu yang accident kat simpang kg lalang ke?