Assalamualaikum,
Tengahari semalam Emin bagi tau malam ni Pak nak belanja makan secara besar-besaran. 'Nama mok ada dalam senarai ke', keh tanya emin, manalah tau kot2 keh dah terkeluar dalam senarai, maklumlah masa dah terlalu lama berlalu. ' Ada, jangan bimbang '. Kata Emin. sedak rasa hati, maklumlah dah lama kami tak mengadakan family gathering, makan-makan. Lebih-lebih lagi semalam semua anggota keluarga keh yang ada cuma beberapa orang tu semua nya ada balik. Last kami berkumpul bersama 3 bulan yang lepas, tu pun Lonik tak ada, tak dapat balik sebab tak ada cuti. Lagipun keh sendiri dalan keadaan tak sihat.
Keh bak makan-makan nih tak pernah tolak sebenarnya, apala lagi kalau apak budak2 yang undang. Keh buat muka tak malu aja turut serta walaupun ada mata-mata yang pelik memandang. Malam tadi komeh betul2 makan besar, macam-macam menu ada tapi malaslah nak snap takut nanti ada pulak orang yang jelous. Pendek kata malam tadi komeh semua melantoklah sampai kekenyangan memasing. Terima kasih Pak kerana belanja komeh makan.
Lepas makan komeh satu family begambo ramai-ramai depan pintu gerbang nok masuk ke lobby Rest House bukit Residen. Situlah tempat komeh makan semalam. makanan boleh tahan sedak, sesuai untuk makan sekeluarga. Kebetulan semalam cuti, ramai yang datang bawak keluarga makan kat situ sampai tukang masak tak menang tangan. Ramai yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan. Nasiblah kami dah tempah awal-awal. Sesampai aja kami makanan dah sedia terhidang. Kesian, ada yang menunggu sampai sejam pun belum dapat makanan mereka.
Part yang paling teruja dalam majlis semalam ialah part bila Pak sambil sengih-sengih menyelok kocek seluarnya serta mengeluarkan beberapa keping sampul macam dalam gambar kat atas tu. Wah laba nampok Pak, setiap seorang dari komeh mendapat satu sampul macam sampul duit raya yang biasanya komeh semua dapat pagi raya aja. Nok tau berapa keping biru yang keh dapat semalam. Oppsss..Rahsia weh, tak boleh bagi tau sebab setiap seorang angkanya berbeza mengikut umur kata Pak. Pastinya kehlah yang mendapat paling banyak keping, sebab keh yang paling tua...Adik, mok dah tau dah berapa aok dapat, kantoi...Pendek kata majlis semalam sangat meriah, cuma majlis semalam pun kehadiran tak cukup seorang kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Kata orang puas-puas suka dapat duka. Yee, hari ini pula keh berduka, rasa sedih sangat oleh sebab budak tecit yang kat atas tu dah balik ikut mummy dan daddy dia ke Kuantan. Dah hampir dua bulan setengah keh membela dia, rasa macam dah terlalu sayang sangat, maklumlah dia pun manja sangat dengan keh. Tapi keh terpaksa akur sebab mummy dan daddy dia lebih berhak keatas dia. Lagipun didikan ibu bapa dengan didikan nenek nih berlainan sikit.
Sejak mummy dan daddy dia balik malam sabtu lepas, nampok ceria betul dia, tak henti-henti dia ketawa walaupun dilanda selsema sikit-sikit. Selama ini keh tengok walaupun budak tecit ni ketawa tapi ada riak2 sedih dan kecewa dihatinya, sesekali tersasul bertanyakan mummy dia. Walaupun sedih dan rindu, dia tetap pasrah dan sabar menghadapi nya, sehingga kalau pepagi keh menghantarnya ke Taska dia tetap senyum bila bersalam dengan keh dan babai keh, walaupun jelas memek mukanya dia nak menangis.
Petang ni nenek dia pulaklah yang menangis, bukan kerana tidak rela berpisah dengan dia, tapi menangis disebab gembira kerana kesabaran budak tecik ni dah berbalas, kerana penantiannya dah berakhir, kerana akhirnya dia pulang juga kepangkuan mummy dan daddynya yang selama ini dirinduinya. Dan menangis kerana doa hambanya yang kerdil lagi lemah ini akhirnya dikabulkan ALLAH jua.
Sekian, Wassalam.
Family gathering tuh amalan yg baik..
ReplyDeleteSatu amalan yang amat baik, mengeratkan terus tali persaudaraan yang sudah terjalin mmg bagus.
ReplyDelete**Kash suke makan beramei gineh selera sedak..
salam LL..
ReplyDeletewahh makan besor aok yek?
angpow pun besar gak erk>
he he..rezeki jangan di tolak
bab cucu tu..sedih la pulak
kasih nenek..kasih mak ayah
tak kemana jua akan bersama jua
akhirnya..
bagusn tu....bile le keluage koi nak buat gitu...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete* Betul tu sha, keh memang suka sangat kala berkumpul ramai2 gitu.
* Encik Yassin, biasa makan setengah pinggan, kala dah beramei gitu jadi 2 pinggan plak yek..
* Alhamdulillah en Zul, makan besar, angpau besar, Rezki Allah tak dapat diduga, kala dia nak bagi sekelip mata aja, kala dia nak tarik pun sekelip mata juga.
* Memang baik cikgu Jang, InsyaAllah akan sampai masanya untuk cikgu Jang dan family pula..
makan besar ..siap dengan angpau pulak,,
ReplyDeleteWeh deme` seronokya,,siap ada Gathering famili lagi..bagus family First..
ReplyDeleteSaya suka family gathering..penat pun meriah jugak.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan, kemarin pusing2 bandar kuala lipis cari kedai makan ..x tau kat mana yg best.
sedak amat demeh weh!
ReplyDeletemolekla sesekali ramai2 bkumpul gitu merapatkan silaturrahim...
salam weh..
ReplyDeletemaaflah lama koi tak menjengah ke mari,muge sehat2 dan baik2 sokmo hendoknye..
sesekali dpt berkumpul beramai mmg seronok weh
perghh!! lame dah x wat family gathering cam ni..rindu plak, sedara sume dah wat hal masing². :(
ReplyDeletesedih plak part yg akhir tu...
ReplyDeleteorg kata...syg cucu ni lebih dari syg anak..gitu ke?