Tuesday 25 May 2010

Tentang Ana

Assalamualaikum,

Serious sikit entry kali ini. Keh terpanggil untuk bercerita tentang seorang sahabat yang telah lama tak bersua dan bila bersua semula keh jadi teringat kenangan silam bersamanya.

Kira-kira 25 tahun yang lalu keh ada seorang sahabat yang bernama Ana ( bukan nama sebenar ). Keh kenal Ana semata-mata kerana komeh hidup berjiran, menyewa rumah atau pun bilik2 disatu kawasan perumahan di pinggir bandar lepih. Ana seorang surirumah sepenuh masa, begitu juga keh. Sebenarnya walaupun komeh hidup berjiran selang sebuah rumah, tapi komeh jarang berjumpa dan bersembang. Tapi kami saling mengenali antara satu sama lain dan antara penyewa yang paling akrab hubungannya.

Apa yang menarik tentang Ana ialah sikapnya yang sangat menjaga sahsiah keluarga dan keturunannya. Keh rasa perancangan sebelum mendirikan rumahtangga, matlamat hidup yang tepat dan sempurna itulah yang membuatkan Ana suami isteri menjalani kehidupan yang kalau orang lain melihatnya mereka akan menganggap terlampau terkongkong oleh peraturan.Tapi bagi Ana sendiri itulah yang terbaik untuk keluarganya.

Ana walaupun pemegang Ijazah dalam bidang perakaunan, tapi dia memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, menjaga kebajikan suami dan anaknya. Masa keh kenal Ana dia hanya mempunyai seorang anak yang berusia 3 tahun. Suaminya seorang pegawai bank.

Walaupun kedudukan mereka kalau diukur dari segi pekerjaan suaminya, mereka boleh digolongkan kedalam golongan orang yang berada, tetapi mereka lebih selesa menyewa di kawasan perumahan golongan kelas sederhana dengan kadar sewa rumah Rm 100 hingga Rm 150 sahaja pada masa itu. Begitu juga dengan kenderaan, rata2 kesemua kakitangan kerajaan mempunyai motorsikal sendiri jika tidak berkereta, tetapi suami Ana lebih selesa berjalan kaki berbekalkan sekaki payung kepejabat yang terletak lebih kurang satu setengah Km dari kawasan perumahan kami.

Kehidupan mereka yang zuhud menimbulkan tandatanya dan ada juga cemuhan dari jiran2 dan rakan sekeliling. Tapi itu tidak pernah mengubah perancangan yang mereka atur sedari awal lagi. Dari segi berbelanja, Ana tidak boros dan tidak pernah membeli selain dari apa yang diperlukan. Ana tidak pernah kepasar untuk membeli stok barang2 keperluan walaupun selepas mendapat gaji terutamanya barang2 basah untuk disimpan didalam peti sejuk. Dia lebih selesa membeli dari tauke cina yang menjual sayur dengan lori yang tiap2 hari akan datang kekawasan perumahan kami.

Memerhatikan Ana membeli keperluan dapur dari daging, ayam, ikan, sayur, cili, kunyit,serai dan apa saja yang diperlukannya, dia seorang yang amat teliti dan mementingkan mutu. Untuk membeli beberapa ulas cili padi misalnya Ana akan mengambil nya ulas demi ulas sambil membeleknya untuk memastikan ianya menepati kualiti yang dikehendakinya. Begitu juga dengan barangan lainnya, Ana cuma membeli secukup keperluan sehari itu saja.Contoh jika pada hari itu dia hanya memerlukan 2 kepak ayam, dia akan meminta tauke cina itu memotong hanya kepak sahaja tanpa mengambil bahagian lain.

Dalam pergaulan seharian dengan jiran-jiran Ana cukup menjaga tutur kata dan kelakuannya. Tidak pernah dia menyinggung perasaan dan hati jiran2nya, tetapi dia paling cepat menghulurkan bantuan kalau diperlukan. Keadaan ini juga diterapkan kepada anak lelakinya yang baru berumur 3 tahun lebih itu yang sentiasa mengalah dengan kanak2 lainnya.

Ketepatan masa juga menjadi pedoman Ana untuk menjalani kehidupan yang berkualiti ini. Sepanjang keh mengenalinya dia, tak pernah keh nampak dia mengkhianati masa yang diberikan Allah kepadanya, tindakan dan pergerakannya sentiasa tepat waktu dan masanya terutamanya dalam menjadualkan anak lelakinya.

Apabila keh berpindah semula kekampung meninggalkan Ana dikawasan perumahan itu keh masih dapat mengikuti perkembangan keluarganya melalui anak perempuan keh yang sebaya dan sekelas dengan anak lelakinya. Anak lelaki Ana adalah murid yang paling cemerlang yang tidak pernah mendapat nombor lebih dari satu didalam kelas yang teratas itu. Sehinggalah anak Ana dan anak keh memasuki tingkatan 1, mereka berpisah disebabkan anak Ana yang kami panggil Boboi itu terpilih memasuki sekolah berasrama penuh, keh dan Ana terpisah terus. Terakhir yang keh dengar suami Ana telah berpindah ke Kuantan.

Sehinggalah pada suatu hari beberapa tahun yang lalu keh bersua dengan Ana kembali secara kebetulan bila Ana balik kekampung suaminya. Cerita yang paling keh gembira bila Ana memberitahu dia sekarang telah mempunyai 3 orang anak yang jarak umur masing-masing tujuh tahun dengan anak kedua seorang perempuan dan ketiga lelaki lagi.
Anak sulungnya baru saja menghabiskan PHD diluar negara.


Ana sempat juga menceritakan kepada keh pemergian anaknya keluar negara ditaja penuh oleh syarikat tempat dia bekerja sebelumnya. Tidak lupa juga dia menceritakan beberapa tahun selepas kami berpisah suaminya telah membeli sebuah kereta sederhana secara tunai, diikuti dengan sebuah rumah bunglow juga sederhana di sekitar kuantan secara tunai. "Tinggal nok naik haji aja lagi, hajat nok pegi satu keluarga" bisik Ana pada keh mengakhiri pertemuan pada hari itu. " InsyaAllah" itu aja yang termampu keh jawab.

Moral : Kepada adik2, anak2 yang belum berkahwinan tetapkanlah matlamat perkahwinan dan ikutlah perancangan yang tepat, supaya kejayaan mengiringi rumahtangga anda.

Sekian Wassalam.

7 comments:

  1. Semuga ada lagi 'Ana' yg masih bujang di luar sana yg available........

    ReplyDelete
  2. Semoga ana berjaya di akhirat juge..

    ReplyDelete
  3. Suami ana..pegawai bank..membawa payung berjalan kaki...mcm kenal je...

    ReplyDelete
  4. hidup bekeluarga menuntut pengorbanan.. menjadi suri rumah itu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk mendidik anak dan mengurus rumah tangga. Respek kepada Ana!!

    ReplyDelete
  5. zuhud dan berjaya pulok di dunia moga berjaya jua di akhirat dan semoleknya jadi ikutan kita seme

    ReplyDelete
  6. sesuatu yang patut dicontohi..

    ReplyDelete
  7. ah kerayan. sape pulak boboi ni?

    ReplyDelete